Ok ke pendingin hawa jenama Midea ?
Pertama kali aku dengar jenama ni. Biasanya aku buat review untuk Mitsubishi dan ternyata memang best. Tapi di rumah aku , ada dua aircond jenama Panasonic. Satu kat ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Dua dua beli kat Sen Heng ! Satu dah rosak sejak hujung tahun lepas. Pastu panggil repair.. Dia datang sebelum Tahun Baru Cina. Sekarang raya pon dah abis ! Aku tak nak beli dah barang kat Sen Heng. Bila dah jadi ramai pelanggan , servis cam taik ! Dulu ok jer.. Huhh..
Maka , aku beli kat kedai biasa jer. Harga dikatakan jauh lebih murah dari Sen Heng. Dalam banyak banyak jenis , wife pilih Midea ! Buatan Malaysia.
Ada gak aku tanya kawan kawan di Facebook berkenaan Midea ni. Ramai dah tau rupanya ! Huhuu.. Aku je dok main jenama luar negara ! Huhhh…
Aku beli ni , RM900 siap pasang. 1Hp jer.. Untuk bilik wife berpantang nanti. Bilik tu , siang macam dalam microwave. Sian pulak nak duduk dengan anak anak dalam bilik tu kan.. Huhuhu..
Dan petang tadi , diorang datang pasang. Pemasangan , 7 kaki je percuma. Lebih dari tu , kena bayar lor ! Dan diukur.. lebih laaa.. Kena tambah lagi skit. Tak kisah la.. janji siap dah !
Siap ! Pasang .. Sejuk ! Boleh tahan gak Midea ni rupanya. Aku malas nak amik mahal mahal. Kalau rosak ni , tukar je yang baru. Abis cerita.. Tak yah pening pening nak repair ! Huhuh.. Tu pun kalau mampu tukar laaa..
Yang menarik perhatiann aku ialah ada kuar suhu kat air cond tu.. Wahh.. senang laa ! Pasni nak tukar yang kat depan tu dengan jenis ni gak ! Nak amik 2Hp.. Huhuhuh.. Murah je kot…
66 comments
jebutuhan aircond bagi kebanyakan masyarakat yang berada di daerah bersuhu panas memang sangat diperlukan untuk kenyamanan ruangan, salah satunya tak pasang juga aircond jenama Panasonic...hehe
BalasPadamMasih ok ke ke mideia ni
Padamwahh tak lah mahal sgt.. teringin nak beli kan untuk keluarga..
BalasPadamSaya pakai jenama York (sekarang dah jadi Daixin). Okey la.
BalasPadampun ada tertulis juga suhu di alat kawalan jauh tu.
Saya guna 1hp je sebab bilik study merangkap bilik sembahyang saya kecik (12' X 12'). Cukup mententeramkan dan menyamankan terutama masa musim panas itu hari.
Suami sy pun bru minggu lps beli jenama ni utk bilik ank2. Mmg sejuk! Mula2 confius juga remote tu sbb ads 2 timer klu tak bc manual mmg x fhm. Hehehe sblm ni remote aircond ada 1 butang timer je. Nak beli juga 2hp utk hall nnt.
BalasPadamBos, nak tanya... Mana tempat nak beli parepart brg aircond media?
BalasPadamSy guna aircond media 1hp ada bunyi blower kuat. Tak berapa sejuk.baru guna 2 bulan.masa baru guna sebulan set 23c asa sejuk sgt.sekarang dh 2 bulan guna set 17c pn xberapa sejuk.
BalasPadamRuangan besar ka?
PadamRuang besar ka
Padamdah kurang gas mungkin ada bocor tu coper
PadamBetul..sama masalah ngan saya..cepat sangat cut off walaupun set suhu rendah..mungkin masalah pada sensor..pakai pun tak sampai setahun
PadamSama.. 1.5 Blower kuat.. Sbulan pakai sejuk set pun 23c.. Lps tu dah tak sjuk smpai suruh technician aircon cek.. Tp hampa sampai skg guna suhu 17c kjap sejuk kejap panas..
PadamSama... jenuh laaa asyik panas je...
Padamsamalah
PadamSaya baru tgh dok buat comparison n survey aircond..haritu pegi kedai aircond specialist.tokey tu kata midea 1hp inverter ok performance dia cuma ada bunyi angin kuat sikit..adeh baca dkt sini mcm2 review kata midea ni xbgus pakai after 2months.. So adakah bermaksud midea inverter mmg xbagus ya bro/sis? Mitsubishi 1hp inverter ok x? Survey kt kdai harga 17++ sekali pasang untk mitsubishi 1hp invrtr.
Padamsamala, pakai midea inverter 1hp. sebulan je sejuk..lepas tu.. hmm angin je..pasang 17 pon x sejuk
Padamya aku pon baru beli bulan lepas skrg dah x sejuk.. dulu set 25 pon dah sejuk beku.. skrg 17 pon rasa x berapa sejuk.. yg aku perasan air bahagian bawah dah x keluar.. knp pon x tau
Padamacon trip keluar E2 apa masaalahnya
BalasPadamBunyi angin aircond yg sgt bising. Tak sesuai utk kegunaan bilik tidur.
BalasPadamBunyi angin aircond yg sgt bising. Tak sesuai utk kegunaan bilik tidur.
BalasPadamKalau aircond midea kte pasg kipas lua tu asyik mati sndri knp yer
BalasPadamBetul...asyik mati dan bising aircon ni...pelik sungguh.
PadamCuaca panas skg ni mmg kne aircond
BalasPadamMacam mana nk on kan timer (auto off) bila mlm.. Media brand 1hp
BalasPadammidea classic ape beza dia
Padammidea classic ape beza dia, midea kena tengok sebulan cuci blower
PadamAngin Air cond ni mcm sebelah kiri sahaja, sebelah kanan tidak ada angin
PadamCara on kan timer waktu tidur.. Media aircond
BalasPadamAku pakai Midea 1HP portable, bunyi kuat, sejuk memang sejuk, tapi pelik cuma 1 arah je sejuk, die tak sejukkan keseluruhan bilik kecik, bilik aku sangat kecik pun. Yang paling tak best aku guna 10 jam dlm sehari dan bill elektrik extra RM100 ngam ngam, aku pakai drymode je pun, yang aneh, drymode lagi sejuk drpd coolmode.
BalasPadamsama dgn kes saya.. sejuk 1 arah je.. ruangan lain tak sejuk.. bising pula tu.. guna tak smpi setahun pun dah tak sejuk, permulaan je psg tu 1-3bulan boleh tahan sejuk dlm bilik.. lepas tu.. mmmm... malas dah nak komen..saya pakai auto mode..drymode panas pula 26/28c..
PadamEkon portable mana2 brand memang macam tu. Sebab? hose yang keluar tingkap tu dah sedut udara sejuk dari dalam bilik utk sejukkan compressor dalam portable unit, jadi udara panas dari celah2 pintu tingkap kena sedut masuk balik dalam bilik.. kesimpulannya susah la nak sejuk.. dekat oversea ada portable ekon yg pakai double hose utk elak masalah ni
PadamSaya dah guna Aircond Midea ni lebih kurang 11 tahun lebih.masa beli dulu harga RM690 promosi siap pasang back to back. 1 hp je. Guna di bilik tidur master Room rumah kerajaan. Sampai sekarang x pernah servis. Suhu set 26°c saja. Tidur satu family 5 org berbungkus dlm selimut tebal beli Kat bundle. 1 hari guna x kurang 10 jam. Tiap2 MLM pakai. Bil pun x pernah cecah 100. Sekarang dgn dulu sama ja sejuk dgn anginnya. Bila cari kat kedai nak beli lagi sorang cakap x jual dah yg 1hp. Kecewa. Anyway terima kasih banyak Midea atas kualiti ini.
BalasPadamModel apa Bro?
PadamAlhamdulillah jumpa gak komen positif ttg aircond Midea ni.
PadamMidea aircond bilik sya bila on tbh2 Tak lama mati Tak sejuk pula tu Tak pernah jadi mcm ni know ya??? Kat luar pon pakai media ok je tapi bila I guna remote yg sama dlm bilik luar pon pandai mati juga masalah remote kh??? Mohon penjelasan
BalasPadamOk ke aircond jnma midea ni?
BalasPadamMaaf..hari tu saya komen kata aircond tak brp sejuk sbb sensor walaupun baru guna tak sampai setahun..yang kemudiannya bila saya cek balik..rupanya blower kotor..lepas cuci sendiri..ok balik..habuk
BalasPadamsaya pengguna Midea juga. Baru 2 minggu guna. So far memang puas hati dengan tahap kesejukan itu.
BalasPadamdia ada byk mode, perlu baca buku manual juga untuk faham. So far tak ada yg negatif kecuali bunyi compressor tu lar, bising sikit.
R32 ke
PadamSaya baru pasang a/c toshiba r32 1.5hp inverter, nk tanya apa yg dimaksudkan dengan inverter tu..
BalasPadamInverter Dengan teknologi inverter, teknologi inverter dalam sistem penyejukan yang dapat meningkatkan kecekapan tenaga, memberikan keselesaan yang lebih baik dan menawarkan operasi yang lebih senyap.
Padaminverter kene on lebih dari 8jam baru jimat lektrik.
PadamSaya baru pakai dalam 4 bulan,blower midea 1hp mmg bising ek,pastu die sejuk 1 arah je,pasang mode auto set 20 darjah celcius
BalasPadamPakai midea 1hp inverter ke?mmg x bagus ek..x Jadi la nk beli brand ni nampaknya
PadamBaru beli 2hari,x cut off mcm york, matilanak bill bulan ni..
BalasPadamInveeter r32 ke
PadamBagi aku midea ok.. X yah beli mahai2. So far aku pakai ok..x bnyk karenah.
BalasPadamBagi aku midea ok.. X yah beli mahai2. So far aku pakai ok..x bnyk karenah.
BalasPadamBerapa harga awak beli...yg 1.5h
PadamAku guna midea 1hp b2b..tiap 4-5bln dh kena minor servis.xpaham aku kenapa cepat sgt hilang sejuknya.last servis bln 12/19..esok 9/05/2020 dah book technician ekon utk servis lagi.bunyi bising sket tu aku xkesah sgt,janji nak sejuk.tapi dh 3,4 hari ni xsejuk.even aku guna suhu 20 cool.time PKP ni family kena selesa,kalau x asyik ada je yg xkena.umah aku rumah teres lama.so kecik je.hall memanjang ke dapur tapi aku guna langsir sebagai pemisah.so kena guna 2hp gak ke?
BalasPadamsama lah ada bunyi kuat dan tidak sejuk.
Padamsama lah ada bunyi kuat dan tidak sejuk.
PadamSalam midea dgn topaire mne lg ok??
BalasPadamsy dh gune hmpir sebulan musim PKP terperap kat umah xblh g mane2 tgk mak ayah sy gelisah sbb mmg tgh panas sgt2... dok survey cri yg murah tp tahan tny kwn2 Midea kate dorng harge RM1100 siap psng harge up sikit sbb PKP risiko pd yg otw nk dtg kene tempoh roadblok kesian uncle tu kene tny mcm2... Alhamdulillah sy pasang 2 terus 1hp ltk dlm bilik saiz 20'x15' dgn 12'x12'... try pakai low fan suhu siang ltk 22° mlm 24° mmg sejuk dh cukup... klu nk amik cri Midea R32 included Inverter untuk cut suhu klu dh smpi tahap fan akan otomatik stop so jimat elektrik. Sy rekomen untuk smue gune jenama Midea 👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamNK tanya kenapa aircond saya tak sejuk? BARU pasang semlm
Padampanggil semula org yg pasang tu. maybe ada gas bocor.
PadamKlu tetiba dia stop dan keluar EC kt aircond tu apa maksudnya?
BalasPadamSaya baru je pasang semalam dan tak sejuk sangat boleh bantu tak?
BalasPadamKlu tetiba x sejuk dan keluar EC apa maksudnya?
BalasPadamKlu tetiba x sejuk dan keluar EC apa maksudnya?
BalasPadamKalau nak ikutkan aircond ni semua ok je jenama apa pon...yg tak ok tu cara kita guna...
BalasPadamAda yg bilik punyalah besar... aircond 1hp..mane cukup kapasiti aircond 1hp.kne kira keluasan bilik baru cari berapa horse power yg sesuai dipasang..
Ada yg cakap aircond x sejuk lepas 2 3 bulan guna..angin x blow lah..tu selalunye sebab kotor..seelok eloknya cuci filter aircond tu sebulan sekali kalau pengunaan kerap..
Jgn setkan pada suhu terlalu rendah 16 17.. sbb compressor xdapat cut off.. bila x cut off aircond akan guna tenaga elektrik lebih kuat dari biasa..
kenapa baru beli jap je sejuk dan bising Dan dok sesuai bilik tidur
BalasPadamAircond brand topaire ok tak? Sapa Ada pakai?
BalasPadammaaf nak tya...sy nak beli aircond utk bilik sy...yg mna lagi bagus jnama sharp j tech inverter atau midea xtreme save?
BalasPadamSaya baru guna air cond media 1.5 inverter..baru seminggu guna..baru dari kedai,tiba2 x sejuk dan terpadam sendiri,terdpat pada paparan OC dan EL..apa masalahnye ye...
BalasPadamsame problem..duit hbs repair nak sama mahal dgn harga ekon..tidak disyorkan beli cap Midea..
Padam