Keraskan hati sebelum jadi Sazali ! - BEN ASHAARI

Keraskan hati sebelum jadi Sazali !

 

Stress aku tengok rambut Qhaliff ! Bukan sebab panjang tapi sebab potong tak rata ! Haihhh.. Kelmarin bawak gi Alamanda. Nak gunting kat salon rambut. Beria la menangis ! Satu Alamanda dengar suara dia. Huhh..

Pastu dia tampar muka aku ketika aku nak dukung dia. Hurmm.. Memang kena laaa dia pastu ! Huhh.. Dan meraunglah dia dalam kereta. Terpaksa keraskan hati dengar dia meraung. Kesian dan sayu tapi sebelum dia jadi Sazali , baik aku garang ! Huhh..

image

Malam tu.. dia serah diri ! Dia rela aku gunting rambut dia dari kedai gunting ! Hurmmm.. Dan aku guna mesin. Sambil gunting , aku kasi nasihat.

“ Kenapa daddy marah Qhaliff tuu.. “. Ayat dia bila aku dukung dia. Dia letakkan kepala kat bahu aku dan usap belakang aku.. seperti mana aku biasa buat kat dia ketika dia baby dulu... Huhuhuh.. Lemah tul aku bila dia buat gitu..

image

Hurm.. Muka lembut. Hati ada taman. Manja terlebih ! Tapi aku rasa dia takda masalah untuk ke sekolah.. Aku yang bermasalah nanti nak lepaskan dia.. Huhuh. Silap silap ,aku duduk perhati je depan pagar sekolah tu nanti.. adeh..

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.