Aku mengaku , aku tewas !

by - Selasa, Julai 26, 2016

 

Bukan mudah.. aku terpaksa akui ! Dulu aku poyo jer kata boleh nak maintain laa.. yang penting pengurusan masa ! Hurmm.. Masa takda anak , ok la ! Dah ada sorang , boleh nak kawal lagi. Masuk nombor 2 , hurmm.. dah mula goyah.. Ni baru nak masuk nombor 3 , aku dah tak larat. Ditambah dengan kecederaan sendi !

BOROI ! Tu masalah yang aku hadapi sekarang. Makan tak la jenis pelahap tapi sekali ngadap tu , memang payah nak berenti. Dan satu lagi isu aku ialah makan malam.. Hurmmm… Masalah keboroian ni timbul bila malam tu makan banyak ! Tu satu kesilapan sama sekali..

Bayangkan.. ni makan malam aku semalam !

image

image

Dulu laaa.. dulu.. dengan banyak ni punya makan , aku akan berada di gym untuk 2 jam lamanya ! Huhuhuh.. Sekarang ? Adehh.. lepas makan , tengok laptop.. dok pk nak update apa dan anak anak memanjat manjat belakang aku ! Acaner nak g gym ? Dan baru nak melangkah keluar rumah , 10 arahan diberikan wife ! Disusuli dengan pautan anak anak di kaki kiri dan kanan..

Aku redha. Welcome to boroi !

You May Also Like

1 comments