Insaf bila di hospital..

by - Ahad, Julai 10, 2016

 

Duduk memerhati orang tua ku.. Dulu , seorang yang gagah.. segak bergaya , segala sakit mampu dilalui.. tapi kini terkulai layu.. Kerana rokok , dia tumbang.. Insaf ! Katanya…

Semua tu dah berlalu..Nasib baik aku terima nasihatnya. Rokok , merbahaya ! Jangan jadi macam dia. Dah terlanjur , payah nak patah semula. Ingin berhenti , tapi bukan mudah. Aku akur.

Duduk memerhati sekeliling.. sebelah katil ayah aku , ada beberapa lagi pesakit kanser. Kanser usus , kanser di kemaluan katanya.. dan satu lagi aku tak pasti.

image

Yang menarik perhatian aku.. sepasang orang muda di situ. Si isteri setia menemani suaminya. Menurut ayah , dia kanser usus. Sesekali mereka makan bersama.. Sesekali si suami menangis teresak resak.. Si isteri memujuk..

Sayu..

Aku ingin berbual dengan dia tapi takut menganggu privasinya. Lalu aku berbual saja dengan jiran katil ayah aku. Berasal dari Pulau Boyan, Indonesia. Sudah 38 tahun di sini. Si isteri rajin menemani. Dan si anak rajin hantar makanan..

Kanser juga.. Katanya bila kencing , keluar darah. Dah sebulan. Peramah orangnya. Suami isteri. Kalau berbual, memang payah dah nak berenti. Nasib baik ayah aku kerap mintak bantuan. Huhuh.. Kalau tidak , non stop berbual.. Huhuh..

Kanser tak kenal usia. Kanser pembunuh utama di negara kita..

image

You May Also Like

1 comments

  1. Salam...mak saya baru meninggal seminggu seblm raya akibat cancer usus. ...sedih raya ni tak dapat nak cium tangan mak...:(

    BalasPadam