Ditawar bersalin di hospital terkemuka ??

by - Jumaat, Julai 29, 2016


Bukan aku laa.. wife ! Huhhh.. Ceritanya gini.. Masa mengandungkan Qhaliff.. bukan aku laa.. wife ! Iskh.. Masa wife mengandungkan Qhaliff , aku selalu bawa wife g check up kat klinik Dr. Hamid Arshat. Aku yakin dengan cara pemeriksaan dia. Kenapa sana ? Sebab ada buat minor operation dengan dia. Tu pun disyorkan oleh seorang rakan setelah hampir 2 tahun tak ada tanda tanda untuk menimbang cahaya mata.  Nasib baik amik insuran ! Insuran cover operation tu. Kalau tak , telan air liur laa.
Bila Zahra lak , kitorang cuma check klinik kerajaan jer. Mengandungkan Zahra , tak de isu sangat. Cuma kuat makan je wife. Huhuhuh.. Tapi yang nombor 3 ni .. hurmm.. wife mengadu sakit di bahagian bawah perut. Tu pasal kena g klinik pakar untuk periksa. Nasib baik la perasan di Ayer@ 8 , Putrajaya tu ada satu klinik khas..
Harga , lebih kurang je ngan klinik Dr.Hamid. Tapi yang buat aku rasa selesa kat sini ialah layanan dari staff serta doktornya. Awalnya nampak cam ‘keras’ jer kat sini.. Tapi bila dah masuk , selesa sangat ! Terus aku suruh wife datang check up setiap minggu. Siap scan sekali. Tak pe , duit leh cari.. Yang penting dua dua sihat !
Dan baru-baru ni, ketika nak gi makan malam kat area sana , terserempak dengan doktor yang merawat wife. Aku pun pernah berbual dengannya, Sangat lembut orangnya. Dia bertanya khabar.. dan menariknya.. menariknya hingga membuatkan aku tersenyum lebar dan wife hampir pengsan.. bila dia kata..
Saya sponsor u bersalin nak ? Nak hospital mana ? Prince Court ? Putrajaya ? “ .
Aku tengok wife tak keruan.. Perkataan Prince Court tu macam dia tak percaya lak nak dengar..
Prince Court , macam jauh je doktor.. kang susah lak saya nak ulang alik.. “. Tanya aku.
“ Kalau gitu , Putrajaya la.. Private Wing. Nak doktor mana ? Saya cuba usahakan. “. Jawab doktor tu..
Wife pandang aku. Macam tak puashati ! Hahahaha.. Aku tau dahhh  apa dalam kepala dia !
Tak pe tak pe.. nanti masa check up , kita bincang lagi.. Bagitau je nak hospital mana .. ok ? “ . Sambung doktor.
Aku senyum. Baik betul doktor ni. Cara cakap lembut. Ngan budak budak pon lembut jer. Untung suami dia.. Huhuhuh..
Dalam kereta , aku kena bebel ! Hahahaha.. Seperti dalam jangkaan aku. Dah lambat sangat bagi keputusan.. aku la buat keputusan ! Hahahahah.. Aku amik mana yang memudahkan aku la kan ? Tapi.. best gak kalau Prince Court tu. Aku leh review hospital tu lak kan ?
Wow.. tetiba rasa cam retis lak.. beranak pon disponsor ! Fuhhh..

You May Also Like

8 comments

  1. SYOKNYA,,, woauuu private wing tuu suka-sukaa...heheh

    BalasPadam
  2. Wow rezeki ni. Mana2 asal mudah pergi kan..tapi kalau sayalah nak ke Putrajaya tu. Prince court tu jauh dan jem..hehe..

    BalasPadam
  3. wahh!! alhamdulilah..rezeki abg ben tu..melimpah ruah..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  4. bersalin private kat hospital putrajaya pun dah bagus..sama bintang ngan swasta kan?

    BalasPadam
  5. rezeki baby..tahniah..smga dipermudahkan smua urusan nt

    BalasPadam
  6. rezeki xt'duga. tp, rezeki tetap xpenah salah alamat. pecayalah.

    BalasPadam