Untunglah ada yang ambil berat !

by - Sabtu, Julai 23, 2016

 

Sebenarnya , aku dah taip berperenggan pasal isu Yuna tapi aku delete. Aku amik keputusan untuk ‘menutup’ mata apa yang dia buat memandangkan dia sendiri menjatuhkan hukuman pada ‘bangsa’ dia.. Walhal , bangsa dia ni kecewa dengan apa yang berlaku dan apa yang ‘terluah’ adalah di luar kawalan masing masing seperti mana berlaku padanya !

Ok.. malas nak cerita pasal tu. Aku pun bukan minat dia sangat dari dulu. Lagu baru ni je best skit.. tu jer. Teringat zaman Mariyah Carey punya lagu jer.. Zaman 90’an.

image

Ada yang kata.. Kenapa pelakon drama berpelukan tu , takda yang kisah malah ada yang siap puji dan kata sweet ! Masalahnya , bukan semua yang puji dan kata sweet ! Ada yang tutup tv dan menyampah tengok drama tu ! Nak maki hamun pon tak guna sebab dia dah puas pon bersuara.. Tapi tak diendahkan !

Bila berlaku pada Yuna , peminatnya yang baru nak bangga dengan pencapaiannya terus rasa down ! Rasa menyesal dengan apa yang berlaku. Maklumlah , Yuna ibarat Lee Chong Wei yang mengharumkan nama negara di luar sana . Yuna patut bersikap positif dan matang. Jangan melatah dan mengaku je silap. Senang ! Makin ramai la peminat dia di dalam negara ni. Yelah , sapa tak buat silap kan ? Antara mengaku atau tidak jer.. Kalau dia bukan selebriti , ada orang nak kisah ? Dia mewakili keluarganya saja. Tapi bila menjadi selebriti terkenal , dia mewakili negara , bangsa dan juga agamanya ! Tu masalahnya ! Satu lagi sebab dia ‘menutup kepalanya.  Kalau dia tak tutup kepala , aku rasa orang pon tak kisah gak la..

Entahlah.. Anda patut rasa bertuah sebab mereka sayangkan anda. Caci maki ? Ala.. zaman sekolah dulu pon , ada je kena maki ngan cikgu ! Antara kita nak layan atau tidak. Cam dalam internet ni la.. kalau perit sangat , jangan layan. Minta maaf dan ubah. Abis cerita.

Moga terus sukses.. Aduh, tercerita gak pasal di.. Maaf yer ! Bukan anti Yuna tapi sekadar nasihat buat diri sendiri dan rakan rakan.. jangan cepat melenting bila ada yang menasihati kita. Mungkin ada caranya kasar dan keji.. Sekejap je tu. Bila kita lafazkan MAAF , inshaAllah segalanya berlalu..

You May Also Like

0 comments