Menjelang Aidilfitri..
Beberapa status aku up hari ni , di Facebook bukanlah berkisahkan aku sebenarnya. Ianya cuma satu sindiran ringan jer.. Hehehe.. Sekadar bergurau jer..
Contohnya , bila si isteri atau pasangan membeli baju kurung baju pink , maka kena cari tudung warna pink.. Dan.. juga ..er.. aku tak tau la kot , dalaman pon kena pink ! Kena ke ??? Hahahaha. Serius tak tauu..
Maka aku up la satu posting dalam bentuk dialog yang mana , bukanlah dialog aku laki bini haaa.. Ada yang ingat tu aku punya dialog. Hehehe.. Ianya cuma satu dialog rekaan jer..
" Bang..nak gi mana ari ni ? "
"IOI Mall .. "
"Huih.. jauhnya.. nak cari apa ?"
" Spender warna pink.. Dah baju raya warna pink..Ingat perempuan je boleh nak sedondon luar dalam ? Huh..”.
Bukan apa.. Time time gini , kebanyakkan si suami redha je layan permintaan si isteri.. Dari pakaian hinggalah kuih muih. Pelbagai alasan diberikan.. segalanya untuk abang dan keluarga tersayang ! Alasaannnn.. dasat !
Tapi tak pe la.. setahun sekali je beraya.. Ikutkan je laa.. Kang ikut , muka cam tentera jepun kalah perang jer.. Hehehehe.. Dan beralah..
“ Awak gi je la sorang.. saya tunggu dalam kereta dengan budak budak ni.. Jangan lama sangat dah laa..”.
Lampu hijau diberikan. Si isteri buat buat muka cam..
“ Alaaa.. tak best laa abang takde .. “.
Walhal..
“ Yeahooooo…. “
Tak kisah laaaa.. Asalkan dia happy dah la kan ? Hehehehe..
2 comments
Pompuan paling sibuk byk benda nk siapkan.. lelaki tlg mkn je huhu
BalasPadamhaha,,ramai suami2 yg mcm tu..
BalasPadam