Selamat Tinggal SengHeng !
Hurmm.. Wife ajak beli aircond satu lagi. Nak letak dalam bilik tidur bawah. Bilik yang dia akan abiskan masa untuk berpantang nanti. Aku tanya dia.. nak beli kat SengHeng lagi ke ? Terus dia rejek mentah mentah ! Cari jer tempat lain ! Boring dah ngan SengHeng !
Sebelum ni , aku tak nafikan yang SenHeng mmg bagus ! Tapi kes aku yang mana aircond yang rosak sebelum Tahun Baru Cina ari tu , tak selesai sampai sekarang.. aku malas dah ! Jaminan 5 tahun ! Selepas Qhaliff lahir , baru beli. Qhaliff baru 4 tahun.
Dah 2 kali buat report. Dua kali jugak orang diorang datang check. Mula mula kata , void waranty sebab ada orang bukak. Walhal masa datang check tu , kata barang dalam rosak ! Tunggu ada spare part. Nanti 2 minggu diorang call balik.. Sebulan.. dua bulan.. takda apa apa ! Wife buat follow up. Kata diorang , aircond tu dah void warranty sebab ada orang lain bukak ! Huhhhh.. Ari tu tak kata apa apa pun ??? Tiba-tiba bagi jawapan gitu ! Aku tanya tang mana voidnya ? Takda jawapan.. Wife mintak orang diorang datang sekali lagi dan buat pemeriksaan ! Kalau void , nak tau tang mana ..Diorang janji nak datang semula..
Tunggu punya tunggu.. lama la gak ! Datang laaa sorang lagi technician. Check.. Dia kata barang dalam rosak ! Kena tunggu spare part.. 2 minggu lagi dia call ! Hehehehe.. Itu sebelum puasa ! Sekaranng dah raya ! Dari Tahun Baru Cina sampai skang.. Aircond aku tu tersadai gitu jer !
Kepercayaan aku pada SengHeng , dah lebur ! Bukan tak mampu panggil technician berbayar tapi aku nak tengok tang mana warrantynya cover ! Kalau betul void , kasi la bukti.. takda pulak ! Asyik tukar jawapan jer.. So ok laa.. Ternyata jaminan bertahunnya tak leh pakai ! Maka , aku malas dah nak beli kat diorang !
Selamat Tinggal SengHeng.. Bye bye.. Adios Amigos bebeh ! Selama nni aku dok promote kata SengHeng bagus kat kawan kawan blogger.. tapi segalanya sia sia belaka.. hukkk.. sedih aku SengHeng buat lagu ni !
Nanti beli aircond baru jer..
1 comments
xbaik wat cenggitu kat customer tau, sengheng! choii..!
BalasPadam