Berkorban untuk kerjaya ? Lupakan saja !

by - Rabu, Julai 20, 2016

 

Bang.. cuti abis dah Jumaat ni. Camana ? Nak sambung tak ? “. Tanya wife.

Hurm.. Kelmarin , wife gi buat check up bulanan di klinik kerajaan yang biasa dia pergi. Kira klinik dalam tempat bermastautin la.. Dia ada bagitau kat nurse masa di kaunter mengenai masalah yang dia hadapi. Nurse tu call doktor dan doktor kata nurse akan uruskan jer.  Maka tunggulah dia sehingga nama dipanggil. Gi kul 2 petang.. nama dipanggil , hampir jam 5 petang dan pemeriksaan tak sampai 5 minit. Nurse buat pemeriksaan biasa je.. takda scan pon.

Tak pe la.. bukan nak komen pon.. Mungkin bagi mereka , tu perkara biasa namun bagi aku dan wife , perlu dapatkan pemeriksaan yang lebih teliti. Maka , aku syorkan wife agar pergi ke klinik swasta dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Klinik Azalea di Putrajaya.. Dan jika keadaan masih memerlukan dia berehat , maka mintak je MC. Duit soal kedua. Yang utama adalah kandungan dan juga wife !

Aku bagitau wife.. Apa guna gi pejabat jika keadaan kita tidak begitu baik. Nanti menyusahkan kawan kawan di pejabat. Dan tak perlulah sangat nak ‘berkorban untuk majikan’ sebab bila kita buat silap skit , kita terus ‘dibuang tanpa rasa kasihan’. Itulah hakikatnya ! Dah terjadi pada aku.. dan juga ramai kenalan aku ! Tengok saja nasib orang atas kita tu ! Alaaa.. yang atas tuuu laa ! Kena buang la la tu gak ! Terus lupa segala jasa yang pernah ditaburkan dan jadilah seperti ayam mengemis di tepi jalan.. kan kan ?

Gi kerja.. buat kerja.. bila cuti , cutilah ! Tak payah pikir kerja sanngat ! Nak pikir kerja sangat.. buat je bisnis ! Lagi berbaloi !

Arwah kawan aku.. dulu dia cukup komited dengan kerja. Tapi dianiayai oleh rakan sepejabat.. dia jatuh sakit.. koma.. masuk hospital.. meninggal dunia.. Ada majikan mai tengok ? Malah tanggung aib lagi ada la ! Huhhh.. Sampai mati aku ingat !

You May Also Like

8 comments

  1. Kerja..kerja jgk..kesihatan kna jga.huhu

    BalasPadam
  2. setuju, kadang2 terpaksa utamakan kesihatan diri dulu berbanding kerja. Daripada menyusahkan orang di pejabat kelak, nanti mula lah cakap2 belakang tu...

    BalasPadam
  3. pernah berlaku pada saya jugak...rasa tak ada semangat nak kerja. MC satu bulan still suruh datang kerja.. T_T im totally sad...

    BalasPadam
  4. Buat masa ni ada baiknya kak zila berehat dulu...

    BalasPadam
  5. sy stuju part ni..dulu sy jenis komited kerja..dah pregnant sakit2 pun datang siapkan kerja ikut dateline...dari bujang kerja lewat malam tanpa dibayar OT, sikit pun saya tak kisah..memang ikhlas nak siapkan kerja yang bertimbun2...tapi bila dah ada anak, anak sakit...pengasuh sakit..itu ini..mula banyak amik cuti dan MC...hanya kerana satu tahun tu nasib tidak begitu menyebelahi saya dan keluarga, terus macam2 bos cakap..bistu selama dekat 8 tahun kerja yang komited tu langsung tak buka mata dia..hanya kerana dalam setahun tu je saya ada masalah, sampai sekarang diungkit2...memang hancur hati tuhan je tau bila kita diperlakukan macam tu..sejak tu smpai sekarang, saya pergi kerja and balik ontime..siap ke tak siap kerja, tu belakang kira..jika perlu cuti...perlu MC untuk keluarga..sy akan utamakan...lagipun..rezeki di tangan Tuhan...bukan di tangan mereka yang suka nak ugut2...

    BalasPadam
  6. hmmm sama jugak.. masa mengandungkan anak ke3, saya mengalami sedikit masalah dan doktor memberi cuti rehat yang agak lama. dan mc ni bukan lah sesuatu yang disukai oleh boss... rasa serba salah tapi demi kesihatan anak dalam kandungan dan diri sendiri saya terpaksa ikutkan nasihat doktor.

    BalasPadam
  7. Kerja nie kalau betul2 sampai kiamat pun takkan habis..keje2 juga tapi diri kita lebih penting

    BalasPadam