Bila wife teringin lemang !

by - Khamis, Julai 14, 2016

 

Dah masuk seminggu raya.. aku dan wife tak rasa lagi lemang raya ! Ketupat pon tidak sempat nak rasa.. Sedih kan ? Hurm.. Raya tahun ni , walaupun sedondon tapi terlalu simple. Mood raya ke laut sebenarnya. Kenapa ? Hurmm.. yang sedia maklum , tau ayah aku masuk wad dan jalani pembedahan sehari sebelum raya dan Qhaliff lak tak sihat di raya pertama ! Fizikal dan mental tumpu pada kedua insan tersayang ni.

Teringin lemang.. aku pon sebenarnya ! Wife dah dua hari bersuara nak makan. Asyik tertangguh sebab aku ke hospital dan balik lewat malam. Dan , Alhamdulillah.. ayah aku dah keluar wad dan hari ni baru ada nafsu aku nak rasa makan lemang..

Maka tadi.. lepas amik wife kat Putrajaya , terus ke Salak Lama.. kat sana ada satu tempat yang jual lemang , setiap tahun ! Sedappp wooo !

“ Harap harap diorang jual lagi laa ! “. Bisik hati aku. Kalau tak jual , mau meleleh air liur wife ! Huhuhuh..

Bismillah.. Masuk je simpang tu.. ternampak khemah kuning ! Tadaaa.. Ada rezeki baby nak rasa lemang ! Huhuhuh..

image

Nak berapa batang ? “ . Wife tanya aku. Aku yang tak makan dari pagi tadi , terus mintak dua batang lemang ! Huhuhuh..

Rendang ? “ Wife tanya lagi. Dia gi tanya penjual tu. Ada rendang puyuh , kambing , ayam , daging , serunding.. Huhuhuh.. Banyak la pulak ! Aku dah lapar giler ni..

Puyuh dan kambing.. Ok dah ! Kalau sedap , esok datang lagi.. heheeh “. Jawab aku.

Dan di rumah..

image

Selesai dalam masa sejam ! Hahahaha.. Sedap okk ! Esok nak g beli lagi…

Sapa yang teringin sebenarnya ?

You May Also Like

10 comments

  1. Lapar sgt tu...semua sedaps...Alhamdulilah Rezeki...Ayahnya Ngidam ek?

    BalasPadam
  2. Mujur ben beli sedap...ari tu nak beli rendang kt luar lah dua bekas tu basi ben...kesian betul rasa...ralat jugak sebab tak bukak penutup bekas tu bau dulu...balik rumah dah bau masam Ya Allah

    BalasPadam
  3. untung tauke lemang tu. dah ade regular customer. ;)

    BalasPadam
  4. sejam nak habiskan lama juga tu, ingatkan 154 minit terus lenyap

    BalasPadam
  5. Kecur tengok lemang dengan rendang tu ... Haishhhh ...

    BalasPadam
  6. sedapkan lemang kat situ...

    selalu diorang jual, selagi masih ada hari raya... Alhamdulillah dapat rezeki baby nak makan lemang... eh rezeki daddy jugak mengidam nak makan lemang hi hi hi...

    BalasPadam