Hari ke 3 tanpa telefon pintar !

by - Khamis, Julai 21, 2016

 

Aku ke hospital. Teman ayah aku untuk pemeriksaan lanjutan selepas discharge dari wad , dua minggu lepas. Wife tengokkan anak-anak. Aku tau, bila diorang ngan mak diorang.. jangan mimpi nak tengok tab atau youtube ! Huhuhu. Ngan aku je diorang dapat bodek !

image

Selepas perbincangan baru-baru ni , aku dan wife bersepakat untuk hadkan penggunaan gadget buat Qhaliff dan Zahra. Aku yakin diorang takda masalah sebab dari dulu diorang bukan jenis tak leh hidup tanpa gadget ! Kalau ada kawan sebaya dan ruang untuk bermain , mereka tak kisah langsung pasal gadget ni ! Kalau boring je baru diorang mintak.. Huhu.. Bila boring , kita yang dewasa ni pon sangap.. kan ?

Dua hari berlalu.. takda gadget tapi sebelum tidur , diorang mintak nak tengok kartun jap.. Aku pasang kejap.. di telefon aku ! Aku pegang dan diorang ok jer.. Tengok sekejap pastu aku suruh tidur. Diorang takda masalah patuh sebab aku pun bertolak ansur dengan diorang..

Oh ya.. aku ada terima msg.. Kawan tu tanya camana nak hilangkan ketagihan gadget ni. Hurm.. aku tak tau la anak orang lain tapi yg aku tau anak aku ni , gadget sekadar menghilangkan boring. Jika ada permainan lain ,tak kira la dalam rumah atau luar rumah.. diorang pilih yang itu berbanding gadget ! Aku rasa diorang ikut genetik aku kot.. bukan jenis main game ! Wife pon tak suka. Tapi aku suka bermain di luar rumah ! Huhuhuh..

Alamak.. terlupa.. Mesej kawan tu.. Caranya mudah.. cari aktiviti yang menarik ! Jika kita ada anak buah , dan mereka ketagihan gadge… pastikan bila kita ke rumah mereka tanpa bawak sebarang gadget ! Lebih baik dibenci sekarang dari dipersalahkan kemudian hari !

Budak budak ni sebenarnya lebih suka bermain di luar rumah berbanding dalam rumah. Sebab tu kena ajar dari kecil lagi.. gadget ni sekadar ‘sebahagian dari teknologi tapi jangan taksub.. ala kadar jer ! “. Camana nak ajar ??? Kita jangan guna sangat la depan diorang.. kan ?

You May Also Like

4 comments

  1. mjur anak bro mcm tu..

    nti ketagihan gadget..

    BalasPadam
  2. Bila orang yang hampir kurang rapat dengan gadget in sya Allah anak anak atau budak kecil akan kurang terpengaruh juga..

    BalasPadam
  3. zaman sekarang beza dgn dulu krn mereka lbh byk dlm rumah lain dgn kita byk masa di luar dgn kawan2 dan pelbagai aktiviti kampung...

    BalasPadam
  4. betul! sbb klu parents pon taksub, normally anak2 follow. kepimpinan melalui tauladan kan..

    BalasPadam