Antara dua hati..

by - Selasa, Julai 05, 2016

 

Aku pening.. Sapa yang menjadi pilihan aku. Keutamaan adalah ayah aku. Tapi janji aku perlu ditepati ! Sebulan berpuasa di Kuala Lumpur dan beraya di Kelantan. Itu yang aku pegang selama ini dan sama sama menepatinya tanpa berlaku sebarang konfrontasi atau perang dingin.. Alhamdulillah , dah 8 tahun kekal kedamaian.

Kita mampu merancang.. Segalanya adalah ketentuanNya. Ayah aku yang dah berhari hari kembung perut , akhirnya mengaku tewas. Untuk makluman , dia mudah kembung perut terutama bila salah makan .. dan aku juga begitu ! Hurmm..

Ikutkan awal pagi lagi dah ke hospital tapi dia tak nak. Akhirnya aku yang sampai petang di rumah orang tua aku , berjaya pujuk dia untuk ke hospital. Sebelum ke hospital , aku urut perut dia.. kaki untuk hilangkan rasa sakit dia.. Sian.. Asyik mengadu sakit.Aku memahaminya sebab aku dah pernah rasa..

Pastu aku bersama abang dan adik perempuan serta suaminya ke hospital. Urusan pendaftaran dilakukan oleh adik perempuan aku yang merupakan anak manja ayah aku. Dia nak adik perempuan buat. Aku jadi driver.. abang aku jadi bodyguard..

image

“ Apakah kali ni , semua akan beraya di hospital ?” . Tergaru kepala aku yang tak gatal. Dah jadi tabiat bila aku dalam kecelaruan. Camana aku nak berlaku adil di sini yer ? Banyak hati nak kena jaga !

Selesai pendaftaran masuk.. ayah diperiksa dan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjutan.. seperti yang dijangka. Tambahan lagi dia pulak ada sejarah dengan kanser , pasti perlukan pemeriksaan yang teliti..

Sebelum berbuka , aku balik ke rumah mak aku. Sian wife kena handle Qhaliff dan Zahra. Dia pon dah sarat.. takkan nak biar dia uruskan walaupun mak aku ada.. Mak aku tu , confirm dia dok pikir ayah aku punya..

Sampai rumah.. wife tanya aku camana.. Hurm.. aku tahu , dia nak sangat balik tapi pada masa sama , dia memahami situasi aku. Aku pulak , kesian kat dia.. Awal pagi tadi lagi dia dah siapkan segala persiapan untuk pulang ke kampung..

Aku bincang denga adik beradik aku melalui whasapp. Agak gagal sedikit. Malam skit , aku call adik perempuan aku untuk bertanyakan perkhabaran ayah aku.

Alhamdulillah.. agak melegakan sedikit hati aku. Yang menjadikan ayah aku sakit tu , dia punya kembung perut tetapi .. hurm… doktor syak ada sel sel kanser aktif di paru paru dia.. dan paru paru dia , berair.

Aku tanya camana…... Adik aku kata , esok dia kena buat radiotherapy dan pastu dia boleh balik ke rumah. Lepas raya , kena datang semua untuk pemeriksaan paru paru berair tu..

Aku bagitau mak aku .. tampak sedikit kelegaan. Malam ni adik perempuan aku bersama suami dia jaga ayah aku.

Dan keputusan aku ? Apakah aku akan berada di KL atau pulang ke Kelantan ? Ikutkan , aku punya alasan yang kukuh.. Setiap hari aku datang dari Sepang ke rumah orang tua aku.. untuk tengok tengokan diorang.. Kosnya boleh cecah ribu.. Sehari petrol , RM30.. Tol  MEX , RM7. Perjalanan sehari dan harian.. cecah 5 ribu km ! Kena servis kereta woooo.. RM500 mesti tak lari tiap kali servis ! Hurmm.. hanya kerana nak bawak anak anak aku bermain dengan atuk nenek dia..yang mana , aku tak pernah merasa dulu..

Manakala wife aku.. sebulan sekali pun lom tentu dapat balik Kelantan.. Dua bulan ? Hurm… sian .. Aku tau.. dia sabar.. menurut jer.. dan aku lak.. kalau boleh tiap minggu je balik sana tapi kerja banyak..  Yang cuma ada .. Aidifitri jer.. tu pun cuma beberapa hari..

Tapi.. yer aku tau.. aku pun fikir gitu.. tapi.. ahhhh ! Pening.. Tengok la camana esok.. Call adik aku dulu..

You May Also Like

9 comments

  1. Apa-apa pun keputusan Ben, Lyssa doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah Amin ...

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan semua urusan dan lancar perjalanan...

    BalasPadam
  3. Semoga urusan berjalan lancar dan dipermudahkan..amin

    BalasPadam
  4. mmg berat nak buat kputsan..smoga dipermudahkan..

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya Aidil Fitri Ben. Moga dipermudahkan segala urusan dan ayah Ben cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. Semoga Ayah diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik olehNya. InyaAllah Allah bagi jalan kat aben :)

    BalasPadam
  7. Masa raya tahun lps saya dalam dilema macam ni la....septutnya giliran beraya di kelantan tp makmertua x sihat jadi terpakksa la beraya umah mertua dahulu...raya ke 3 baru balik kelantan....sedih jgn cakap la sbb mmg dah plan ngan adik beradik...byk plan x menjadi....

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan semua bro..

    BalasPadam
  9. semoga semua dipermudahkan yer - SELAMAT HARI RAYA BEN DAN KELUARGA

    BalasPadam