YODA Iftar dan Pakej Aidifitri D’Arina Skyview 2016
Tahniah buat YODA atau nama panjangnya , Persatuan Pereka Fesyen Muda ( Young Designers Arena ) serta Persatuan Seniman Malaysia 2016 dan penaja , D’Arina Skyview kerana meraikan majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih di D’Arina Skyview , Menara Arina Uniti , Kampung Baru di Kuala Lumpur , semalam.
Majlis yang diserikan dengan kehadian Imam Muda Yusof Din , YB Datuk Affendi Zahari , Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru , pengasas YODA , Puan Baizura Tazri serta CEO D’Arina , En.Nasir Che FA.
Alhamdulillah , majilis bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Muda Yusof Din. Satu tazkirah yang cukup meninggalkan kesan di dalam hati.. Disusuli dengan ucapan aluan dari tetamu jemputan.
Azan Maghrib berkumandang , menandakan waktu berbuka puasa telah pon menjelang. Para hadirin disajikan dengan hidangan masakan tradisional yang cukup menyelerakan. Antara hidangan adalah kambing panggang , mee rebus , mee kari , lemang , nasi impit , satay , nasi minyak serta lauk pauk yang menawan sekali tekak para tetamu terutama adik adik dari Baitul Kasih ni… seperti Ayam Masak Merah , Rendang Ayam , Daging Kurma , Daging Masak Hitam , Ikan Dowry Fillet Sweet Sour dan banyak lagi..
Surau disediakan berhampiran dengan lokasi berbuka puasa. Tak sampai pun 100 meter berjalan. Selesa dan luas. Takde alasan untuk tidak bersolat di sini.. hehehe…
Dalam jam 8 malam , adik adik dari Baitul Kasih dapat angpow hari rayaa !! Weee.. Suka diorang ! Aku tengok pun sukaa.. hehehe..
Majlis selesai sekitar jam 830 malam. Para tetamu bersolat terawikh berjemaah. Alhamdulillah. Tahniah buat YODA dan SENIMAN.
Berkenaan dengan D’ Arina Skyview , buat pengetahuan korang .. sempena Syawal yang bakal menjelang nanti.. mereka membuat ruang untuk mana mana pihak berminat mengadakan rumah terbuka di sana.
Dikatakan lebih 100 juadah disediakan. Harga , RM45 sekepala. Kenapa D’ARINA SKYVIEW patut jadi pilihan ? Selain makanan tradisional melayu asli , para tetamu akan menjamu selera sambil menikmati permandangan indah Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam yang mana ketika bandaraya Kuala Lumpur dilimpahi cahaya lampu. Menara KLCC kelihatan dengan jelas dan cukup menawan ! Parking pon senang kat sini.. hehhe..
D’ Arina Skyview terletak di Tingkat 20 Menara Arina Uniti , Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kuala Lumpur , Untuk tempatan atau info lanjut , boleh telefon 03-2202 7353 atau whatsapp 017-229 4669.
Selain dari Pakej Aidilfitri , mereka juga menyediakan pakej perkahwinan dan majlis resepsi , majlis harijadi , makan malam , pelancaran produk dan sebagainya. Semua pakej yang disediakan D’ Arina Skyview dirancang mengikut citarasa dan permintaan para pelanggan.
0 comments