Ayah dah discharge…

by - Rabu, Julai 13, 2016

 

“ Ba dah boleh balik… “

Ayat dari adik aku di group Whatsapp. Kebetulan aku yang free semalam , maka aku ditugaskan untuk uruskannya. Tapi tak tau bila boleh keluar.. Aku plan nak gi lawat dan jaga dia di sebelah tengahari. Tiba-tiba dalam jam 11 pagi gitu , aku dapat panggilan telefon dari ayah aku..

“ Aku sakit perut ni. Takda orang kat sini. Mai la cepat .. “.

Aku tergamam.. Aku nak gi sana , camana ? Kereta wife pakai gi kerja. Dia sedang uruskan nak mintak half day dari bos. Pastu aku nak gi ke HKL , dari rumah aku yakni di Sepang. Mau mau 40-50 minit jugak. Bukan dekat..

“ Takda nurse kat situ boleh tolong ka ? “

“ Depa sibuk. “.

Ikutkan , ada lagi la kata katanya tapi .. Hurmm.. Tiba-tiba adik aku bagitau yang makcik dan sepupu aku dari Pulau Pinang ada di rumah dan akan ke hospital untuk jaga ayah sekejap.. Alhamdulillah..

Jam 2 petang aku sampai dan uruskan soal discharge dia. Sepupu aku, Fasha bantu aku. Dia berpengalaman bab ni sebab dulu arwah ayahnya , dia yang uruskan.

Selesia semua. Aku bawa ayah aku balik ke rumah..

image

Dalam kereta , aku mintak maaf sebab tak dapat datang awal tadi. Tunggu wife balik baru ada kereta. Wife lak kena gi kerja sebab nak uruskan hal kerja penting.

Aku tanya ayah mengenai ‘nurse’ tadi.. Dan dia ceita la kat aku. Macam macam.. Katanya ‘ nurse senior’ la banyak tolong dia.. Yang muda muda ni… hurmmm..

Maaf.. aku bukan nak kritik nurse. Aku tau diorang sibuk. Tapi sewaktu aku tiba pon , aku nampak ramai je nurse bertugas kat situ. Cuma tak moleknya , jangan la duduk atas kerusi sambil  berwhatsapp. Cover cover la. Mungkin hal kerja tapi mata orang awam yang memandangnya ? Apa dalam benak mereka ? Kalau ada yang berniat tak baik.. amik gambar ? Hurmmm..

Apa pun , jutaan terima kasih pada doktor , nurse ,pembantu hospital dan polis bantuan yang banyak membantu ayah aku secara langsung dan juga tidak langsung. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua..

Sekarang.. tugas jaga ayah kat rumah lak.. Kena rajin gi umah mak aku lak skang ni.. Minyak tol.. Huhuhu.. tak kisah la.. Janji dia sihat..

image

Sebulan sekali servis. Bulan lepas , baru servis.. Ni dah lebih 5 ribu. Kena servis lagi minggu depan.. Hurmmm..

You May Also Like

10 comments

  1. Diakui, Nurse muda ni memang tak reti buat kerja. (saya berani berkata begini sebab saya juga ada jaga(incharge nurse). Memang banyak cakap dari kerja. Teori pandai, praktikal, hancus. Bukan semua tapi majoriti.Dah la bodoh, sombong pula. Tak reti tapi buat2 pandai, bila sangkut mula cari 'kakak senior'.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah memberkati hidup abg ben sekeluarga.. ��������

    BalasPadam
  3. Bila nak komen pasal nurse ni, emmm.. aku masih perlukan khidmat mereka. Jadinya, simpan dalam hati. Semoga pakcik sihat sentiasa hendakNYA.

    BalasPadam
  4. Kasih sayang lebih berharga dari wang ringgit Ben, ikhlaskan sementara mereka masih ada. In Sha Allah, dipermudahkan semuanya.

    BalasPadam
  5. Nurse oo nurse.. ok bai.. xmau panjang2..

    BalasPadam
  6. Emmm mcm2 ragam nurse di hospital..tapi jgn salahkan dorang..masing2 ada masalah sndiri..

    BalasPadam
  7. No problem aben..arghh so terharu...kecik punya hal la aben..we are family kan..Anyway thanks aben belanja cheq semua...till we meet again! 💋

    BalasPadam
  8. Semoga Ayah ben cepat sembuh ya..dan dipermudahkan semua urusan ben sekeluarga..aamiin ya rabb..

    BalasPadam