Isu Yuna peluk Usher , aku tak amik tau tapi…

by - Rabu, Julai 20, 2016

 

image

Terkejut gak bila baca statement dia.. perbuatan dia tu , biarlah Allah yang tentukan. Aku bukan manusia suci untuk menilai dan menegur dia..

Tapi yang membuat aku terkilan kenyataan tidak matang dari dia.. aku tak pastilah samada dia menyebut atau wartawan mengada-adakan cerita dalam artikal tu..

"Khas untuk anda semua yang buat saya 'trending' hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. "Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar,".

Dan..

"Ada segelintir penulis blog pun sama. Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan.

"Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,".

Dari Berita Harian , “ Video peluk Usher jadi trending, Yuna bidas netizen”.

Apa salahnya kita mengaku dan meminta maaf atas kesilapan , kekurangan, kecuaian yang kita tak sengaja lakukan. Apatah lagi kita ni memang dah jadi ‘ikutan orang ramai’ dan punya ‘followers’ mahupun peminat. Kita mungkin dah jaga tetapi di luar kawalan.. terlupa ! Nama pun manusia. Salah tu salah tapi Allah Maha Pengampun… kan ?

Sebaiknya tak perlu keluar kenyataan kebudak budakan.. tidak matang gitu ! Anda di level antarabangsa.. Jangan cepat melatah ! Lagi anda melatah , lagi la suka netizen tu.. Rileks sudah !

Cool ok ? Apa apa pun , lagu Crush tu memang sedap telinga aku melayannya.. Moga terus sukses dalam bidang yang diceburi.

You May Also Like

8 comments

  1. kita manusia tak terlepas dr buat silap. mungkin ayat dia tak berapa sesuai seperti benda tu ok je buat...

    BalasPadam
  2. kenyataan dia tu sangat2 berlagak....dia lupe Tuhan blh tarik sekelip mata je semua yd dia ad skrg tu....

    BalasPadam
  3. hurm...kesian ada and cuak pun ada. Apa pun kita tak terlepas dari melakukan kesilapan. tak gitu...

    BalasPadam
  4. Wah statement dia,,tak apalah moga dia terus success :)

    BalasPadam
  5. Bagi saya, Yuna ni orang yang baik dan sangat talented... cuma dalam hal ini berdiam dan meminta maaf atas keterlanjuran lebih baik dari berbalas kenyataan. sebab ia lebih memburukan keadaan.

    BalasPadam
  6. mungkin die lupa perjalanan hidup umpama roda..")

    BalasPadam
  7. Semoga Yuna berjaya di dunia dan akhir

    BalasPadam