#KBBA9 - Bukti Kami Bukan Sekadar Blogger !

by - Ahad, Julai 03, 2016

 

Tindakan yang diambil yang cukup pantas serta mendapat sokongan dari rakan-rakan blogger dan juga bukan blogger tetapi senantiasa menyokong aktiviti kami , sebagai blogger !

Alhamdulillah.. Ini bukan projek amal pertama kami di Kelab Blogger Ben Ashaari. Tak pernah nak hitung tetapi senantiasa menghulurkan tangan untuk membantu andai kami terdaya melakukan , dengan terbaik !

Segalanya bermula dengan seorang rakan blogger #KBBA9 kongsi status Raja Shamri di timelinenya. Aku terbaca lalu mengesyorkan pada rakan blogger dan sebulat suara bersetuju membuat sumbangan , setakat yang termampu.

Dulu masa kecik aku tak berapa suka sangat hari raya. Sebab kami miskin. Tak ada apa2pun di rumah. Biskut raya jauh sekali. Tak penah ada baju raya. Kalau nak makan biskut raya dan makanan sedap2 kena pergi rumah makcik dan pakcik. Tupun kena tunggu abah balik sebab kena naik motor abah ... tu pun abah yang bawak atau pergi dgn abang.

Rumah jauh dalam kebun getah. Tak ada siapa yang datangpun. Kalau ada yang datang pasti saudara mara yang memang purposely datang sebab nak bagi duit raya kat kami kerana mereka tahu kami miskin. Ada jugak yang datang beraya sebab mereka kawan2 abah ... sama2 miskin macam kami jugak.

Mak ambik upah jahit baju raya ... Upah yg mak kenakan rendah sangat ... sebab tu ramai yg datang jahit baju dgn mak ... mak kata nanti orang bayar upah jahit baju baru boleh beli apa yang patut ... tapi ramai yang malam raya baru datang ambik baju yang mak jahit dan baru bayar ... apalah yang dapat di beli lagi pada malam raya ... Ada ramai jugak yang ambik setelah siap di jahit tapi tak bayarpun ... Kesian mak bersengkang mata bulan puasa nak siapkan jahit baju orang ... Tapi orang tak bayar ...

Duit menang johan pertandingan puisi sekolah aku simpan buat beli sampin. Itulah sampin pertama yang aku ada. Baju melayu pertama juga aku miliki masa umur 17 tahun. Beli guna duit elaun MARA belajar MRSM yang aku simpan sikit-sikit. RM15 harga baju tu. Baju saja seluar tak ada. Pagi raya mak bagi hadiah kain pelikat. Terima kasih mak ... Tapi aku tengok mak dan abah pakai baju biasa saja ...

Biasa dulu hari raya mak dan abah akan bakar pulut. Dalamnya ada inti serunding ikan / ayam. Mak juga tak pernah lupa buat tapai pulut. So, adalah antara kami adik beradik yang kena ambik daun pokok getah untuk balut tapai kalau abah terlupa nak ambikkan. Paling grand mak buat nasi himpit atau nasi dagang. Nasi himpit kuah kacang ... Satay tak ada. itu sajalah.

Alhamdulillah ... Syukur ...

Tapi jauh di sudut hati, aku malu bila hari raya kawan2 datang rumah. Sebab tak ada ruang nak duduk ... rumah sempit. Makananpun tak banyak dan tak adapun biskut raya macam orang lain.

Agenda hari raya kami adik beradik ... pergi solat raya lepas tu balik tidur depan TV buruk siaran tak berapa jelas. Adik-adik perempuan masuk bilik tidur. Bila ada kawan2 abah datang kami semua masuk bilik dan tidur. Dalam hati bilalah mereka ni nak balik.

Di situlah aku mula berazam untuk belajar rajin2 dan mengubah nasib keluarga. Bila mula bekerja aku mula baiki rumah abah agar sedikit selesa. Aku tambah bilik2 agar adik2 dapat sedikit keselesaan, ada tempat nak sangkut baju, nak baring2 dsbg. Aku beli baju raya untuk abah dan Mak serta adik2. Aku beli baju raya untuk aku sendiri. Aku beli biskut raya dan juadah untuk jamuan tetamu hari raya. Aku pastikan tukar duit di bank untuk di isi dlm sampul untuk di agihkan kepada tetamu.

Aku tak mahu lagi jadi penerima.
Aku mahu jadi pemberi.

Aku berusaha bersungguh-sungguh mengubah nasib hidup.
Aku belajar dan belajar tak habis2.

Hanya akulah yang boleh mengubah nasibku.
Tetapi ramadhan tahun ini hatiku resah ...

Ada beribu fakir miskin yang ku jumpa yang tak ada baju raya.
Biskut raya jauh sekali...

Dua hari lepas sewaktu majlis berbuka puasa syarikat aku, aku ajak Pakcik Hashim Pang dan anak2nya datang berbuka bersama. Aku lihat anak keciknya si Aisy yang umur 8 tahun pakai baju melayu besar. Lengan baju sejengkal labuh dilipat2. Aku tanya dah ada baju raya? Aisy hanya senyum dan tunjukkan baju yg dia pakai tulah baju rayanya. Dia tak memintapun aku belikan baju untuknya biarpun dia tahu akulah yang bantu dia, kakak dan ayahnya selama ini.

Huhhh ... aku resah!
Jiwaku bergolak ...

Mana mungkin aku gembira di hari raya di saat beribu anak2 yang dhaif tak dapat merasai kegembiraan itu.

Masih ramai asnaf yang masih menunggu rumah2 bantuan yang di janjikan tapi tak dapat2. Masih ramai anak2 yang yatim, tiada mak ayah tinggal dengan pakcik dan atuk yang juga dhaif ... Masih ramai ... !!

Dan mereka di sekelilingku ...
Subhanallahhh ...

Saya dengan ini melancarkan fasa ke-dua bantuan fakir miskin Thirdforce seluruh Malaysia.Bantuan kedua ini mensasarkan keperluan dapur dan juga menyambut aidilfitri.

Hantarkan kepada kami :-

Beras
Gula
Minyak Masak
Agar2
Biskut raya
Nasi himpit segera

Dan apa saja yang di rasakan sesuai untuk kami agihkan sebelum syawal. Sukarelawan kita insyaallah akan bekerja sehingga ke malam raya untuk menyantuni asnaf2 ini membawa mesej Islam Itu Indah dan mesej persaudaraan serta kasih sayang mengajak semua jommm jadi orang baik-baik.

Hantarkan sumbangan pek Syawal Thirdforce ke :-

Pusat Operasi Thirdforce
Bangunan Warna Oren
Roundabout Petronas ByPass
16800 Pasir Puteh Kelantan.

Whatsapp :-

Safuan : 013-4895476
Hariri : 013-7196004
Ewan : 012-3598767
Julah : 014-2182547

Atau PM ke inbox untuk detail bagaimanaa boleh membantu.

Inilah perjuangan kita semua...
Ya Allah ... kau redhailah perjuangan ini :(

Dr. Raja Shamri bin Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh Kelantan

 

Sejumlah wang terkumpul hasil sumbangan rakan rakan #KBBA9 dan , syukur pada Allah.. hajat kami terlaksana.. Dan juga terima kasih pada adik ipar aku serta keluarganya ( ayah mertua dan ibu merta ) dan juga pada Klinik Primer Cherang kerana membenarkan menggunakan kliniknya untuk dijadikan tempat pertemuan dengan Raja Shamri.

image

image

image

Dan satu perbincangan ringkas diantara wakil blogger #KBBA9 di Kelantan bersama 3rd Force yang mana KBBA9 akan bekerjasama membantu team 3rd Force dalam menyebarkan aktiviti mereka akan datang.. InshaAllah..

image

Satu lagi impian aku sejak bergelar blogger , tercapai.. Teringin nak membantu masyarakat … huhu..

Tahniah dan terima kasih pada semua rakan rakan terlibat secara langsung dan jugak tidak.. Semoga Allah berkati usaha kita.. InshaAllah..

You May Also Like

2 comments

  1. Amin...semoga usaha diberkati Allah..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. #sehatisejiwa

    BalasPadam
  2. semoga KBBA akan lbh success dan maju..aamiin

    BalasPadam