Jangan bandingkan dengan P.Ramlee.

by - Selasa, Julai 12, 2016

 

image

Aku paham maksud dan niat David Teo. Dia tak nak artis jadi susah macam artis-artis veteran yang kita sedia maklum tetapi perlukah dia petik nama P.Ramlee serta anaknya sebagai contoh ?

Bagi aku.. Apa guna kaya tapi karya kita sampah ? Contoh macam aku laa..Orang offer berlakon ke.. jadi penulis buku ke.. Sebab ada ramai follower ! Tapi bakat takda ! Walaupun bakat boleh digilap tapi bila diri sendiri tahu akan kemampuan diri , kenapa nak tambah lagi ‘sampah’ ?

Sapa tak nak kaya kan ? Tapi biarlah kaya dengan cara yang betul. Kaya di samping memberi manfaat pada masyarakat.. negara dan agama ! Kalau takat buat film pastu tayang kat penonton tanpa ada isi dan pengajaran , rasanya.. urmmmm… tak payah dah la kot !

Apa yang patut David Teo ajar pada ‘staffnya’ ialah… di samping berlakon, berniagalah ! Jangan harap pada berlakon saja !  Bukan keluarkan filem filem sampah dan ‘paksa’ orang gi panggung tengok !

David Teo , contohi P.Ramlee.. walaupun ada yang kata ada filem P.Ramlee pon ceduk orang punya tapi sekurangnya dia mampu hasilkan filem ceduk yang beri impak pada penonton , hingga kini !

Tonton filem Bujang Lapok.. camana mereka cari kerja dan bekerja sebagai pelakon.. dgn gaji yang kecil , berbanding pelakon sekarang.. Ada rupa , gaji besar .. takde rupa ? Hurmm.. Tu belum part follower tu…

You May Also Like

4 comments

  1. filem2 p. ramlee kaya dengan intinya... sindirannya... nasihatnya... kualitinya... tak jemu ditonton, diulang tayang... tak jelak... tak muak..

    BalasPadam
  2. Tak perlulah petik nama P.Ramlee nak buat perbandingan sampai merempat macam tu orang boleh salah tafsir nampak macam menghina.

    BalasPadam
  3. p.ramlee jd cmtu sebab produksi yang mempergunakannya.. dia bekerja kerana minat.. bukan keuntungan semata mata..

    BalasPadam
  4. Bg I nilai sorang seniman bukan pada kaya hartanya, tapi karyanya yg kekal 'hidup' walaupun dia dah lama tiada.

    BalasPadam