Ok ke pendingin hawa jenama Midea ? - BEN ASHAARI

Ok ke pendingin hawa jenama Midea ?

 

Pertama kali aku dengar jenama ni. Biasanya aku buat review untuk Mitsubishi dan ternyata memang best. Tapi di rumah aku , ada dua aircond jenama Panasonic. Satu kat ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Dua dua beli kat Sen Heng ! Satu dah rosak sejak hujung tahun lepas. Pastu panggil repair.. Dia datang sebelum Tahun Baru Cina. Sekarang raya pon dah abis ! Aku tak nak beli dah barang kat Sen Heng. Bila dah jadi ramai pelanggan , servis cam taik ! Dulu ok jer.. Huhh..

Maka , aku beli kat kedai biasa jer. Harga dikatakan jauh lebih murah dari Sen Heng. Dalam banyak banyak jenis , wife pilih Midea ! Buatan Malaysia.

image

Ada gak aku tanya kawan kawan di Facebook berkenaan Midea ni. Ramai dah tau rupanya ! Huhuu.. Aku je dok main jenama luar negara ! Huhhh…

Aku beli ni , RM900 siap pasang. 1Hp jer.. Untuk bilik wife berpantang nanti. Bilik tu , siang macam dalam microwave. Sian pulak nak duduk dengan anak anak dalam bilik tu kan.. Huhuhu..

Dan petang tadi , diorang datang pasang. Pemasangan , 7 kaki je percuma. Lebih dari tu , kena bayar lor ! Dan diukur.. lebih laaa.. Kena tambah lagi skit. Tak kisah la.. janji siap dah !

Siap ! Pasang .. Sejuk ! Boleh tahan gak Midea ni rupanya. Aku malas nak amik mahal mahal. Kalau rosak ni , tukar je yang baru. Abis cerita.. Tak yah pening pening nak repair ! Huhuh.. Tu pun kalau mampu tukar laaa..

image

Yang menarik perhatiann aku ialah ada kuar suhu kat air cond tu.. Wahh.. senang laa ! Pasni nak tukar yang kat depan tu dengan jenis ni gak ! Nak amik 2Hp.. Huhuhuh.. Murah je kot…

20 ulasan:

  1. jebutuhan aircond bagi kebanyakan masyarakat yang berada di daerah bersuhu panas memang sangat diperlukan untuk kenyamanan ruangan, salah satunya tak pasang juga aircond jenama Panasonic...hehe

    BalasPadam
  2. wahh tak lah mahal sgt.. teringin nak beli kan untuk keluarga..

    BalasPadam
  3. Saya pakai jenama York (sekarang dah jadi Daixin). Okey la.
    pun ada tertulis juga suhu di alat kawalan jauh tu.
    Saya guna 1hp je sebab bilik study merangkap bilik sembahyang saya kecik (12' X 12'). Cukup mententeramkan dan menyamankan terutama masa musim panas itu hari.

    BalasPadam
  4. Suami sy pun bru minggu lps beli jenama ni utk bilik ank2. Mmg sejuk! Mula2 confius juga remote tu sbb ads 2 timer klu tak bc manual mmg x fhm. Hehehe sblm ni remote aircond ada 1 butang timer je. Nak beli juga 2hp utk hall nnt.

    BalasPadam
  5. Bos, nak tanya... Mana tempat nak beli parepart brg aircond media?

    BalasPadam
  6. Sy guna aircond media 1hp ada bunyi blower kuat. Tak berapa sejuk.baru guna 2 bulan.masa baru guna sebulan set 23c asa sejuk sgt.sekarang dh 2 bulan guna set 17c pn xberapa sejuk.

    BalasPadam
  7. acon trip keluar E2 apa masaalahnya

    BalasPadam
  8. Bunyi angin aircond yg sgt bising. Tak sesuai utk kegunaan bilik tidur.

    BalasPadam
  9. Bunyi angin aircond yg sgt bising. Tak sesuai utk kegunaan bilik tidur.

    BalasPadam
  10. Kalau aircond midea kte pasg kipas lua tu asyik mati sndri knp yer

    BalasPadam
  11. Cuaca panas skg ni mmg kne aircond

    BalasPadam
  12. Macam mana nk on kan timer (auto off) bila mlm.. Media brand 1hp

    BalasPadam
  13. Cara on kan timer waktu tidur.. Media aircond

    BalasPadam
  14. Aku pakai Midea 1HP portable, bunyi kuat, sejuk memang sejuk, tapi pelik cuma 1 arah je sejuk, die tak sejukkan keseluruhan bilik kecik, bilik aku sangat kecik pun. Yang paling tak best aku guna 10 jam dlm sehari dan bill elektrik extra RM100 ngam ngam, aku pakai drymode je pun, yang aneh, drymode lagi sejuk drpd coolmode.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama dgn kes saya.. sejuk 1 arah je.. ruangan lain tak sejuk.. bising pula tu.. guna tak smpi setahun pun dah tak sejuk, permulaan je psg tu 1-3bulan boleh tahan sejuk dlm bilik.. lepas tu.. mmmm... malas dah nak komen..saya pakai auto mode..drymode panas pula 26/28c..

      Padam
    2. Ekon portable mana2 brand memang macam tu. Sebab? hose yang keluar tingkap tu dah sedut udara sejuk dari dalam bilik utk sejukkan compressor dalam portable unit, jadi udara panas dari celah2 pintu tingkap kena sedut masuk balik dalam bilik.. kesimpulannya susah la nak sejuk.. dekat oversea ada portable ekon yg pakai double hose utk elak masalah ni

      Padam
  15. Saya dah guna Aircond Midea ni lebih kurang 11 tahun lebih.masa beli dulu harga RM690 promosi siap pasang back to back. 1 hp je. Guna di bilik tidur master Room rumah kerajaan. Sampai sekarang x pernah servis. Suhu set 26°c saja. Tidur satu family 5 org berbungkus dlm selimut tebal beli Kat bundle. 1 hari guna x kurang 10 jam. Tiap2 MLM pakai. Bil pun x pernah cecah 100. Sekarang dgn dulu sama ja sejuk dgn anginnya. Bila cari kat kedai nak beli lagi sorang cakap x jual dah yg 1hp. Kecewa. Anyway terima kasih banyak Midea atas kualiti ini.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.