HEGURU melatih si kecil menggunakan otak kanannya !

by - Selasa, Jun 07, 2016

 

Tahun depan Qhaliff masuk usia 5 tahun dan Zahra 3 tahun. Aku pening dok pikir mana nak hantar Qhaliff untuk permulaan mengenali dunia pendidikan. Tapi kesian ada jugak.. Macam tak bersedia je dia lagi.. Begitu juga Zahra.

Baru-baru ni , aku terima pelawaan seorang rakan untuk ke Heguru yang terletak di Mid Valley Boulevard. Aku tak buat langsung kajian mengenai Heguru. Aku terus setuju dan bawak Qhaliff. Aku nak tengok respon dia di sana nanti. Apakah dia dah bersedia untuk ‘berguru’ selain mak ayahnya ???

Sampai masanya , aku bersama Qhaliff ke HeGuru. Bila masuk je ke sini , aku terasa suasananya berbeza sekali. Selesa dan tak rasa tertekan di sini sama sekali..

image

image

image

Yer.. Qhaliff kelihatan amat selesa di sini. Aku biarkan dia bermain sendirian di bilik permainan yang dikhaskan sementara menunggu kelas bermula..

Bermain hingga tak nak berhenti pulak dia.. Huhuh..

image

image

Sebelum masuk ke kelas , aku diberi infomasi terlebih dahulu mengenai Heguru dan asal usulnya. Yer , menarik sekali ! Pelajar yang dihasilkan dari didikan Heguru ini memang menakjubkan sama sekali.  Penerangan yang cukup jelas.

Sedikit latar belakang mengenai HeGuru. Heguru Malaysia adalah cawangan pertama di luar Jepun. Sudah beroperasi lebih 5 tahun dan sudah pun mempunyai cawangan di bandar dan negeri lain seperti Damansara, Puchong , Pulau Pinang dan Johor Bharu.

Selepas 30 tahun kajian dan praktis , Heguru berjaya menjadi sekolah terbesar untuk Right Brain Develoment. Pelajar Heguru sering mendapat nama dan pujian di media Jepun. Heguru terpilih Japan’s Best Right Program untuk kanak kanak.

Terus aku terfikir pada Zahra. Nak hantar dia tak ke sini ? Kat sini , diorang terima pelajar seawal 6 bulan hingga ke 10 tahun. Qhaliff dah 4 tahun tetapi kena masuk kelas awalan terlebih dahulu.. Nak tengok kemampuan dia.

image

Ruang pembelajaran yang selesa.  Pelajar ditemani oleh parents. Secara tidak langsung , parents boleh nampak perkembangan anak mereka di dalam kelas ini.

Menarik kan ? Hehehe.. Jam 4.30 petang.. kelas bermula. Aku tak sabar nak tau apakah rahsia mereka..

Kelas diajar dalam bahasa Inggeris. Mudah , jelas dan sangat membantu. Sensei atau guru yang mengajar pula , diberi kursus di Jepun sebelum ditauliahkan. Bukan semudah itu yer.. Heeee..

Kelas bermula.. Gulp ! Ngan aku aku terasa gementar. Lama tak masuk kelas gini haa.. Last aku masuk , masa nak amik lesen P dulu haaa..

Fuhh.. sensei mulakan kelas dengan.. tu dia ! Penuh disiplin. Ngan aku aku jadi takut nak pegang handphone ! Terus tumpukan perhatian. Kang kena soal , tergagap aku.

Dan Qhaliff.. Hurmm.. dia segan pada awalnya. Tetapi Sensei pandai amik hati… lama lama , dia beri tumpuan tapi tak nak lepaskan aku..Huhuh.. Takde kawan la tu.. Tu pasal jadi gituan..

image

Kelas ni bukan sebarangan kelas ! HeGuru menekankan aspek penggunaan otak kanan bagi mengimbangi penggunaan otak kiri.  Kalau dua dua bahagian otak digunakan , barulah anak kita mampu berfikir dengan begitu baik. Barulah jadi anak yang pintar.. kan kan ?

Di sini para pelajar akan diberi tunjuk ajar menggunakan otak yang mana hasilnya ialah mampu mengingati sesuatu objek dengan pantas , memproses data dengan pantas , fokus terhadap sesuatu objek , punya daya IQ yang tinggi , kaya dengan kreativiti , personaliti yang mengagumkan dan punya daya pemikiran yang luarbiasa !

Pelajar memang tida akan duduk diam di dalam kelas. Sensei atau guru akan senantiasa meminta pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti. Pembelajaran dalam bentuk visual dan juga audio. Satu teknik yang menarik sama sekali.

image

image

Banyak menggunakan flash card dan sangat laju dia punya teknik pembelajaran flash card ! Memang macam flash ! Huhuhuh.. Mata kena cepat tangkap. Telinga kena cepat dengar ! Tak boleh leka sama sekali !

image

image

image

image

image

image

image

Kelas yang aku pergi ni , cuma sejam je tapiiiii ! Tapiiii ! Dalam tempoh sejam tuuuu , aku belajar hampir 50 perkara baru dan menariknya , mereka tak mengulang tajuk yang sama.. Maka dengan itu , pelajar tak boring sama sekali ! Ianya akan diulang pada kelas akan datang.

Secara jujurnya , Heguru bagi aku ialah satu kelas pembelajaran yang sememangnya dinantikan oleh semua ibu bapa ! Dan pastinya anak yang terhasil nanti sangat mengejutkan kita.. Huhuuh..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila lawati ke :

Website: heguru.com.my
Facebook : facebook.com/hegurumalaysia
Instagram : instagram.com/hegurumalaysia
Twitter : twitter.com/hegurumalaysia

Cawangan HeGuru di Malaysia :

1. Kuala Lumpur Mid Valley Centre ( HQ )

Unit 27-3 & 27-8 , Block B , Signature Office ,

Mid Valley Boulevard , Lingkaran Syed Putra , 59200

Kuala Lumpur

Tel : 603 2287 2168

Email : info@heguru.com.my

 

2. Johor Bahru Centre

14, Jalan Sutera Tanjung 8/4.

Taman Sutera Utama , 81300 , Skudai Johor

Tel : 607 557 7188

Email : info-jb@heguru.com.my

 

3.Puchong Cenre

D-06-02 , 2nd Floor , Block D , Setia Walk

Jalan Persiaran Wawasan , Pusat Bandar Puchong ,

41760 , Puchong , Selangor

Tel : 603 5879 9769

Email : info-puchong@heguru.com.my

 

4.Penang Centre

41A-G , Persiaran Bayan Indah , ( Opposite Queensbay Mall )

11900 Bayan Lepas , Penang

Tel : 04 638 3617

Email : info-penang@heguru.com.my

 

5.Damansara ( PJ ) Centre

C-212 , Jalan PJU 8/1 , Damansara Perdana ( Metropolitan Square )

47820 , Petaling Jaya , Selangor

Tel : 03 7733 2167

Email : info-pj@heguru.com.my

 

Jangan persiakan peluang keemasan buat anak anda ini..

You May Also Like

10 comments

  1. wah menarik ni. bila dengar ianya berasal dari jepun, terus wow! tapi itulah, dekat melaka takda pula. hmm.

    BalasPadam
  2. menariknya, lokasinya terhad buat masa ini, perlukan perancangan jika nak hntar kesini. Heguru dah bagus, mungkin boleh kembangkan lagi untuk buka peluang lebih ramai ibu bapa hantar ke Heguru

    BalasPadam
  3. Boleh cuba nanti untuk Qaireen. 4 tahun ke atas kan?

    BalasPadam
  4. Boleh cuba nanti untuk Qaireen. 4 tahun ke atas kan?

    BalasPadam
  5. Menarik...1st time dgr kelas konsep dr jepun ni..

    BalasPadam
  6. menariknya....asal la dekat sangat???

    BalasPadam
  7. yang best2 ni mesti jauh daripada rumah saya.

    BalasPadam
  8. Banyak betul cawangan dia ye...wauuu 50 benda dalam masa sejam...perghhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  9. baguslah ada tempat belajar seperti ini..anak-anak sekarang nak kena cepat diajar..zaman semakin canggih dan pelajaran semakin ke hadapan.

    BalasPadam
  10. Pernah baca, teknik betul untuk guna flash card ialah dengan tunjuk laju laju macam flash tu lah. Tapi nak ajar sendiri kat rumah, tak secekap tu. Bagus kalau boleh hantar anak anak kat tempat camni, tenaga pengajar bertauliah.

    BalasPadam