Sian dia.. Walaupun bersua muka setiap hari , tapi peluang nak bermanja , bermain dengan dia takda ! Aku tak tau kenapa aku takda masa dengan dia.. Kesian kat dia. Kekadang dia mintak nak tidur dengan aku. Tapi bila tiba masanya, Zahra datang menyelit. Dia memang cemburu skit. Tagline diorang .. " My daddy ! My daddy ! " . Pastu gaduh laaaa.. Adehh..
Paling menyedihkan.. kalau aku dalam mood tak bagus ! Dia memang takut la nak tegur atau datang dekat. Tapi Zahra , tak ! Dia akan tetap datang dan cium pipi aku tanpa rasa takut. Qhaliff je akan jauhkan diri.. Huhuh..
Malam tadi.. aku memang sangat sangat stress ! Tekanan datang dari pelbagai sudut. Aku rasa cam nak mengamuk je tapi aku amik keputusan untuk tidur je.. tidur awal. Bangun dari tidur , aku keluar dari bilik.. Qhaliff tidur di luar keseorangan.. Hurmm.. sian dia.. Zahra , cam biasa.. waktu tidurnya dah berubah kembali.... dia tidur di siang hari ! Malam , teman aku update blog.
Sekejap je masa berlalu. Dulu , dia laaa yang sering dalam pelukan aku. Sering aku dukung , ke mana mana saja ! Dekat sungguh dia dengan aku. Tapi sekarang .. Rasa nak je berhenti dari apa yang aku buat sekarang ni dan beri tumpuan pada dia dan adik adik dia. Tapi , sapa nak tolong bayarkan cukai cukai yang dikenakan pada aku skang ni ? Huhuhuh..