Sotong Megatron dan Sotong Optimus Prime di Bawal Sempoi bikin panas !!

Amboi... sudah lebih ini tokey ! Satu satu dia up gambar. Ni tak leh jadi... kena gi gak rasa kat kedai dia nun di Kampung Baru.. berdekatan dengan UNIKL ! Nak kena gegar seeepat mungkin. Tak leh biarkan tekak ini menelan air liur semata mata terutama bila tengok Timeline Facebook , gambar makanan dia lalu dengan girangnya ! 
Yang buat lagi panas ialah nama makanan dia.. ada ke nama watak Tranformers ! Amboiiii.. dasat sangatkah ? Apakah sotongnya sama size dengan robot robot tu atau mampu bertukar dari sotong menjadi orang ? Orang menjadi sotong , aku percaya la ada .. Tapi sebaliknya ? Hurmm.. Jom stalk FB dia jap... 


Dengar cerita , customer dia ramai repeat gi makan kat situ ! Huhuhu.. Betul betul power tuuu.. Dan bukan sekadar sotong.. bawal pon sodapp ! Kari dia.. power ! Tu komen yang aku baca la.. dan juga ada rakan blogger dah gi makan kat situ.. Hurmm.. tak leh jadi ni !
Sebelum viral dah penuh orang.. baik aku gi cepat.. Korang nak join ? Kalau nak gi , aku rasa baik pm tokey dia dah booking tempat !
Mohd Razman Faizal Sulaiman

6 ulasan:

  1. alahaaaiiii sedapnya nampak sotong tuuuuu...

    BalasPadam
  2. Besar2 haaa sotongnya aummm oh kt area unikl eh...dekat ngan opis

    BalasPadam
  3. ok, yang ini memang mengundang,musim candat sotong memang boleh dapat sotong besar macam ni

    BalasPadam
  4. wow.. besarnya sotong celup tepung.

    BalasPadam
  5. besar jugak sootong tu , mesti puas ati makan tapi lisa tak makan sotong.. hehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009