Ok... bagi mereka yang meminati bidang kecantikan terutamanya yang menjaga kecantikan rambut dan juga wajah , haaa.. ni satu peluang untuk korang menambah ilmu yang mana satu kolobrasi telah dibuat melibatkan jurusolek-jurusolek terkenal seperti Nur Syafinaz Utagha Touch, Hanizah M.Rashid, Hera Helmi, Rogue Fyfy, Nisa Touch dan Eypa Hana.
Kempen yang bertemakan kecantikan luar dan dalam ini diadakan bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan kulit dan rambut di kalangan wanita selain memberi inspirasi solekan yang terkini.
Haaa... Sepanjang kempen tersebut, 3 tarikh telah dipilih untuk acara
Live Tutorial Makeup di antara pihak MBH dengan MUA yang terlibat. Di kawasan
Selatan, “LIVE” akan diadakan pada 17 November 2017,
manakala di kawasan Klang Valley pada 23 November dan utara pada 29 November
2017.
Selari dengan setiap tarikh LIVE, MBH akan mengadakan Jualan
Akhir Tahun dengan pelbagai diksaun dan hadiah percuma yang menarik untuk
pelanggannya pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2017.
Pengasas MBH, Puan Yaya Mohamad kata ramai dah rajin buat live tutorial makeup
di laman sosial yang kini menjadi suatu fenomena yang luar biasa. Ini menunjukkan industri kecantikan semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia.
Sepanjang live ini berlangsung, korang berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik tajaan dari MBH Dermacare, MBH Cosmetic, MBH Haircare,
Zaira Exclusive, La Diva dan Caras by Qasrina Qas.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai kempen ini boleh ke laman web www.mbhmedispa.com dan www.haircare.com.