Pada awalnya aku malas nak pergi. Tapi memandangkan aku kena jaga anak Isnin sampai Jumaat dan wife lak ada kerja penting di pejabatnya , maka aku kena segerakan kesembuhan lutut aku tu. Kalau tak , memang pening kepala la. Camana nak uruskan anak kan ? Haa.. sebab tu la kesihatan fizikal dan mental mau kena jaga.
Ini bukan pertama kali aku nak ke Sonotron Bangi ni. Dah 3 kali ke sana. Aariz dan Zahra kalau batuk berkahak , selsema yang tak reti nak clear , memang ke sini la jawabnya.. selepas jumpa doktor. Haaa... Risau kes Zahra berulang kembali disebabkan batuk tak berhenti .. yakni jangkitan kuman di paru-paru. Maka segala alternatif kena segerakan. Sebab tu bawak gi Sonotron dan Alhamdulillah.. dengan izin Allah , sesuai dengan mereka.
Dan bila aku baca artikal yang ada di klinik tu , baru aku tau yang asal usul kegunaan Sonotron ni. Sebab tu la aku berani bawa lutut aku ke sana. Huuuu...
Artikal tahun 1995
Sebelum pergi , aku buat temujanji terlebih dahulu. Sebabnya.. setiap jam ada pesakit ! Haa.. Aku booking 2 sessi.. 1 sesi , 15 minit. Dan berharga RM35. Jika dua sesi aku cuma perlu bayar RM60. Diskaun gitu. Heee...
Jam 2 petang , aku punya temujanji. Sebelum ada orang dewasa juga datang. Wah , biasanya kanak kanak dan bayi je jadi pesakit kat sini. Nampaknya orang dewasa pon dah ramai datang. Huhuh.. Nama aku dipanggil. Giliran aku lak..
Baca artikal : Rawatan Sonotron Jika Anak Kecil Selsema dan Berkahak
Baca artikal : Rawatan Sonotron Jika Anak Kecil Selsema dan Berkahak
Jika ada kesan , aku akan datang lagi ! Ni nak try dulu.. huhu.. Bismillah.. Untuk pengetahuan , sememangnya Sonotron ni asalnya untuk atlit sukan yang alami kecederaan otot. Nah sekarang ianya dikomersialkan. Bagus jugak la kan ? Aku malas nak makan ubat ubatan sangat.
Setengah jam. Selain lutut , aku mintak dia 'tembak' di pinggang dan siku aku. Nak tengok berkesan ke tak.. gara gara gym la ! Heee.. Rasanya camana ? Hurmm.. korang amik handphone tengah cas.. pastu letak kat perut. Apa rasanya ? Skit je panas kan ? Gitu je laaa rasanya..
Selesai... pinggang aku yang sakit ketika baring ni , hilang terus ! Siku aku yang setiap kali turun gym , wajib sapu lotion panas, terasa ok skit.. tu pun sebab buat berapa minit jer. Kalau lama lagi , inshAllah ok...
Dan lutut aku ? Aku memandu pulang tanpa pakai knee guard yang mana masa datang tu , aku pakai... kalau tak pakai terasa macam nak tercabut lutut !
Sampai di rumah.. aku tidur jap.. Kasi rehat selepas buat rawatan. Malam , sebelum keluar gi Tesco.. aku cuba bersenam sedikit sedikit.. dan boleh ! Alhamdulillah... cuma bengkak tu masih ada. Takkan terus baik kan ? Gile kot ? Hahahaa.. Aku berjalan di dalam Tesco tanpa guna knee guard !
Malam... aku cuba bersila.. yang mana sebelum ni , tak boleh. Memang menjerit aku , dalam percubaan nak melipat kaki !
Tanpa knee guard dah ! Alhamdulillah.. Huhuh... Aku tak paksa korang percaya pon. Tapi sekurangnya , aku cuba dari geleng kepala terus. Heeee...
Sakit tu masih ada... tapi berkurangan banyak la bagi aku !