Sekeluarga gunakan sabun Tea Tree Oil Shower Gel

Setiap pagi , selepas subuh... tugas pertama aku ialah mandikan anak-anak. Seorang demi seorang aku dukung dari bilik tidur ke tingkat atas.. Tingkat atas je ada water heater. Ditambah lagi sekarang ni 'musim sejuk' melanda... masing masing pasti melompat kalau mandi air suam. Sejuuuk woiii ! 

" Daddy , nak sabun.. " . Pinta Zahra. Aku tau dah... dia pasti nak guna sabun Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni. Sabun ni diorang suka sebab tak melekit bila dah dibilas. Qhaliff dan Aariz pon aku gunakan sabun ni. Satu keluarga guna.. senang gitu ! 

Qhaliff , kalau aku biarkan.. boleh abis sebotol dia balun main sabun. Suka sungguh dia guna sabun ni. Sebelum ni aku ada guna sabun mandian khas untuk kanak-kanak tapi dia tak beberapa gemar. Begitu gak ngan Zahra. Aku sabun rambut dia pon guna ni jer. Senang. 


Tea Tree Oil Shower Gel 

Selain mudah dibilas, aku senang dengan baunya. Tak begitu menusuk sangat hidung aku. Terlalu wangi pon tak bagus untuk badan sebenarnya. Sebab tu kena baca kandungan terlebih dahulu sebelum membeli apa apa sabun mandi. 

" Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).

Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.

Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan " - PSN USM



Mandikan Aariz 

 Tiada kandungan bahan terlarang ! 

Kandungan lengkap , GMP dan HALAL adalah keutamaan ! 

Mudah digunakan. Tekan jer... 

Dan aku yang kembali aktif bergym dan bersenam terutamanya di sebelah malam memang akan sangat berpeluh. Pastu kena mandi bersih bersih. Kalau tak , hurmmm.. mulalah badan naik jerawat! Tu sebab aku yang dah biasa guna produk Cosmoderm bermula dari muka hingga ke kaki , kena pastikan cukup stok di dalam setiap bilik mandi ! Hee.. ada 3 bilik air di rumah aku. Tetamu datang pun , guna sabun Tea Tree Oil Shower Gel. Dan pastu akan tanya.. ada stok tak ? Heeee..

Harga tu paling penting. Heee.. Buat masa sekarang , kalau beli secara online di web Cosmoderm , ada harga promosi. Dan boleh dikatakan selalu la gak mereka buat promosi. Harga yang sangat berpatutan. Kena rajin follow Facebook Cosmoderm supaya tak terlepas promosi terkini mereka. Instagram Cosmoderm jugak aktif... selalu ada testimoni dari mereka yang pernah guna. Maknanya bukan fake punya testimoni la..

Ok... aku nak mandi... heheee.. baru lepas workout. Kasi kering dulu badan.. mandi ! Baru segar kembali. Pastu nak g shopping ! Nak ikut ? Heeee.. Nak cari Watson atau Wellness ! Cari pencuci muka Tea Tree Oil. Dah abis lak ! Heeee..

Di Alamanda...



Set Travel ada dijual di Wellness , Putrajaya

Tunggu apa lagi ? Gi la beli ! 

29 ulasan:

  1. Setujuuuuu humaira pun pakai,senang cite sekali harung hehehhehe tak yah banyak2 jenis wat penuh bilik air je kikiki

    BalasPadam
  2. I pun guna ni, best sbb pakai sikit je dah berbuih sakan. Jimat!

    BalasPadam
  3. Kadang pakai TTO cleanser yang saya beli untuk hasben. huhu. masa naik jerawat la. hee. pasal sabun TTO ni mmg tbaik. leh elak jerawat belakang badan asben dari naik. wangi pun ye..

    BalasPadam
  4. Huda pun suka guna shower gel cosmoderm,pekat dan byk buih. Bilas pun mudah. Memang terbaik produk cosmoderm ni

    BalasPadam
  5. terimakasih ben.Baru tau,cosmederm ada gel mandian juga. nanti nak cuba bertukar brand la juga..sempena tahun 2018 ni..hihihi.

    BalasPadam
  6. Haida pun pakai sejak asben selalu alergik

    BalasPadam
  7. Nak belilah nanti sebab dah tau sabun ni senang bilas. Tak melekit!

    BalasPadam
  8. Ni dapat kat nafis ni, mau dia buat pesta buih. Abes sebotol

    BalasPadam
  9. Bagusnya anak2 boleh guna mandian ni...kdg2 mcm sabun antibacterial pernah buat mengelupas bahaya.

    BalasPadam
  10. memang best sabun mandi tea tree cosmoderm ni . wahh ada pack baru ye ...

    BalasPadam
  11. Ai pun pakai gak shower gel TTO ni, so far tak pernah tukar lagi ke brand lain... Selesa dengan cosmoderm...

    BalasPadam
  12. wahh bestnya cosmoderm shower gel pula

    BalasPadam
  13. Nak kena carik ni.. Kat KB ni kena singgah dua tiga kedai baru jumpa..

    BalasPadam
  14. Best shower gel dia, bau pun sedap! Tak melekit yang best guna, senang nak bilas.

    BalasPadam
  15. Kat umah dah hbs sabun ni.. Best sgt pakai

    BalasPadam
  16. GV pengguna cosmoderm untuk facial wash. Sabun mandi tea tree cosmoderm akan jadi GV next list utk pakai. :)

    BalasPadam
  17. Btul guna gak ni... semua leh pakai. Yg best bau freshh...

    BalasPadam
  18. Memang best sangat sabun mandi dari Cosmoderm ni.. Jatuh cinta sejak mula guna.. Nak kena mencari jugak ni.. sabun mandi tea tree oil baru je habis..

    BalasPadam
  19. Bestnyaa. Mesti keluar bilik air je dah harum semerbak 😍

    BalasPadam
  20. Memang nak kena cari set travel ni..mudah sgt utk kegunaan seisi keluarga..bulan Feb nti bmnak berjimba ngan anak²..

    BalasPadam
  21. Bau dia sedap yg shower gel tea tree tu.. Nak beli lg nanti, skrg tgl sket jew.

    BalasPadam
  22. Setuju... Nina pun guna shower gel Cosmoderm tuk seisi keluarga. Senang dari Mak Pak hingga ke baby Lysa pun guna ni. Jimat, ringkas!

    BalasPadam
  23. baru tau.. tengok harga pun okay.. nnt nak try lah

    BalasPadam
  24. sama lah suka baca kandungan dulu sebelum beli produk-produk macam ni. tea tree oil ni memang sangat bagus untuk kulit. pilihan yang bijak. gituu

    BalasPadam
  25. Oh kat watson pon leh beli rupanya. Bagusnya lepas bilas tak melekit. Tak syok jenis yg mcm tu.. Rasa cam tak bersih lak.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.