Jangan tidurkan anak dalam buaian atau... - BEN ASHAARI

Jangan tidurkan anak dalam buaian atau...

Masa anak pertama , aku cukup pening kepala bila wife abis pantang dan kembali ke pejabat ! Apa yang pening kan aku ialah... camana nak tidurkan dia eh ? Selama 3 bulan dia tidur dengan berkepit dengan mak dia.. menyusu badan ! Tau tau , aku lak kena tidurkan dia.. sendirian ! 

Teringat akan mak aku yang jaga cucu dia , tidurkan dalam buaian. Aku cadangkan tidurkan Qhaliff dalam buaian tapi ramai tak galakkan ! Risau nanti nak ke mana mana pon kena usung buaian ! Huhu.. memang payah gitu.. 

Tapi aku rasa takda masalah sebab Qhaliff menyusu badan ! Bila mak dia ada.. dia akan tidur dengan mak dia.. Jika tiada.. letak dalam buaian dan beri susu botol. Maka akan lenalah mereka. Baby takda masalah nak lena. Kalau tak lena tu , sila check lampin mereka. Takut dah penuh atau mereka berak. Haa..

Dan tiada masalah. Travel la ke mana sekali pun.. tidur di hotel.. takda masalah ! Bagi jer diorang tu ngantuk sungguh sungguh.. dan sebelum tu pastikan mereka kekenyangan. InshaAllah akan mudah tidur ! 

Zahra pon tiada masalah. Dan tiba masa Aariz.. apakah dia juga mudah ? Alhamdulillah... kesemua mereka mudah jer tidur. Tak kisah la samada dalam buaian... atau tanpa buaian ! Tapi kalau tanpa buaian, mak dia kena ada ! Kalau mak dia takda... dan buaian takda , camana nak tidur ? Mudah jer.. Dodoikan jer.... Masa nak dodoi tu , kita kena tenang. Jangan kelam kabut atau terpaksa ! Diorang leh tauu.. Rileks je dan diorang akan lena. 

Apa apa pun.. korang perlu kenali betul betul ragam si baby tu. InshaAllah takda masalah. Bagi mereka yang baru nak bergelar bapa , tenang.. ini pengalaman indah. Letak telefon pintar tu dan layan anak anda... Masa berlalu dengan pantas.. tau tau dah dewasa dan mereka tak nak tidur bersama anda dah... 

6 ulasan:

  1. alolo..comelnya Aariz..tunjuk pusat giteww.. bagus ben punya sharing ni.

    BalasPadam
  2. Kalau anak jenis memang menyusu badan, memang senang nak tidurkan tanpa buaian

    BalasPadam
  3. anak saya dulu masa kecik tido dalam buaian kejap sebab babysitter ajar tido dalam buaian, tapi kalau tak ada buaian dia OK je, so bila pergi hotel dia tak ada masalah - lena je

    BalasPadam
  4. Betul tu, anak-anak bila dah besar dah taknak tidur dengan mak ayah

    BalasPadam
  5. bgusla kalau ok tidur..fariza ni kalau dengan bapknya, dh betul2 penat masuk dlm kereta, aircond baru tidur

    BalasPadam
  6. Anak² saya pun semua tidur pakai buaian, takde masalah pun kalau nak travel kemana².

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.