Pendapat aku Bila Guru Sentap !
Terbaca satu kisah di blog Mingguan Wanita. Menarik kisahnya. Aku rasa kisah gitu memang banyak pon cuma tak pernah diviralkan jer lagi. Kisah tu mudah jer... Seorang ustazah yang memarahi anak muridnya kerana minum air masak ketika dia mengajar. Kemudian parents dia datang ke sekolah secara baik dan selesaikan masalah dengan diplomatik. Ingatkan dah settle rupanya tidak.. Ustazah tu pulaukan anak dia di dalam kelas. Tak cukup dengan tu, adik beradik dia yang bersekolah di situ juga menerima nasib yang sama. Siap dilucutkan lagi jawatan pengawas ! Haaa.. lebih kurang gitu la kisahnya.
Wajar ke tidak perbuatan ustazah tu ? Hurmm...
Ikhlas bila memberi.
Ini yang menakutkan para ibu bapa sebenarnya. Ramai ibu bapa memendam rasa. Diluahkan , anak jadi mangsa. Diam , anak jadi mangsa. Kes ni mungkin kata segelintir je tapi kalau nak diikutkan , setiap sekolah ada je kes gini cuma tak tersebar jer atau tak dimaklumkan.
Ada yang kata.. sapa suruh tak pergi mesyuarat PIBG ! Masa tu la nak kritik ke.. nak luah masalah ke.. Apa yang tak kena , sila bagitau !! Tapi masalahnya, berapa ramai cikgu yang boleh terima teguran ? Merasakan diri dah cukup gah... Maaf cakap , bukan semua guru gitu tapi ada guru yang berpegang pada TANPA GURU , KAU PUN TAK JADI MANUSIA ! , maka dia angkuh dan ego !
Sila bersikap profesional dan matang ! Tunjukkan yang anda adalah insan yang layak berdiri depan murid dan mendidik anak bangsa ! Kalau asyik nak sentap dan merajuk... rasanya jangan jadi cikgu je la.
Yer , aku tau.. cikgu pun manusia. Tapi cikgu adalah manusia yang mana kategorinya lain dari yang lain. Sebab tu anda digelar 'GURU' atau 'CIKGU'. Itu bezanya. Bila terasa sentap ketika ditegur tu , istighfar cepat cepat. Mungkin teguran tu dari Allah melalui insan lain... sapa tau ?
Emosi guru ketika mengajar juga penting. Kalau tengah stress , cuba rehat jer.. Tak perlu mengajar ketika tu. Suruh je anak murid wat hal sendiri... atau kasi je kerja kerja yang boleh mereka buat.. atau mintak izin dari pentadbir untuk gantikan dengan guru lain seketika. Tak pun amik je cuti rehat. Sekadar cadangan. Jangan biarkan emosi menyelubungi diri dan seterusnya menjerumuskan ke permasalahan yang lebih serius.
Pengalaman aku dulu sewaktu menjadi guru.. aku pun pernah ditegur. Senyum je la. Perbaiki. Setiap pengalaman tu mengajar kita menjadi insan lebih dewasa dan matang. Berguna untuk di masa masa akan datang. Yer , memang berguna pon. Aku dah rasa.
Terima teguran dengan hati terbuka. Menerima teguran bukanlah menunjukkan kita ni lemah atau tidak bijak. Menerima teguran itulah membuktikan kita bijak orangnya. Kalau takda teguran buat kita, mesti ada sesuatu yang tak kena. Apakah kita tidak ada yang menilainya ? Atau ada yang memulau kita ? Haaa..
Jangan pulaukan anak murid anda. Sian mereka. Doa yang baik baik saja buat mereka. Ingat , apa yang kita buat akan meninggalkan kesan pada mereka di kemudian hari. Aku tulis gini pun ada yang akan kata.. Jaga jaga Ben.. anak kau nanti gi sekolah gak ! Wah , kenapa ? Nak pulaukan anak aku ke? Heeee..
Tegur salah.. tak tegur pon salah. Dibiar salah. Amik tau pon salah. Dah tu ? Kalau anak cikgu tu diperlakukan gitu , camana lak yer ? Ada kes guru... bila tau ada anak guru dalam kelas tu , diorang buat tak tau jer. Tu isu lain.. Hahahaa.. Pening aih.
Tegur salah.. tak tegur pon salah. Dibiar salah. Amik tau pon salah. Dah tu ? Kalau anak cikgu tu diperlakukan gitu , camana lak yer ? Ada kes guru... bila tau ada anak guru dalam kelas tu , diorang buat tak tau jer. Tu isu lain.. Hahahaa.. Pening aih.
6 comments
Rasanya ni kes terpencil.
BalasPadamRamai guru yang bertugas dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab.
Rasanya kerja dimana² pun stress tapi jangan jadikan orang lain mangsa. Kesian anak murid tu dan adik²nya dipulaukan, kesalahan bukan teruk pun.
BalasPadamTak ptt ustazah tu buat macam tu. Guru macam ni sebab tak 'seimbang' .. hehee.. :p atau mungkin cita cita dia bukan guru. Kalau dia faham apa itu 'guru' dia tak macam tu.. In Shaa Allah.
BalasPadamsbg ustazah dia perlu lebih tenang,,, rasanya dia lebh arif dgn sifatnya, seorg ustazah mesti alim dan lbh bersikap tenang dlm apa jua keadaan, xperli ikut emosi.... sbb ustazah slunya slu dekat dengan Allah swt...
BalasPadamSekarang dah zaman byk murid pulaukan guru.. Tp tiada tempat mengadu
BalasPadamSekarang ni dah zaman murid2 pulaukan guru, tiada guru tempat mengadu mahupun menyuarakan (bukan kes terpencil)
BalasPadam