Sony Xperia XZ1 aku hilang di DoubleTree By Hilton Melaka !
Mood bercuti terus ke tahap dibawah paras beku ! Tapi aku tetap cuba bertenang. 'Kerja' tetap kena selesaikan. Segalanya bermula di hari kedua. Jam 930 pagi. Ketika tu bersiap untuk turun ke gym dan Kids Club Hotel. Anak anak semua ikut.
Semua ikut. Anak anak akan ke Kids Club manakala aku singgah gym jap. Hee.. nak bakar lemak lemak yang masih menebal. Ok , disini aku tak ingat ! Apakah aku bawak kedua dua handphone Sony Xperia aku atau aku tinggalkan salah satu di bilik ! Kelam kabut punya pasal la katakan. 3 orang anak, dah kelam kabut. Hahahaa..
Tapi seingat aku , aku bawak semua turun. Ke tak ? Ahhh.. aku pening di sini ! Aku mula sedar kehilangan phone tu sewaktu nak makan tengahari. Nak amik gambar untuk upload ke media sosial. Tercari cari tapi terus aku anggap aku terlupa bawak. Malas nak pikir !
Tengah sedap sedap makan , Aariz lak mengantuk ! Aku bawak la dia naik atas dulu , sebelum dia mengamuk. Dan di bilik , aku dapati bilik aku tu sedang dikemaskan. Aku tak cari phone aku tu lagi sebab dok dukung Aariz yang dah lena ! Huhuh...
Sedap dia tidur..
Tak lama kemudian , wife dan anak anak sampai bilik. Operasi mencari handphone bermula. Geledah abis satu bilik... bawah katil.. semua abis dicari ! Aku tengok Aariz. Si pakar menyorok barang ! Aku punya remote aircond kat rumah tu sampai skang tak jumpa jumpa ! Tapi takkan dia kot ? Mana berani dia nak sorok !
Aku google.. cari camana nak cari telefon pintar yang hilang ! Dan keywordnya ialah 'Find My Device' ! Korang boleh cari guna komputer ! Tak semestinya kena guna handphone atau kena install aplikasi ! Tapi yang penting ialah akaun Android tu atas nama sapa ! Haaaa... Macam kes aku... atas nama aku !
Tapi sebelum tu , aku dah call..berkali kali ! Takda orang angkat pun ! Bermakna telefon aku tu masih selamat ! InshaAllah. Aku tak putus asa lagi. Aku cuba dan cuba.. Dengan menggunakan Find My Device tu , telefon aku masih dinyatakan di dalam hotel ! Dan pada masa yang sama , aku gi cari kat gym.. restoran dan juga Kids Club. Takda juga orang yang jumpa.
Di dalam bilik.. dengan menggunakan Find My Device tu , aku tekan Play Sound. Kot kot la ada suara walaupun aku dah silent ! Yer, walaupun dah silent , tapi jika tekan Play Sound tu , memang akan kuat la dia menjerit ! Hahahaha..
24 jam berlalu..
Tak jumpa juga. Aku tekan lock ! Dan set ke Erase Data jika ada orang cuba buka. Aku redha. Bukan rezeki aku. Dan pada masa yang sama, aku dah kena ready RM3K sebab telefon tu masih dalam kontrak. Huhuhuh..
Masa untuk check out. Aku cuba cari lagi.Wife pun bantu. Dia paling pening tengok aku. Hahaha.. serabut katanya ! Kesian pun yer gak. Aku cuba positif. Takda rezeki. Tak pe la.. nanti ganti je yang baru.. huhu ..
Check out.. Di kaunter , aku cuba nasib sekali lagi. Aku tanya staff bertugas. Dan kebetulan , ada pegawai dia kat situ. Terus dia tanya butiran mengenai telefon tu. Dia nak check di bahagian maklumat hotel. Bersinar kembali semangat aku. Harap harap ada...
Dia tanya aku... apa jenama ? Warna ? Aku bagitau. Dia tanya gambar handphone. Camana rupa ? Hahaha.. Terus aku google. Dan tunjuk gambar . Katanya ada ! Allahu Akhbar ! Legaaanyaaa! Sangat sangat lega ! Wife pandang aku. Aku senyum dan angguk. Berubah airmuka dia. Alhamdulillah.
Pegawai tu mintak aku tunggu sekejap. Dan tak lama kemudian dia datang dan tunjuk handphone tu. Aku cam cover aku tu dan terus angguk ! Dia isi borang. Kemudian dia tanya no tel aku. Aku kasi tau.. dia tengok di skrin handphone aku yang berada di tangan dia.
" Ok.. sama no telefon.. ".
Aah , sewaktu kita guna Find My Device tu , kita boleh bagi mesej.. dan mesej aku kat situ ialah Please call 019 XXXXXX... no tel aku ! Maka dia yakin tu no tel aku. Huhuh.. Sungguh berhati hati mereka. Bagus !!
Aku tanya dia , sapa yang jumpa dan dimana ! Dia kata General Manager hotel tu yang jumpa dan dia jumpa dalam lif ! Aduhhhh... nasib baik laaaa orang hotel sendiri ! Legaa sangat ! Aku ucapkan terima kasih dan mintak sampaikan terima kasih aku pada GM DoubleTree By Hilton Melaka tu atas sikap amanah dan jujurnya. Fuh.. lega ! Kalau orang lain jumpa , entah la dah sampai mana jawabnya ! Huhuhu..
Ok... Nasihat aku la kan.. kalau korang travel atau keluar dari rumah pastikan telefon korang charge penuh ! Kedua on data internet dan ketiga , buka location phone ! Kalau korang tercicir phone atau kena kebas.. korang boleh kesan dengan cepat !
Sila check phone korang.. Hee..
11 comments
Alhamdulillah jumpa .. syukur selalu.
BalasPadamHuh mesti legaaa
BalasPadamnasib baik jumpa balik
BalasPadamWahhh... Tips menarik nie..hihihi
BalasPadam#sonyxperiauser
Syukur...syukur..syukur alhamdulillah.
BalasPadamphew..
BalasPadamnasib baik Gm yang jumpa.
kalau aku jumpa buat-buat senyap dah tu.
hahaha
Mujur hp pling utama ada 1 jer. Mmg cuak kalau hp hilang...murung 365hari
BalasPadamcanggih phone nyer - alhamdullillah - jumpa akhirnya
BalasPadamFuhhh lega akhirnya jumpa. Ok nak check hp sekarang!
BalasPadamalhamdulillah.. rzeeki aben masih ada.Lepasni kna extra care.. kna beli satu beg sling hanya untuk simpan gadget..ehehe
BalasPadamFuuhh.. Alhamdulillah jumpa.. Mesti panik. Hehe.
BalasPadam