Rajin-rajin bawa anak berjalan.. - BEN ASHAARI

Rajin-rajin bawa anak berjalan..

Akhirnya, setelah 2 tahun... Aariz dapat jugak berjalan jalan di taman perumahan dia tinggal. Selama ni aku rajin bawa Qhaliff dan Zahra jer. Aariz tak berkesempatan sebabnya.... kalau bawa semua sekali gus , boleh pengsan aku ! Sorang berlari.. sorang mengejar.. dan sorang lagi berdukung. Aduh. Kereta yang lalu lalang lak.. ada yang berotak dan ada yang ikut nafsu. Tu masalahnya. 

Kalau berdua, senang skit. Aku tunggu Qhaliff tertidur... baru bawa mereka berdua keluar. Gi taman berhampiran jer. Suka Aariz. Cepat lak sesuaikan diri dengan buaian. Huhuh.. mentang mentang kaki panjang. Nak turun pun senang jer. 



Rasanya pasni setiap petang , bawak diorang ke taman je la. Kalau tak hujan. Di rumah mak aku tu , senang.. ada padang bolasepak je kat belakang. Luas untuk diorang berlari. Taman ni leceh skit. Berlecak. Permainan pun mula ada yang dah rosak. Maklumlah.. yang tua dan berat pon sibuk nak naik gak ! Acaner tak rosak. Sian budak budak.. Nak komplen lebih lebih... tak bagus la kan ? Bersyukur. Berbanding mereka yang tinggal di PPR tu... haa... lagi sian. Nak kata apa dah kan ?

Korang yang ada anak tu... jangan la sibuk sangat dengan kerja. Luangkan la masa dengan diorang. Tau tau je , dah besar panjang. Nanti dah tua , kita nak diorang luangkan masa dengan kita.. diorang kasi jawapan... diorang sibuk dengan kerja ! Nah.... sekarang sapa sentap ?

10 ulasan:

  1. "Maklumlah.. yang tua dan berat pon sibuk nak naik gak !" Ok yang ni terasa =(

    BalasPadam
  2. huhu, sentap plak, nak kena curi masa lagi lepas ni untuk anak. uhuhu

    BalasPadam
  3. sentap gak...walau kerja dari rumah, masa nak spend dengan anak2 pun susah kadang-kadang

    BalasPadam
  4. Seronok bawak anak² ke taman ni, dapat tengok mereka happy je masa tu. Main dan tak fikir apa² pun.

    BalasPadam
  5. Saya tegur saja remaja dan orang tua berat bangka yang naik/duduk atas permainan di kawasan perumahan kami (rumah kami dekat dengan universiti jadi ramai students menyewa) tapi dengan cara seelok yang mungkin. Kita jangan jadi orang yang mulut bising di belakang saja, bila masalah depan mata, lidah semua kelu. Zalim itu tidak meletakkan benda di tempatnya. Kalau ada orang berlaku zalim walau dengan duduk di atas permainan sekalipun, kita ajarkan diri untuk berani tegur cara lembut. Betulkan yang salah dan biasakan yang betul. It all starts with ourselves.

    BalasPadam
  6. Selalu ingatkan diri sendiri mcm tu, what goes around comes aroud huhu

    BalasPadam
  7. Mmg ada masa free je wajib bawa anak jln even kita sndr penat.. sbb dlu pun slalu dpt bebas bermain tp budak skang bahaya nk lps gitu.. cari school pun yg ada playground luas.. sengaja nak bg ruang bermain.. nature budak kan

    BalasPadam
  8. Tomey gambar aariz... Dulu masa lepak kat shah alam rumah member, dia suka ajak anak dia g taman gak cam Aben.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.