Street Churros , pilihan yang menepati selera anda !

by - Rabu, Januari 24, 2018

Street Churros , bukanlah asing lagi di negara kita ni. Dah pun jadi antara premis yang senantiasa dapat sambutan dan kegemaran ramai ! Yang menariknya , Street Churros ni bukan saja jadi kegilaan orang dewasa , yang kecik kecik ni pun minat gak makan Churros ni.. 

Bagi yang tak tau , Street Churros ni bermula di Korea Selatan. Sekarang ni , dah ada di banyak negara termasuk Eropah dan Amerika Selatan. Malah di sana , ada yang amik ketika sarapan pagi dan disajikan sekali dengan kopi ! Haa.. tu dia punya sedap aihh.

Dan Churros ni resepi tradisi dari Sepanyol tapi diubah suai mengikut selera tersendiri. Pastinya bahan bahan ramuan adalah dari Korea. Yang jadi tarikan di negara kita ni  ialah Cinnamon Churros. Cuba la kalau tak percaya. 

Di Sogo. Baru buka tapi dah meriah dengan pelanggan ! 

Ada pelbagai pilihan di Street Churros ni. Kalau tak tau nak order apa , tanya je staff mereka. Pastinya akan mereka bagi pilihan yang bertepatan dengan selera korang.  Antara yang menjadi tarikan di Street Churros ialah Original Churros , Filling Churros , Stick Churros , Churro Fries , Ice Cream Churros dan pastinya air minuman pelbagai perisa ! 






Sedap kan ?

Menariknya kan...harga harga Churros ni memang mampu beli. Tak da la mahal mana pon. Kalau teringin sangat tu, beli jer. Harga tak lebih dari RM10 pon. Ok la kan ? Tengok menu dia kat bawah ni. Kalau aku tulis , korang bukan paham. Hahahaha.. Terliur je tengok gambar.. kan kan ? 




Amacam harga ? Ok kan ?

Kalau tak reti nak pilih , korang boleh pilih ikut set. 
  • Set A : Street Churros +  Latte ( RM11.90 )
  • Set B : Filling Churros + Latte ( RM 13.90 )
  • Set C : Stick Churros + Latte ( RM15.90 )
Atau... nak lagi best... Tapau balik rumah terus ! Makan beramai ramai.. Macam aku ari tu la.. Heheheh.. Amik My Treasure Box ! Suka anak anak kat rumah. 

My Treasure Box - RM32.90

Ok... ada yang tanya, kat mana ada premis Street Churros ni ? Ada banyak di KL ni.. Korang boleh ke One Utama Mall , IOI City Mall , Berjaya Times Square , MyTown , Empire Shopping Mall , Sky Avenue dan terbaru , Sogo KL.

Sogo KL
LG-L4, Kompleks Sogo,190 Jalan Tunku Abdul Rahman, City Centre 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22028898

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-76810710

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-89592110

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resorts, 69000 Genting Highland, Pahang Darul Makmur
Tel: 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21106210

MyTOWN Shopping Centre
Lot no, B1-046, Basement 1,MyTOWN Shopping Centre, No. 6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Empire Shopping Gallery
Lot no, LK02A, Lower Ground Floor, Jalan SS 16/1, Ss 16, Empire Shopping Gallery, 47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055

Nak info lagi.. sila ke : 
Facebook : StreetChurrosMy
Instagram : streetchurrsmy
Web : http://streetchurros.com.my/

Ok... ni khas untuk pembaca blog aku yang setia ! Nak voucer diskaun ni tak ? Haaa.. ada 10 ni !! Kalau nak... sila komen kenapa korang nak voucher diskaun ni !  Haa.. mudah je kan ? Cepat... tarikh tutup... 2 hari selepas posting entri ni ! Heeee.. cepat cepat ! 



Selamat Menjamu Selera.. 

You May Also Like

33 comments

  1. Sedap street churros ni ben...selalu beli perisa cinnamon...pastu air dia pun lain dari yg lain...mmg reward diri yeyyyy

    BalasPadam
  2. Yang ade ice-cream tu cam best je.... Rasa dia ok tak yang street churros? Separuh churros manis nak mampuih...

    BalasPadam
  3. Huda nak voucher diskaun churros ni sebab huda tak pernah makan churros ni..kesian kan.. semoga ada rezeki huda dapat voucher churros ni dan dapat makan churros pergi KL next month.

    BalasPadam
  4. Perghhh sedapnya churros. Pasni dah boleh pergi Street Churros lah

    BalasPadam
  5. aben buat baby teringin jew..hahaha plz belanja yanie ehh blanja baby..hahahah

    BalasPadam
  6. Adoii...semua nampak sedap sgt ni😂😂

    BalasPadam
  7. Selalu lalu sogo tapi tak pernah pulak pegi sini. Tengok post aben, terliur pulak. Wajib pegi lepasni!

    BalasPadam
  8. Tak pernah cuba street churros, walaupun selalu lintas outlet diorang... Selalu tergoda bau wangi S.C, cemana nak diet nih! Hahahaha

    BalasPadam
  9. Sedapnya... Nasib ada kat OU.. Leh g situ nanti..

    BalasPadam
  10. Belum pernah rasa Churros. Nampak mengiurkan dan terliur nengoknya! Hehee

    BalasPadam
  11. Ok kat kedai runcit kitorang ada cawangan. Mytown 😁. Tenkiu ben

    BalasPadam
  12. Aiyakk!! Terliur la pulak nampak street churros ni.. Nampaknya misi diet terpaksa diketepikan lagi.. 😅

    BalasPadam
  13. Semua nampak sedappp.. sesuai laa ngan harga..

    BalasPadam
  14. Sedapnye street churros ni bangben...favourite sy & kakak sy..macam mane nk dapat baucer tu? Nakkkkk!!!

    BalasPadam
  15. Sedapppp...pernah try sekali je kat my town en suami belanjer...syok wat minum petang ngan kopi panas ni.

    BalasPadam
  16. tak penah try lg...kat penang tak de pun...huhuhu....

    BalasPadam
  17. nak kupon beben. hehehe
    nak merasa Churros jugak..

    BalasPadam
  18. nak voucher! IQ hari tu pergi street churros dekat SOGO ni, order filling churros tapi ice cream pnye tak ada lagi

    BalasPadam
  19. aiskrim tu nmpk best.. adudu sedapnya !

    BalasPadam
  20. saya nak kupon tu sebab nak jadikan alasan untuk kua beli sebelum expired. hahahah

    BalasPadam
  21. Tk pernah makan street churros ni sebab tak tau pun sedap. Hehehe

    BalasPadam
  22. tak pernah merasa lagi. terliur jugak tgk gamba2 ni.

    BalasPadam
  23. Kita tak pernah makan churros, hahahaa! Nampak sedap semuanya!

    BalasPadam
  24. DAH ADA BANYAK CAWANGAN YER..MST SEDAP

    BalasPadam
  25. Tengah xde selera ni nampak churros rasa teringin pulak.. harga pun berbaloi.. blh buat alasan nak pergi sogo.. hihi

    BalasPadam
  26. nak baucar tu boss...teringin gak nak beli yag korean filling tu ........annyeongg

    BalasPadam
  27. Baru 2 kali mkn churros, memang sdp..beli kat sogo. Kalau boleh, tiap2 hari nak g sogo sbb nak churos..haha over! Nak voucher churos. ;-))

    BalasPadam
  28. Dekat penang tak ada ka?Waaaa sedap gila Churros 😭

    BalasPadam
  29. Huhu banyaknya pilihan.. Rambang mata.. Sabah bila ada ni? Hahahaa...

    BalasPadam