Pendapat aku mengenai DoubleTree By Hilton Melaka

by - Selasa, Januari 30, 2018

Dari Sepang nak ke DoubleTree By Hilton Melaka ni , cuma makan masa satu jam setengah. Tak jauh pun. Yang bestnya , hotel ni terletak di sebelah Selat Melaka. Itu menguatkan lagi kenapa aku nak berehat dari dunia media sosial selama 2 hari ! Tak nak ada gangguan sama sekali. Nak bersama sama keluarga jer.

Ok...sebelum aku pergi ke sana , seperti biasa.. aku google dulu. Tengok rekabentuk hotel dan kelebihan serta tempat tempat menarik yang berhampiran ! Dalam banyak banyak tempat hanya satu je menarik minat aku ! Hehehehe.. Apakah ???




Rekabentuk DoubleTree By Hilton Melaka 


Tarikan berhampiran - Traveloka

Jam 6 petang , aku sekeluarga tiba di hotel. Parking di tingkat 5 kemudian naik terus ke tingkat 12 untuk urusan check in. Sewaktu keluar lif , aku terpaku dengan reka bentuk hiasan di bahagian lobi ni. Memang gah la bagi aku. Kalau dulu , mungkin aku agak segan nak masuk hotel bertaraf antarabangsa ni tapi sekarang , sapa sapa dah mampu menginap di hotel ni.. 

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Kakitangan di bahagian pendaftaran sangat mesra dan peramah. Tak sampai 5 minit , segalanya selesai. Dapat key card dan nombor bilik. Amik bilik bersambung. Anak anak dah membesarkan... kena belajar tidur sendiri ! 

Dan best part.. dapat cookies !!! Diorang kata cookies ni sedap... dan memang sedap ! 

Anak anak kebas dulu..

Anak anak dah teruja nak jejakkan kaki dalam bilik.. termasuklah si kecik ! Amboiii.. dia la yang beria nak melompat atas katil. Huhuhhu... Terpancar wajah kegembiraan di muka masing masing. Lama tak bawak bercuti.. heeee.. 


Dan masuk bilik... Wowww ! Dua bilik bersambung. Memang bersih, kemas , teratur dan terasa kehadiran dialu-alukan. 

Bilik yang dipilih

Aku suka bilik airnya. Teringat sewaktu di Korea , 3 tahun lepas. Seksi bilik airnya.

Seronok tak terkata. Si kecil , buat pemeriksaan di bilik sebelah.

Dah check in.. aku nak rehat jap. Memandu di lebuh raya yang lurus ni memang memenatkan mata. Dan teringin nak rasa camana sedapnya bantal dan tilam di hotel gah ni ! Heee.. Hilton kot !! Kualitinya terjaga gitu.. Heee..

Letakkan kepala dan.. Fuh, terus terlena ! Empuk sungguh bantal dia. Rasa cam nak beli bawak balik jer. Hee..


Bangun tidur...Turun makan malam. Haa , ni best ni ! Aku nak isi perut sebelum gi gym. Teringin nak tengok camana gempak gymnya.. Tapi sebelum tu , nak rasa kesedapan masakan di hotel ni. Dengar kata superb ! Haaaa... apakah benar ? 

Makan malam di Makan Kitchen

Luas. Selesa. Bersih. Segar. Banyak pilihan yang menyelerakan dan pastinya sedap ! Antara yang menarik perhatian aku ialah sushi. Wasabi dia , perghh.. berdengung kepala jap. Hahahaha.. Selain tu ada kuih muih , kek , roti nan, capati , lauk pauk yang sangat membuka selera !





Baru senyap

Membakar lemak di Fitness Centre

Bakar kalori kaw kaw punya selepas makan dengan banyaknya. Mesin pon banyak. Dapatlah aku membina kembali otot otot yang dah longgar dan lembik. Heee..


24 jam. Ada air mineral dan towel ! Fuh , puas giler !! 

Malam pertama... aku tidur dengan nyenyak sekali. Tau tau , subuh dah. Lepas solat , tidur jap. Perancangan pagi tu , aku sekeluarga nak abiskan masa dalam hotel jer. Malas nak gi mana mana. Rugi je rasa nanti ! Hahahahha..

Sarapan pagi di Makan Kitchen


Selesai makan... Terus gi Kids Club. Hantar anak anak kat situ dan aku gi ke gym ,lagi. Kasi lapar betul betul sebab nak makan tengahari lak ! Huhuhuh.. Banyak makan aku kat sini. Hahahaha.. Menyelerakan semua. 

Bermain di Kids Club

Bagus tempat ni. Anak anak kita boleh habiskan masa bersantai disini dengan bermain permainan yang membina minda atau layan PS4. Staff turut membantu andai mereka kelihatan boring.... dengan bermain bersama sama ! Heee..

Staff yang sangat peramah.  Suka Zahra dan Qhaliff. 

Makan tengahari di Makan Kitchen

Tengok ni , nakk.. tengok tuu.. nak ! Kalau tak disebabkan aku dah mula jaga badan dan diet , aku rasa aku merangkak keluar dari Makan Kitchen ni ! Sememangnya Doubletree by Hilton Melaka ni mengutamakan selera tetamu mereka. 

Masakan tradisonal seperti asam pedas memang sedap ! 

Bukan calang calang Chef yang masak ! 

Bersantai di kolam renang infiniti

Petangnya , turun mandi kolam. Pengawal keselamatan senantiasa berada dan memantau. Bagus ! Airnya pun tak la pedihkan mata... faham kan ? Heeee... Dengan view yang cantik , mandi kat kolam ni pastinya meninggalkan kenangan manis... 


Makan malam di Tosca Trattoria Italiana

Sapa yang berselera makanan Itali , ni la tempatnya ! Heee... Masakan yang bagi aku memang sedap la. Harga memang berpatutan sangat. Ingatkan mahal la sangat tapi boleh bayar punya la.. InshaAllah... hee.. Dan yang penting , membuka selera ! 


Terboroi aku dibuatnya. Puashati makanan Itali kali ni. Segar segar makanan lautnya. Dah makan , nak buat apa lak ? Malam boring ? Anak-anak dah tidur ? Tak tau nak gi mana ? Malas nak memandu.. senang jer.. turun ke tingkat 11.. ada panggung wayang kat bangunan ni ! Heeee... Ada skrin paling besar kat Melaka ni ! 


Dua hari kat DoubleTree by Hilton Melaka , hilang stress aku. Sayang rasa nak tinggalkan hotel ni tapi apa nak buat.. kehidupan mesti diteruskan ! Hahahaha.. InshaAllah , kalau aku perlukan percutian singkat yang merehatkan tubuh badan. aku tau mana nak pergi ! Heheeee..

Masa untuk balik rumah ! Jom bergambar sekeping dulu..

Menangis tak nak balik !

Maklumat lanjut di : 

Hatten City, Jalan Melaka Raya 23, Melaka, 75000, Malaysia
Facebook : DoubleTreeMLK
Instagram : doubletreemlk
Web : http://www.dtmelaka.doubletreebyhilton.com
Tel  :  +60-6-2223333
Fax : +60-6-2223344

You May Also Like

23 comments

  1. ada panggung wayang?
    hotel sekali dengan bangunan shopping kompleks ke..
    seharian melepak kat hotel macam ni memang puas hati.

    BalasPadam
  2. Pergh..macam2 sde dekt hotel ni..kene tgk harga dia ni..kot satu hari leh duk hotel ni

    BalasPadam
  3. Terasa nak bercuti di Doubletree by Hilton.. macam segala-galanya perfect..Buffet nampak menyelerakan, ada pelbagai kemudahan(siap ada Kids Club tu), interior deco lobi, bilik yang sangat cantik & banyak lagi. Kalau nak bercuti di Melaka, bolehlah menginap di hotel ni.

    BalasPadam
  4. Bestnya duduk hotel mewah macam DoubleTree by Hilton ni. Pasni nak cuba

    BalasPadam
  5. Zara dalam gambar last paling win..haha..

    BalasPadam
  6. perfect place. siap ada MBO. untung g sini. x singgah masjid kt selat melaka tu? lawa ctu..

    BalasPadam
  7. Menangis taknak balik tu yg mahal tu hahaha. Memang nampak sesuai sgt utk bawak family pi sana. Masuk list must visit dah ni.

    BalasPadam
  8. Kalau lah dapat dok sini memang sama macam Aben. Tak pi mana dah.. . Semua yang ada kat dalam hotek ni lengkap percutian.

    BalasPadam
  9. bestnya..siap ada panggung wayang lagi..boleh masuk dalam list ni.

    BalasPadam
  10. Double Tree kat melaka ni hotel baru lagi kan.. cantik!! saya suka swimming pool dia

    BalasPadam
  11. best nyerrr... betul tu.memang dah taknak pulang kalo cemni gaya.Puashati laa hotel ni.

    BalasPadam
  12. Bestnya hotel ni.. all in 1... panggung wayang pn ade.

    BalasPadam
  13. Terbaik dan terobek hati baca review keseluruhan..kalau Aariz pun berat hati nak balik...memang best sangat la tu maksudnya..

    BalasPadam
  14. Bestnya..lama tak gi Melaka. Nanti leh la try gi Doubletree

    BalasPadam
  15. Wow..Mcm2 ada kat hotel ni...Kalau Eirna pun x mau keluar mana2 dah klau hotel yg perfect mcm ni...

    BalasPadam
  16. Bestnyaaa ,banyak kemudahan untuk semua peringkat umur ..

    BalasPadam
  17. wooooooow seronoknya semua ada lah...so awesome

    BalasPadam
  18. semua comple set ada.. memang terbaiklah .. review yang sangat aweseome bro ben, bila nak pergi hotel nih ek.. huhu

    BalasPadam
  19. Wahhh best hotel ni, nanti pi Melaka akan menginap di sini.

    BalasPadam
  20. Cantik hotel dia. makanan dia pun nampak sodap-sodap belaka

    BalasPadam
  21. Bestnya hotel ni. lain kali nak menginap, boleh consider hotel ni la. TQ ben

    BalasPadam
  22. Wah, sangat menarik menginap di sana, dengan kemudahan dan makanan yang sedap.

    BalasPadam
  23. x pernah penginap kat sana tapi nak try ni sebab makanan nampak sedap je..dan ade kids club juga anak2 sy tentu seronok.
    Sila mengunjungi blog saya yang baru8 tempat makan menarik di melaka

    BalasPadam