Kanser... Dulu aku tak amik berat langsung pasal ni. Sehinggalah arwah ayah aku menjadi salah seorang dari mangsa kanser dan aku tau camana penderitaan pesakit kanser ni, barulah aku sedar. Jangan sesekali pandang ringan bab kanser ni !
Kos perubatan ketika tu , dibantu oleh BaitulMal. Alhamdulillah. Bukan kecil yer jumlahnya. Boleh bergadai jugak la kalau kena bayar sendiri. Ketika tu , kami sekeluarga tak tau nak buat apa. Cuma boleh rujuk ke hospital dan ada NGO Perubatan ( HOSPIS Malaysia ) datang ke rumah membuat rawatan serta kaunseling secara percuma.
Ketika tu, aku sendiri mati akal. Tak sangka terjadi pada keluarga aku sendiri ! Dan ketika pada masa yang sama , aku follow status seorang rakan Facebook yang mengidap kanser kulit. Dari seorang yang kacak hinggalah tak nampak dah rupa sebenar dia ! Tapi dia seorang pejuang yang hebat ! Sangat hebat ! Berjuang tanpa erti tewas ! Respek tul aku kat dia.
Selepas tu , aku 'ditarik' join satu komuniti kanser di Facebook. Setiap hari aku baca status status berkenaan pesakit kanser. Sangat menginsafkan ! Aku kecewa.. tak memainkan langsung peranan dalam tu !
Dan satu hari , ada seseorang PM aku di Facebook... Wah , satu peluang untuk aku dan rakan rakan blogger menabur bakti ! Alhamdulillah... Terus aku beri no telefon dan disusuli dengan satu pertemuan ringkas.
Ini 'task' pertama kami.. Viralkan mengenai dana RM2juta untuk pesakit kanser payudara yang tidak berkemampuan untuk membuat kemoterapi. Hubungi nombor tertera untuk penjelasan.
Dan selepas tu , satu kerjasama terjalin dengan InoMedik... InshaAllah , selepas ni banyak lagi akan diviralkan malah akan diminta buat bengkel bengkel mengenai kesihatan untuk kesedaran umum , khasnya buat rakan rakan pembaca blog dan rakana di media sosial. InshaAllah ..
8 comments
good info! thanks for sharing ben
BalasPadamalhamdulillah semoga dapat menyalurkan info kepada masyarkat
BalasPadamAlhamdulillah...moga sebaran dari blogger dapat membantu mereka yang ada masalah kesihatan.
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga kerjasama ni dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.
BalasPadamsemoga KBBA9 terus menyalurkan maklumat terbaik kepada semua.
BalasPadamalhamdulillah, bgus info ni
BalasPadamAlhamdulillah, moga kita dapat kongsikan manfaat ni.
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadam