Sekeluarga gunakan sabun Tea Tree Oil Shower Gel
Setiap pagi , selepas subuh... tugas pertama aku ialah mandikan anak-anak. Seorang demi seorang aku dukung dari bilik tidur ke tingkat atas.. Tingkat atas je ada water heater. Ditambah lagi sekarang ni 'musim sejuk' melanda... masing masing pasti melompat kalau mandi air suam. Sejuuuk woiii !
" Daddy , nak sabun.. " . Pinta Zahra. Aku tau dah... dia pasti nak guna sabun Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni. Sabun ni diorang suka sebab tak melekit bila dah dibilas. Qhaliff dan Aariz pon aku gunakan sabun ni. Satu keluarga guna.. senang gitu !
Qhaliff , kalau aku biarkan.. boleh abis sebotol dia balun main sabun. Suka sungguh dia guna sabun ni. Sebelum ni aku ada guna sabun mandian khas untuk kanak-kanak tapi dia tak beberapa gemar. Begitu gak ngan Zahra. Aku sabun rambut dia pon guna ni jer. Senang.
Tea Tree Oil Shower Gel
Selain mudah dibilas, aku senang dengan baunya. Tak begitu menusuk sangat hidung aku. Terlalu wangi pon tak bagus untuk badan sebenarnya. Sebab tu kena baca kandungan terlebih dahulu sebelum membeli apa apa sabun mandi.
" Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.
Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan " - PSN USM
Dan aku yang kembali aktif bergym dan bersenam terutamanya di sebelah malam memang akan sangat berpeluh. Pastu kena mandi bersih bersih. Kalau tak , hurmmm.. mulalah badan naik jerawat! Tu sebab aku yang dah biasa guna produk Cosmoderm bermula dari muka hingga ke kaki , kena pastikan cukup stok di dalam setiap bilik mandi ! Hee.. ada 3 bilik air di rumah aku. Tetamu datang pun , guna sabun Tea Tree Oil Shower Gel. Dan pastu akan tanya.. ada stok tak ? Heeee..
Harga tu paling penting. Heee.. Buat masa sekarang , kalau beli secara online di web Cosmoderm , ada harga promosi. Dan boleh dikatakan selalu la gak mereka buat promosi. Harga yang sangat berpatutan. Kena rajin follow Facebook Cosmoderm supaya tak terlepas promosi terkini mereka. Instagram Cosmoderm jugak aktif... selalu ada testimoni dari mereka yang pernah guna. Maknanya bukan fake punya testimoni la..
Ok... aku nak mandi... heheee.. baru lepas workout. Kasi kering dulu badan.. mandi ! Baru segar kembali. Pastu nak g shopping ! Nak ikut ? Heeee.. Nak cari Watson atau Wellness ! Cari pencuci muka Tea Tree Oil. Dah abis lak ! Heeee..
Di Alamanda...
Di Alamanda...
Set Travel ada dijual di Wellness , Putrajaya
Tunggu apa lagi ? Gi la beli !
29 comments
Setujuuuuu humaira pun pakai,senang cite sekali harung hehehhehe tak yah banyak2 jenis wat penuh bilik air je kikiki
BalasPadamI pun guna ni, best sbb pakai sikit je dah berbuih sakan. Jimat!
BalasPadamKadang pakai TTO cleanser yang saya beli untuk hasben. huhu. masa naik jerawat la. hee. pasal sabun TTO ni mmg tbaik. leh elak jerawat belakang badan asben dari naik. wangi pun ye..
BalasPadamHuda pun suka guna shower gel cosmoderm,pekat dan byk buih. Bilas pun mudah. Memang terbaik produk cosmoderm ni
BalasPadamterimakasih ben.Baru tau,cosmederm ada gel mandian juga. nanti nak cuba bertukar brand la juga..sempena tahun 2018 ni..hihihi.
BalasPadamHaida pun pakai sejak asben selalu alergik
BalasPadamCosmoderm mmg best
BalasPadamNak belilah nanti sebab dah tau sabun ni senang bilas. Tak melekit!
BalasPadamNi dapat kat nafis ni, mau dia buat pesta buih. Abes sebotol
BalasPadamBagusnya anak2 boleh guna mandian ni...kdg2 mcm sabun antibacterial pernah buat mengelupas bahaya.
BalasPadammemang best sabun mandi tea tree cosmoderm ni . wahh ada pack baru ye ...
BalasPadamBest shower cosmoderm ni..
BalasPadamAi pun pakai gak shower gel TTO ni, so far tak pernah tukar lagi ke brand lain... Selesa dengan cosmoderm...
BalasPadamBest guna produk Cosmoderm ni
BalasPadamwahh bestnya cosmoderm shower gel pula
BalasPadamNak kena carik ni.. Kat KB ni kena singgah dua tiga kedai baru jumpa..
BalasPadamBest shower gel dia, bau pun sedap! Tak melekit yang best guna, senang nak bilas.
BalasPadamKat umah dah hbs sabun ni.. Best sgt pakai
BalasPadamGV pengguna cosmoderm untuk facial wash. Sabun mandi tea tree cosmoderm akan jadi GV next list utk pakai. :)
BalasPadamBtul guna gak ni... semua leh pakai. Yg best bau freshh...
BalasPadamPernh guna..memg best
BalasPadamMemang best sangat sabun mandi dari Cosmoderm ni.. Jatuh cinta sejak mula guna.. Nak kena mencari jugak ni.. sabun mandi tea tree oil baru je habis..
BalasPadamBestnyaa. Mesti keluar bilik air je dah harum semerbak 😍
BalasPadamMemang nak kena cari set travel ni..mudah sgt utk kegunaan seisi keluarga..bulan Feb nti bmnak berjimba ngan anak²..
BalasPadamBau dia sedap yg shower gel tea tree tu.. Nak beli lg nanti, skrg tgl sket jew.
BalasPadamSetuju... Nina pun guna shower gel Cosmoderm tuk seisi keluarga. Senang dari Mak Pak hingga ke baby Lysa pun guna ni. Jimat, ringkas!
BalasPadambaru tau.. tengok harga pun okay.. nnt nak try lah
BalasPadamsama lah suka baca kandungan dulu sebelum beli produk-produk macam ni. tea tree oil ni memang sangat bagus untuk kulit. pilihan yang bijak. gituu
BalasPadamOh kat watson pon leh beli rupanya. Bagusnya lepas bilas tak melekit. Tak syok jenis yg mcm tu.. Rasa cam tak bersih lak.
BalasPadam