Kesan cuaca sejuk pada aku..

by - Sabtu, Januari 13, 2018

Malaysia dilanda cuaca sejuk , sekali lagi.. Sebelum ni ada sekali. Tak silap aku masa Pantai Timur dilanda banjir luar biasa. Kali ni, cuaca sejuk disebabkan angin monsun..menurut sumber yang boleh dipercayai.  Sila percaya ! Heee.. 

Dan cuaca sejuk ini  memberi kesan pada aku. Jari jemari beku untuk menaip ! Malah di gym pun , untuk kasi peluh yang melimpah ruah , aku kena pakai baju sweater di luar. Bila buka , terus rasa sejuk ! Nak bersenam terus rasa malas ! Hahahaha.. 

Hari ni aku cadang nak ke Natasya Riverside Resort sekali lagi tapi disebabkan hujan tak berhenti , aku batalkan je la niat aku ni. Yelah , gi sana pun bukan boleh keluar bilik. Kang anak anak demam , satu hal lagi ! Dah la kos perubatan sekarang.. wowww ! Haaa.. sekali gi klinik , cecah RM60 !

Ramalan suhu hari ni

Jadi apa plan aku hari ni ? Hurmm.. ada satu tempat aku nak bawa anak anak aku. Tapi aku rasa sekarang ni, aku kena berhati hati dah untuk bagitau ke mana dan apa yang aku nak kena buat. Bahaya ! Anak anak pun dah semakin membesar , nak cerita mengenai aktiviti aku ni... kena hadkan. Melainkan jika bab kerja , terpaksa ! 

Tapi yang pasti , aktiviti hari ni menelan kos yang agak lumayan. Tak pe la... dah diorang teringin sangat nak pergi. Bawak je la.. Harap harapnya diorang enjoy la... 

Bangun subuh ni , mandi terus.. Segar ! Terus ada idea nak menulis. Heee... Semoga Allah permudahkan urusan kita hari ini...

You May Also Like

2 comments

  1. Memang sejuk, dahlah dengan hujan lagi. Jimat bil letrik sebab tak on kipas ngan aircond.

    BalasPadam
  2. Panas gila kot kat Labuan ni. Wahaha..

    BalasPadam