Dengan selamba menyalakan rokok tanpa rasa bersalah. Kononnya tepi tepi ok la. Tak menganggu pun. Alaaa.... tahan la sekejap ! Kata mereka. Kawan , cuba kau makan sebelah lori buruk yang tengah 'press' minyak. Asap hitam keluar. Kau rasa rasa boleh tak kau menikmati makanan tu ? Kalau boleh , kau memang kental , Roy !
Sejujurnya aku tak boleh hidu asap rokok. Aku akan sakit kepala sangat sangat. Zaman muda dulu, aku melepak dengan kawan kawan yang merokok tanpa henti. Aku bertahan je kononnya macho la. Kesannya , nah.. di usia 40 ni la baru nampak ! Kau rasa rasa kawan tu nak mimtak maaf ke ??? Takda maknanya.
Larangan merokok di resotran makanan telah dikuatkuasakan dan dalam tempoh 'percubaan' selama 6 bulan. Berbaki berapa bulan lagi. Dan ramai dah mula tak endahkan arahan tersebut kerana mereka kata kerajaan pun kaki kencing , nak sembang bab undang undang ni . Tu diaaa... Begitu sombong sekali mereka.
Tak kisah la apa sekali pun tanggapan pada kerajaan tapi tolonglah hormat pada manusia lain. Yang kau lepaskan tu ialah asap beracun ! Beracun !!! Paham tak ? Selagi tak kena kat diri sendiri , kan ?