Ayahmu juga menyesal melakukannya !

by - Isnin, April 08, 2019

Jumaat lepas , aku gi jemput Qhaliff pulang dari sekolah. Yer , itulah rutin aku setiap hari.. Isnin sampai Jumaat ! Selain dari menjemur pakaian , mandikan anak anak dan sebagainya. Aku bersyukur kerana dapat melakukannya sendiri walaupun agak bosan sebab melakukan kerja yang sama hari hari. Tapi tak pe la.. asalkan anak anak membesar depan mata , itu sudah mencukupi. Alhamdulillah. Belajar bersyukur ! 

Hari tu agak kalut buat aku. Aku kena ke Cheras dan seterusnya ke Sungei Wang selepas solat Jumaat. Sememangnya akan padat jadual pada hari itu. Di sekolah Qhaliff , loceng dah berbunyi. Pelajar berpusu pusu dah keluar. Namun bayangan Qhaliff belum kelihatan. Aku yang sedang dukung Aariz di mana beratnya pun rasanya dah nak cecah 20kg serasa aku dan Zahra , sedang bermain di tepi aku. 

Sewaktu nak ke sekolah Qhaliff , aku kena siapkan Aariz dan Zahra. Sememangnya bukan mudah. Dengan bergaduhnya.. aduh ! Memang bikin aku stress lagi ! Zahra kuat merengek dan mengadu. Tu satu hal lagi. Bukan manja tapi mencari perhatian. Kesian sebenarnya. Anak kedua gitulah. Aariz lak, dah kuat bergurau. 

Dalam kereta sewaktu nak ke sekolah Qhaliff , aku terperasan hidung Zahra merah. Aku belek. Darah beku ! Aku tanya pada Zahra apa jadi ? Dia kata Aariz buat. Adoiii ! Dah pulak ! Dalam kepala aku, nak ke tandas sekolah Qhaliff dan bersihkan hidung Zahra. 

Selepas dah bersihkan hidung Zahra , Qhaliff masih belum sampai. Aku mula penat. Aariz masih dalam dukungan aku dan tak reti duduk diam. Angin dah mula sampai. Qhaliff dah kelihatan dari jauh. Dia nampak aku dan menyorok. Saja nak bermain. Di kala cuaca panas , dia ajak bermain nyorok nyorok lak. 

Kemudian dia muncul semula. Dia bergerak ke arah aku. Tiba tiba dia patah balik. Dia nampak kawan dia. Berbual jap ! Astaghfirullah Al' Azim ! Amarah dah tiba. Dahi dah berkerut. Dia nampak aku dan cepat cepat bergerak. Dari jauh dia lemparkan senyuman. Di sini kesilapan aku. Tak sepatutnya aku lakukan tapi 'terlepas' juga ! Hurmm.. aku agak berkeras dengan Qhaliff di situ. Senyuman dia , aku tak balas. Kemudian kawan dia perasan aku marah sebab kawan dia bersuara..

" Qhaliff kena marah.. hehee.. ". Muka Qhaliff terus mencuka. 

" Kenapa Qhaliff lambat sangat ? Semua orang dah keluar ? ". Tanya aku sewaktu dalam kereta. 

" Kan hari ni kelas Qhaliff kat atas. ". Jawab dia ringkas. 

Hurm... kena naik tangga dan sememangnya aku selalu nasihatkan dia jangan berlari bila balik. Lambat pun takpa. Itulah pesan aku. Menyesal sangat sebab marah dia depan kawan dia. Haih !!! Berkali kali aku ingatkan diri aku akan perihal ini. Qhaliff ni sensitif sebenar orangnya. Nampak je happy go lucky tapi mudah terasa hati. 

Selepas solat Jumaat , aku bawak dia ke Sungei Wang. Beli hatinya semula. Namun , kekesalan di hati aku , masih hingga ke hari ini. Terbayang lagi kesilapan yang tak sepatutnya aku buat. 


You May Also Like

0 comments