Sayangkan orang tua anda ? Ayuh baca ini ! - BEN ASHAARI

Sayangkan orang tua anda ? Ayuh baca ini !

Temenung. 

Kelmarin , ketika aku ke rumah mak aku.. dia ada bagitau aku yang dua orang lagi jiran aku dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Sebelum tu ada dua tiga orang meninggal dunia. Punca ? Pelbagai jenis penyakit. Usia mereka , dah lebih pun 60 tahun. Kesemua mereka adalah generasi pertama di taman perumahan mak aku. Masih aku ingat lagi , mereka adalah insan insan yang gagah , kacak dan cantik di usia muda. Ketika tu , aku masih kecil lagi. 

Masa berlalu dengan pantasnya. Anak anak membesar. Masing masing membawa haluan sendiri. Mak ayah , menjaga diri sendiri. Sesekali anak balik melawat. Untunglah andai ada anak yang tinggal bersama dam mengambil berat mengenai kesihatan orang tua mereka. Dan ada yang tidak pun malah menyusahkan lagi orang tua mereka , ada la !


Sekarang ni , mati tidak megenal usia. Di kata muda pun boleh dah pergi menemui Ilahi. Punca ? Penyakit yang tidak dijangkakan sama sekali. Itu yang muda.. Camana pula dengan yang dah lebih 40 an... seperti aku ni ! Gulp.... 

Tidak dinafikan.. ada juga rakan rakan sepermainan aku telah pun kembali padaNya atas pelbagai punca. Tapi yang pasti bukanlah dari penyakit yang berjangkit ! Ianya penyakit yang berpunca dari cara hidup kita sendiri seperti pemakanan dan juga aktiviti harian ! 

Termenung lagi... 

Teringat arwah ayah yang telah pergi gara gara kanser lidah yang dia hadapi. Arwah seorang yang memang cukup ambil berat mengenai kesihatannya. Cuma dia gagal di bahagian rokok namun dia berjaya mengurangkan sehinggalah disahkan mengidap kanser. Ketika tu , rokok adalah musuh utamanya. Tapi sudah terlambat. 

Ketika tu , arwah ayah bertuah sebab layak dapat bantuan Baitulmal untuk segala perubatan termasuklah pembedahan. Aku terbayangkan nasib insan insan yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat rawatan susulan , setiap hari ! Walhal di negara kita ni , ada je bantuan tetapi sayangnya tiada yang membantu menguruskannya... teutama anak anak yang sibuk dengan dunia masing masing ! 

Semalam , ada seorang kenalan aku bercerita mengenai satu skim kesihatan yang dilancarkan oleh  kerajaan. Bila dia bercerita pada aku , aku cam.. Woww ! Tak tau pulak aku ! Segan pulak aku yang mana aku ni seorang blogger tapi tak tau pulak perkembangan di dalam negara ni ! Huhuhhu... 

Katanya anak anak sekarang tak amik kisah mengenai mak ayah mereka sihat atau tidak. Mereka tau , mak ayah mereka pandai pandai la jaga diri. Sakit , gi la klinik sendiri. Diorang boleh kasi duit. Atau mereka pun takda duit nak kasi pada mak ayah mereka untuk ke klinik terutamanya klinik yang berbayar ni ! Tu pasal tau tau je mak ayah mereka ada penyakit yang bahaya seperti kanser , diabetis , darah tinggi dan sebagainya ! Kasihan kan ? Sekarang tiada lagi alasan. Anak anak perlu beri sokongan pada mak ayah mereka dengan bawa mereka membuat saringan kesihatan ! 

Jangan risau.. skim kesihatan ini , korang tak perlu bayar satu sen pun ! Segalanya ditanggung oleh kerajaan. 


Skim kesihatan tu diberi nama PeKa B40 atau Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 adalah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan kumpulan berpendapatan rendah , dengan memberi fokus kepada penyakit yang tidak berjangkit ( NCD ). Maka korang yang ada mak ayah tu , silalah bawa mereka untuk jalani ujian saringan kesihatan ! Jika mereka ada penyakit , maka perlulah dibuat rawatan dengan segera. Dan jangan risau... segalanya adalah percuma malah akan diberi bantuan kewangan lagi ! Haa... Baca lagi ! Jangan ternganga terus !!

Objektif PeKa B40 diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Siapa yang layak mohon ??? Terlebih dahulu perlu tahu kenapakah PeKa B40 ini diwujudkan. Berikut adalah 'alasan-alasan' kenapa PeKa B40 ni diwujudkan. Fahamkan yer dan sila bagitau pada jiran tetangga atau saudara mara yang layak  ! 





Ok... Sekarang kita tengok sapakah yang layak memohon.  PeKA B40 ni ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar dan berumur 50 tahun dan ke atas , automatik layak untuk menerima bantuan PeKa B40  ni ! 

Nah... faham ? Sekarang apa yang perlu korang buat ialah...check samada layak atau tidak terlebih dahulu di SINI 

Untuk maklumat lanjut , korang boleh baca lagi di  https://www.pekab40.com.my/ 





19 ulasan:

  1. Wahh bagus ni..nanti leh gtau mak..

    BalasPadam
  2. Baru tau jugak pasal ni , inisiatif yang bagus

    BalasPadam
  3. Kena share info - info bagus macam ni. Biar lebih ramai yang tahu. Thanks A.Ben utk info bagus mcm ni.

    BalasPadam
  4. Dah daftar masa mula dikenalkan..Lepas ni nak daftar utk mak ayah dan mertua pulak..Mana la tahu skim ni daftar membantu di masa depan...Rugi x join ni...Mudah ja nk daftar...Good info Ben..

    BalasPadam
  5. Sejujurnya Nina pun baru tahu. Allahu... Bagusnya inisiatif yang diberi oleh kerajaan. Ianya amat membantu pada golongan yang kurang kemampuan. Nak bawak mama pi Check up laaa
    Thanks Aben diatas perkongsian ni.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Ini berita baik utk rakyat Malaysia.. Tp yg paling penting jaga kesehatan terutamanya pemakanan sejak dari awal lagi.. Mencegah lebih baik dr mengubati..

    BalasPadam
  7. Bagus ada skim camni, boleh bantu golongan yang kurang berkemampuan.

    BalasPadam
  8. ohh,bagus ni.Nak share dlm) group whatsapp family la .Terima kasih tau bgtau,lau tak.Memang tatau langsung ni.Ehehe..

    BalasPadam
  9. bagus juga SKIM Kesihatan ni . yela semua orang tknk sakit.. tp kena plan dr awal dlu .. bukan sakit baru terhegeh nak mencari dana . ibarat sedia payung sebelum hujan ...

    BalasPadam
  10. Good info.. 👍🏻👍🏻👍🏻 Baru tahu...

    BalasPadam
  11. I like how you relate your personal experience dengan call to action kepada PekaB40 - satu saranan dan kempen KKM. Tapi hakikatnya ramai golongan kelas pertengahan - golongan pelapis negara sebelum masuk peringkat umur 50 - an berada dalam kategori risiko yang masih tersisih dan tidak layak untuk saringan kesihatan seperti ini. saringan kesihatan sektor swasta yang menyeluruh mencecah harga beribu ringgit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Sembang kosong mengenai kesihatan.

      Padam
  12. Wah bagus inisiatif ni, TQ share infor ni aben. Sblm ni I tak tau pun adanya program ni.

    BalasPadam
  13. Baru tau adanya skim ni..
    Alhamdulillah. Tq share a.ben

    BalasPadam
  14. Membantu betul ye.. Kita tak tau bila sakit akan dtg.. Jadi bersiap sedia

    BalasPadam
  15. Menarik .. kita ni kena ambik tahu jugak mengenai skim begini ..

    BalasPadam
  16. Kalau tak baca ni memang tak tau pun pasal skim ni.

    BalasPadam
  17. haah mmg ada skim ni..Pun baru tau gak..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.