Hanya perempuan tahu berapa 'seksinya' itu Tupperware!!

Semalam , aku sekeluarga ke BBQ Lamb KL Kemensah  . Saja nak makan sambil menikmati suasana yang mendamaikan di samping kaki digigit manja oleh anak anak ikan tanpa bayaran tambahan. Hee.. Bayar makanan jer dah ! 

Best ! Ni kali ke 3 aku ke sini. Berbaloi. Lokasi , dekat ngan Zoo Negara. Dan nak dijadikan cerita... Hee..






Nampak tak botol air tu ? Aku ingatkan botol air tu , jenis botol air RM2 punya. Alaa.. bersepah botol kat kedai 2 ringgit tu haa. Hahahaha... Dan entah camana... Tiba tiba wife menjerit suruh aku selamatkan botol air tu ! Peliknya , bila masa dia berada di dalam sungai ????? Aku pandang Aariz. Dia wat dek ! Aku syak kerja dia sebab botol air tu dekat sebelah dia jer.

Aku kejar tapi arus agak deras. Sekejap jer dah jauh. Pengunjung berhampiran turut cuba membantu tapi gagal juga. Aku sengih je la. Botol air je kot ! Kemudian adik ipar aku bersuara..

" Tupperware tuu.. ". Dan kata katanya tidak memberi sebarang impak pada aku. Tupperware je pon. Hahaha.. Tiba tiba , akak akak di sebelah meja bersuara...

" Tupperware tuuuu ... ". Alamakkkk... Tiba tiba teringat ! Perempuan dan Tupperware cam adik beradik ! Jangan main main wehhh ! 

Terus aku gi cari... nampak ! Dan aku nak turun gi amik. Tiba tiba , aku terpandang sesuatu di dalam sungai. Alamakkkkkkkk ! Apakah itu seperti yang aku sangka ??? Perghhhh.... Masih hidupkah atau sudah berakhir nyawanya ?? Tapi kalau dah mati , takkan aku nak amik botol tu dan guna kot ? Huhuhuh... 

Botol tu macam tau tau lakk ! Dia pun makin dekat ngan bangkai ular sawa tu ! Terus terbantut niat aku. Maka pergilah aku dari situ.. Oh ya , bangkai ular tu jauh dari lokasi tempat makan tu yer.


Menurut wife... sebotol harganya RM20. Murah je kan ?

8 ulasan:

  1. Uishhh Tupperware tu... Jangan buat main.... Limited edition ke tidak tu? Mcm botol transformers je.. hehehe. Teringin nk g Kemensah ni... Dh la ownernye satu Gugusan Manjoi dengan Haida

    BalasPadam
  2. Kalau yang jenis fanatik..boleh jadi kemurungan..sebab PC hampir-hampir terjebak dalam kes tupperware ni..hahahaha..sentiasa ada design baru buat mata kelabu jiwa haru biru.

    BalasPadam
  3. main2 yer dgn jenama tupperware..kan dah jumpa bangkai ular sawa..hihi

    BalasPadam
  4. Tupperware yg buruk/rosak boleh tukar baru dgn prcuma ,tu salah satu penjimatan. Org perempuan kan penjimat dan cermat sbb tu boleh jadi gaduh demi tupperware , heee

    BalasPadam
  5. haiyoooooo rm20 tu hahahaha...

    BalasPadam
  6. : hahaha... kalau saya sebotol bekas air tu harga nya RM35 (after discount) hahaha..! ada yang RM40 (after discount) memang akan menjerit kalau tupperware tu jatuh dalam air.. hahahaha!

    BalasPadam
  7. Tupperware tu..tu kira bagus la dia guna tau..kalau tak wat hiasan tau..jgn memain tau.Hahaha

    BalasPadam
  8. Tupperware kot!!! Boleh moody sehari.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.