Tester Parfume , betul ke original ?


Aku beli satu semalam selepas minyak wangi Dunhill aku tamat dah penggunaannya. Gi gym pun pakai ,camna tak abis cepat ! Hahahahaha... Salah sendiri la nak oi. Dan yang tu aku kirim pada kawan aku yang gi honeymoon di Australia. Huhuhu.. Honeymoon la sangat yer ? Heee..

Dan Facebook ni macam boleh baca lak gerak hati aku. Hahahaha.. Terpancul iklan berbayar minyak wangi. Tertulis di situ ialah Tester ! Biasanya kalau tester , memang power la baunya. Bukan apa... berdasarkan pengalaman aku la beli perfume ni... try yang tester memang sedap sungguh la. Bila beli, balik rumah.. cuba pakai.. Hurm..kena mandi dengan perfume tu baru boleh bau ! Adeh. Tiruankah ??

Sejak tu aku tak percaya dah dengan perfume yang berjenama mahal ni walaupun dijual di shopping mall terkenal. Kalau nak beli , sebaiknya gi terus ke butik perfume yang boleh dipercayai sangat sangat. 

Dan selepas aku tengok iklan tu , terus aku whatsapp bertanya khabar. Katanya memang  Tester punya. Hurm.... was was ? Nak beli original , memang berdarah hidung wo ! Mahal. Tester ni macam barang 2nd hand . Ala ala bundle. Bukan reject tau. Reject lain lak konsepnya. Haaa.. 

Aku pun order. Bersungguh la sahabat tu gi antar. Sanggup redah hujan dan jammed untuk pastikan sampai ke tangan aku. Dan ketika tu , aku di satu event. Pastinya kalut la. Terus bertukar tangan duit dan barang. Aku bertanya gak pada si penjual. Apasal kat kotak tak de tulis tester ??? Kalau tester mesti la ada tulis. Dan dia beri jawapan pada aku. Namun aku tidak berpuashati. Tapi malas nak bertanya banyak. 

Selepas dapat perfume tu , terus gi tandas hotel. Masuk tandas , terbau la baik punya bauan. Kalah perfume yang di tangan aku tu. Bau bertukar bau. Menusuk sungguh la bau orang tu berak. Masalah usus ke woiii ! Arghhh... 

Sembur ke arah badan dan baju. Biasanya... kalau aku buat gini , seharian baru hilang. Apakah kali ni sama gak ?? Terus aku keluar selepas sembur. Bau busuk masih menebal di lubang hidung aku. Bukan bau perfume tu tau.. Bau orang tu punya la ! Adeh. Dan di dalam majlis , aku masih terbau lagi perfume tu. Selepas majlis , aku balik naik LRT. Bau perfume tiada lagi. Hurmm...

Pagi ni aku seach di Google. Mencari info info berkenaan perfume fake ni. Camana nak kenal dan aku buat perbandingan. Qhaliff berada di sebelah , turut menonton Youtube mengenai perfume fake vs oringal. 

" Daddy punya fake eh  ? " . Tanya dia.

Arghhh... anak aku pun tau lepas tengok video tu. Apa nak buat. Kau nak murah kan ? Amik la ! Hahahahah... 

Apakah aku punya tu benar benar tester ?? Entah la nak. Asalkan ada bau. Pasni , beli kat butik je la kalau nak yang benar benar original ! Jadikan pengajaran. Takda duit kalu , beli je yang jenama kita mampu beli. 

3 ulasan:

  1. senasib la eh.. xpa la. nt g beli kt Paris k? heeee. ajommmm

    BalasPadam
  2. salam tuan, tester unit, price dia tak jauh dgn new one. cth new rm290. tester biasa rm220. tak da la sampai rm160 peginya.. kotak konfem2 kaler putih or brown... kalau kotak mcm ori, either copy ori or reject ori or dubai grade lahh, bla bla..smua tu mmg soheh tak ori. kalau saya setakat perfume nak buat pakai p merket, mmg baik pakai hat bodyshop yg murah2 time promo or sah2 beli yg ala2 dexandra.. soheh mmg tak ori. ati tak sakit.. :p

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.