Respek tengok akak akak berlari tu ! - BEN ASHAARI

Respek tengok akak akak berlari tu !

Di gym... Aku boleh layan treadmill cuma 10 minit paling lama ! Tu pun dah tahap bosan. Kemudian layan besi dah. Heee... Nak streching pun sekejap jer. Ikutkan nak streching kena dalam 10-15 minit gitu. Kasi panas betul betul atau otot akan bermasalah. 

Pastu baru angkat besi. Aku dah layan menda alah ni , 20 tahun. Ikutkan dah siap sebijik rumah banglo pon ! Huhu.. Kos ? Hurmmm.. jangan cita la pasal duit. Minat punya pasal. Tapi yang pastinya , aku tak pernah ikut jalan pintas nak berketul ketul. Segalanya kena ikut tertibnya. Risau rosak dalaman wooo ! 



Di gym ni , perempuan pun ada. Lelaki memang tak amik port perihal perempuan. Masing masing jaga ! Jangan mengedik , jangan mengacau, jangan memikat ! Haaa.. Ko datang gym, layan gym. Nak mengoda , gi luar sana tu.. Huhuh.. 

Oh.. yang aku respek ialah tengok akak akak ni berlari atas treadmill lama lama ! Mak aihhhh.. ada yang lebih setengah jam. Ada yang sejam ! Dia punya layan macam ada pasang drama tv3 depan mata. Kat telinga kosong jer. Camana laaa diorang boleh feel gitu sekali. Jangan mimpi aku boleh buat gitu aih. 

Sebab tu aku tak layan larian larian berkilo kilo meter ni. 100 meter pun dah boring apatah lagi 1km ! Hahahaha.. Di FB aku , ada satu akak tu.. pergh.. respek ! Berpuluh KM gak larian dia. Kalau aku , sah sah lenggang kangkung. 

Bicara soal berlari ni.... teringat seorang kenalan aku yang telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh pemandu mabuk ketika dia masuk satu pertandingan larian. Aku pun tak tau apa jadi ngan kes tu tapi yang pastinya , kawan tu koma berminggu lamanya sebelum meninggal dunia. Hurmm..

Buat mereka yang berlari di luar sana tu.. jaga keselamatan yer ! 

2 ulasan:

  1. Berbasikal atau larian. .Sangat perlu berhati-hati.

    BalasPadam
  2. Saya bab lari pecut ja, lari jarak jauh memang tak boleh. Tapi itu semua dulu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.