Mencuba baju raya di Nawy.My

Awalnya??? Hee.. aku tau ! Mesti korang terpikir gitu kan ?  Sebenarnya tak la awal mana pun. Ramadan dah seberang jalan pun. Cuma bagi mereka yang suka menempah baju raya sedondon dengan ahli keluarga tercinta pastinya akan membuat persiapan awal sebab tukang jahit tak nak amik tempahan saat saat akhir ! 

Dan aku lak. Tak boleh beli yang dah siap sebab badan aku ni ha ! Paham paham la kan ? Sungguh pun dah bersize L tapi ada bahagian bahagian tertentu seperti bahu lengan , dada dan belakang tu perlu diukur.

Kali ni , pilihan aku ialah Nawy.My dengan baju melayu bercutting SlimFit. Bukan niat nak tunjuk sado tapi nak elakkan badan naik sewaktu puasa dan raya nanti ! Hahahah. Nak tak nak , kena jaga makan dan rajin bersenam. Kalau amik baju besar , sah sah aku tak kisah punya dah kan ? Confirm belasah makan tak hengat dunia punya aku nanti !

Kenapa Nawy.My ? Sebab tengok pada IG dia , tahun lepas punya design memang menarik minat aku. Baju Melayu dan Kurtanya berjaya menarik minat aku. Bukan aku saja tau ! Sheikh Muzaffar juga tertarik ok ! Haaa.. 


Citer banyak takda.. Sabtu lepas , aku ke butik Nawy.My yang terletak di Damansara untuk mencuba beberapa pasang baju Melayu dan juga kurta. Dan ternyata benar sama sekali. Jahitan begitu kemas. Begitu juga dengan kain yang mutu tinggi. Strechable gitu ! 

Dan pastinya aku kena kuruskan skit lagi diri aku ni. Hee.. 




Suka warna ni. Heee... Menurut Nawy sendiri , mereka akan mula menjual design baru baju melayu , baju kurung serta kurta ni di booth Nawy.My , The Curve ( sebelah Giordano ) dan juga di butik mereka sendiri iaitu di Dataran Cascades , Kota Damansara. Waze je ' Nawy' . Jumpa la !

Harga ? Standard baju melayu la skang ni.. Boleh tengok sendiri kat Instagram Nawy.My .


Dua pasang kurta untuk Ramadan. Hee.. 


3 ulasan:

  1. cantiknya design baju melayu ni. cutting pun smart

    BalasPadam
  2. Cantik la bergaris tu.. Jgn amek plain ja. cer amek corak skali.. huhu

    BalasPadam
  3. Nampak comfy je fabrik dia. Menarik!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.