Sekali lagi kereta aku dilanggar dan puncanya..


Di satu simpang.. aku nak keluar ke jalan besar. Simpang ni bermasalah sedikit. Kenderaan tak kira kecil besar tiba-tiba boleh tukar lorong tanpa beri 'signal' ! Di sini masalahnya !!! Aku dari rumah mak aku nak ke Sepang. Laluan ni membolehkan aku elak dari jammed di Bandar Tasik Selatan. Tapi masalahnya persimpangan maut ni haa ! 

Jika semua pemandu di Malaysia manfaatkan 'signal' , kes kemalangan tidak akan berlaku ! Dan juga masalah ikut rapat kereta di hadapan !! Hurmm.. Ceritanya begini. Aku nak keluar simpang. Kenderaan semua laju laju. Kenapa laju ? Sebab turun bukit. Di sini pemandu yang nak keluar dari simpang X tu , kena hati hati 200%.  Pernah terjadi , kenderaan tiba tiba masuk simpang B tanpa beri 'signal' ! Rasa rasa apa jadi ? Bukan sekali dua. Banyak. Makanya , nak keluar dari situ , kena pastikan betul betul selamat ! 

Di saat aku nak keluar tu , ada la motor dan bas ekspress dok laju. Aku yang dah keluar sedikit dari simpang tu , terpaksa beri laluan pada ke dua dua tu terutamanya motor yang aku tak pasti dia nak terus atau nak masuk simpang ! 

Dan tiba-tiba aku terdengar jeritan disusuli kereta aku dilanggar dari belakang ! Nasib baik aku pakai tali pinggang keledar ! Kalau tidak , pasti aku terantuk pada stering kereta ! 


Aku keluar dari simpang tu selepas 'clear' . Berhenti di satu lokasi yang selamat dan berurusan dengan pemandu kereta yang melanggar aku tu. Dia pun tak cakap banyak. Aku terus kata report polis je la. Senang. Dia angguk. Tak banyak cerita. Aku pun malas nak settle luar ni. Banyak sangat kes settle luar , tak settle dengan baik. Lagi pun , apa guna ada insuran. Suruh diorang la uruskan. Huhuh.. 

Sewaktu kemalangan tu , pastikan amik semua gambar kenderaan. Bahagian mana yang kena langgar. No plet kereta yang langgar. Road tax dia.  No telefon dia kalau boleh. Tapi aku tak amik la sebab aku rasa tak perlu ketika tu. Sewaktu ditanya oleh pegawai penyiasat , dia mintak no telefon orang tu kalau ada la.. Hee.. Aku tak mintak. Tak rasa satu keperluan lak masa tu. Pastu pastikan tau lokasi mana eksiden tu. Dapatkan nama jalan yang lengkap. Amik gambar lokasi juga. Jika boleh la. Kalau tak boleh , korang google map je tempat tu. Tujuannya , masa gi report nanti , dah standby semua details tu. Takda la tergagap gagap nanti. Lesen dan MyKad juga sediakan.

Lokasi kemalangan sangat penting. Ianya menentukan ke balai polis mana patut di buat report ! Kes aku ni , ada dua balai aku leh gi. Satu Sungai Besi dan satu lagi Jalan Bandar. Maka aku pilih untuk ke Jalan Bandar je la. Senang. Dan aku rancang nak gi petang. Kasi clear skit jalan masuk ke bandar.  Sebenarnya.. nak tengok Avengers dulu. Hee.. Kasi tenang jiwa skit.




Keadaan kereta. Bonet tu memang tak leh tutup dah ! Aku kena ikat dari dalam. Terpaksa bawa perlahan lahan dari Sepang ke KL.Beberapa buah kereta yang prihatin memberikan hon. Nak kasi tau yang bonet aku terbukak. Huhuh.. Terima kasih saudara  !

Di Jalan Bandar , Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan. Aku di sana dalam jam 7 petang. Anggota yang amik report tu pun bagus. Aku salah tulis no plet kereta aku. Hahaha. Sesungguhnya aku bermasalah dengan nombor. Nombor rumah aku pun masih aku sangsi.. 7 atau 9 ? Hahahaha.. Apatah lagi no kereta. No handphone aku ? Sejujurnya , berbulan baru aku hafal. Lalalala..

Sambung... di situ tak sampai 10 minit. Terus naik jumpa Pegawai Penyiasat. Betul betul masuk waktu Maghrib. Terus aku solat di situ. Selepas solat, aku diarahkan ke bahagian foto. Amik gambar kereta. Pastu baru settle. Ketika ni, aku dihampiri oleh mereka yang 'mencari' makan dalam bidang ni. Hehe.. nasib baik aku ada pengalaman eksiden yang lalu. Maka aku tau apa yang aku kena buat. Tenang dan angguk jer. Jangan beri no telefon korang. Amik je kad mereka.

Ok.. kalau kereta korang teruk , cuba la tanya Pegawai di situ... sapa leh dipercayai. Diorang takkan amik duit dari kita pun. Diorang dapat komisien dari bengkel jer. Maka kena pilih yang betul betul buat kerja. Untuk kes kedua aku ni ,  aku leh urus sendiri. Dah tau dah apa kena buat. Cuma leceh la skit. Huhuh...

Part polis belum selesai. Aku kena datang semula untuk amik report dan booking untuk keputusan kes. Huhuhu.. Makanya aku kembali ke Balai Polis Jalan Bandar awal pagi tadi. Alhamdulillah. Tak sampai 5 minit pun dan selesai. Dan seterusnya , ke bengkel di Nilai. Tempat sebelum ni. Senang sini. Tak banyak cerita.

Dan di sini , aku kena bagi salinan report dan polisi insuran yang baru. Road tax baru kan. Yang lepas punya dah expired. Tapi geran kereta tak perlu sebab mereka dah ada. Kalau pertama kali , kena ada geran la. Pastu aku mintak mereka betulkan bahagian bonet. Kereta aku tak tinggal sana. Tunggu keputusan kes dan insuran. Aku ke bengkel untuk mereka bukak file dan order barang dulu. Bila dah ada semua tu , baru bawak kereta dan tinggalkan. Lega aku dengar. Dok pikir la camana nak amik Qhaliff dan nak gi event. Huhuh..

Gitulah adanya.. Pening tapi ada la bagusnya. Aku uruskan semua ni seorang diri. Sebelum ni agak cuak gak la. Hahahah.. Alhamdulillah. 

1 ulasan:

  1. Allahuakbar.Alhamdulillah tak ada kecederaan.Urusan pun dipermudahkan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.