Tarikan ketika berada di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut , Lumut

by - Selasa, April 23, 2019

Apakah aktiviti yang menarik jika saya sekeluarga menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ? Takkan mandi kolam je kot ? Kan kan ? Sebenarnya di sini tanpa perlu keluar dari hotel , korang dah boleh lakukan pelbagai aktiviti aktiviti menarik ! Nah...  Korang boleh mintak pihak hotel sediakan jadual dan korang ikut jer ! 

Kalau buat team building atau family day lagi syok woiii ! Pergh.. memang puashati la kat sini. Confirm balik rumah dengan muka tersenyum seronok dan teringat ingat kenangan di sini ! Tu baru part aktiviti.. part makan ! Haaa... Bagi yang nak sambut harijadi atau hari istimewa , diorang boleh buatkan jer ! Takda masalah sama sekali. 

Antara aktiviti yang aku syorkan di sini ialah.. semua best  ! Haahaha.. Budak budak pasti terasa seronok ! Bagaimana dengan si abang kakak , mak dan ayah lak ? Apa aktiviti boleh dilakukan di sini selain tengok pantai ? 


Untuk si abang kakak , leh layan ATV ! Snorkeling , berkarya , layan gym manakala si ibu ada aktiviti best ! Belajar memasak bersama Chef Izan ! Fuh... aku dah ! Memang syok. Pastu ... eh , jom tengok gambar la syok ! Heee.. kan kan ? Sebelum tu , bawah ni jadual aktiviti aku. Boleh ubah andai tidak sempat atau terlalu padat. Ikut kesesuaian kita. Hee..





Andai ada anak kecil , diorang suka naik tram ni. Akan jelajah di semua kawasan hotel. Luas ok ! Dan akan berhenti sebentar untuk bergambar di lokasi lokasi menarik untuk dijadikan kenangan manis bersama sama. 




Berbasikal. Nah... tak perlu berlumba pun ! Menunggang santai santai gitu. Basikal ada untuk 5 tahun ke atas.

Jika si abang boring... gi la bersenam kat gym. Sadokan diri ! Pastu leh terjun dalam kolam mandi. Ala ala jadi baywatch gitu ! Yelah , dah sadokan badan.. pastu apa lagi kan ? Mana tau awek awek kat situ tengok.. Hahaha.. Bukan aku laaa.. awek usha aku , siap la ! Hahahaha.. Gurau jer..

Best gym sini. Simple tapi cukup !





Ahaa.. bagi pecinta haiwan.. Di sini ada beberapa jenis binatang jinak. Boleh bermain dengan mereka juga. Antaranya ada kucing , iguana , kura kura  dan juga ada petting zoo ! Fuh , kalau aku nak taruk semua gambar , rasanya dah jadi tesis entri aku ni ! Hahahaa.. Maaf la yer , aku letak yang ok ok jer. Kalau nak tengok semua , kena datang sendiri hotel ni ! Berbaloi. 


Jungle Trekking pon hado ! 









Kids Club. Sini memang best ! Kalau tak masuk sini , rugi ar ! Budak budak mesti nak datang lagi selepas menjejakkan kaki mereka buat pertama kali di dalam ni . Huhuh..




Makanan

Bagi kaki makan , nahh... Dari sarapan pagi hinggalah malam , pelbagai jenis makanan akan ada di sini. Kalau nak cuba masakan Thai original pon ada di sini. Jika nak layan BBQ , bagitau jer.  Masakan melayu , mestilah ada.. kan kan ?

















Makan Malam Istimewa dan BBQ  di The Gayam 












BBQ di The Garden Terrace



Cantik permandangan di sini kan ? Di sini turut disediakan bilik persidangan , lobi yang menarik dan untuk pengetahuan korang .. kebanyakkan kaki tangan di sini juga baru baru. Terlatih dan peramah ! Menginap sehari di sini pastinya tidak akan puas !

Untuk info lebih lanjut , boleh ke https://www.swissgarden.com/beach-resort-damai-laut/index.html

You May Also Like

18 comments

  1. Bnyk gila aktiviti. Menarikkk klu buat family day kbba9. Jom..

    BalasPadam
  2. Lama dah tak gi sini. Banyak yang dah berubah..
    Kalau dulu tak banyak sangat aktiviti boleh buat... Kolam renang dia still depan cafe lagi ke Beben?

    BalasPadam
  3. Perghhhh.... Aktiviti yg menyeronokkan! Bukan aje tuk anak-anak, untuk mak pak lagi syiok! Best ni buat gathering

    BalasPadam
  4. Enjoy! Tak rasa kan dah masuk 3 hari 2 malam...padat!

    BalasPadam
  5. lahaii bestnyaaa. banyakk aktiviti boleh buat

    BalasPadam
  6. Wow best yer bercuti kat sini. Leh masuk list cuti2 tahun ni

    BalasPadam
  7. pergh macam-macama ktiviti ada ye..menarik sungguh..tak bosan

    BalasPadam
  8. Lama dah teringin nak pi Swiss Garden Damai Laut ni, cantik tempat dia.

    BalasPadam
  9. Best giler.!! Tapi jauhhhhhh... huhu..

    BalasPadam
  10. eh ! menarik ni boleh cuba pergi ahhhhh

    BalasPadam
  11. Bestnyaaa! Hotel cantik, aktiviti menarik, makanan pun sedap. Apa lagi mau kan? Mmg kena masuk list cuti cuti malaysia lah ni hehe

    BalasPadam
  12. Bestnya.. tak sabar nk pergi bulan 12 nie..

    BalasPadam
  13. Harga tempahan bilik termasuk sarapan pagi dan malam ker

    BalasPadam