KLIA COLLEGE , melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengalaman !

Menyambung pelajaran selepas SPM atau STPM di zaman ni , adalah penting demi masa hadapan yang mana semakin mencabar. Persoalannya , ke mana dan apakah bidang yang patut dan sesuai untuk diambil ? Ada orang yang tak kisah asalkan dapat sambung belajar. Glamer dapat masuk univiersiti gitu ! Tetapi bagi yang bijak orangnya akan berfikir dengan matang. Apakah bidang yang memerlukan tenaga mahir sekarang ini ??? Kiranya lepas abis je belajar , terus dapat pekerjaan dengan gaji yang berbaloi ! Haaa.. gitu laa..


Memilih IPTS atau Institut Pengajian Tinggi Swasta , adalah satu langkah bijak. KLIA Professional & Management College contohnya , yang menawarkan program akademik yang memenuhi kehendak industri merangkumi penyelidikan, latihan dan pembangunan. Bagi aku , kolej yang menawarkan latihan sememangnya bagus. Tidaklah mereka terkial kial selepas tamat pengajian. Mereka dah ada pengalaman untuk memulakan karier. 

KLIA Professional & Management College atau KLIA College telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan antarabangsa seperti Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Conventry University United Kingdom serta beberapa universiti lain dan telah melahirkan ramai pakar profesional dalam bidang-bidang  profesional seperti perancangan dan pengurusan penerbangan, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan pembinaan, perancangan dan pengurusan keretapi dan pengurusan projek , di dalam mahupun di luar negara !





 



Ada 3 program ditawarkan di KLIA College. Untuk makluman korang , ketiga tiga program ini mempunyai keluluskan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

1. DIPLOMA IN OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH - Program diploma yang berorientasi ‘hand-on’ ini adalah rangkuman pembelajaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan kepimpinan. Gabungan modul pembelajaran yang ideal ini menyediakan pelajar untuk memahami dan mengenal pasti potensi hazad keselamatan dan kesihatan serta hubungan di kalangan pekerja bagi meningkatkan keadaan persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat.  

Objek program ini ialah menyediakan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk dijadikan amalan dan aplikasi terbaik berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Mewujudkan peluang kerjaya di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri berkaitan pembinaan, minyak dan gas, perkilangan, perkhidmatan dan hospitaliti. 

Antara pekerjaan yang boleh diceburi selepas tamat pengajian ialah Pegawai Keselamatan & Kesihatan , Penyelia Keselamatan Tapak Bina Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan dan Koordinator Keselamatan. 

Kelayakan untuk mengambil program ni ialah : 

  • Memiliki sijil SPM/SPMV atau setara dengan LULUS Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan mendapat 3 kredit dalam mata pelajaran berikut:
  • Matematik atau SATU mata pelajaran sains (Biologi/Fizik/Kimia/General Science/Applied Science) DAN
  • Mana-mana DUA mata pelajaran lain (termasuk Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris sekiranya mendapat kredit) ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Jangan risau soal bantuan kewangan kerana pinjaman PTPTN disediakan bagi pemohon yang berjaya. Kos pembelajaran ialah RM23,355 dan ada rebate sebanyak RM965. 


2. DIPLOMA IN BUSINESS ADMINISTRATION - Diploma Pentadbiran Perniagaan memberi tumpuan kepada memperluas rangkaian pentadbiran perniagaan dan kemahiran pengurusan anda untuk memenuhi jangkaan perniagaan dan juga untuk membuka peluang untuk menjadi usahawan. Anda akan membangunkan pelbagai kemahiran termasuk keupayaan untuk membangunkan pelan perniagaan, pentadbiran projek, pengurusan sumber manusia dan perancangan strategik.

Objektif program ini ialah untuk membangunkan keupayaan untuk merancang pelan perniagaan, pengrusan projek, pengurusan sumber manusia dan perancangan strategik serta memperluas pengetahuan dalam kemahiran pentadbiran untuk memenuhi keperluan majikan serta persiapan menjadi usahawan yang berjaya.

Mereka yang mengambil proram ini berpeluang menjadi usahawan yang berjaya. Selain dari itu mereka boleh bekerja dalam bidang kesetiausahaan, pentadbiran , Pembantu Peribadi ,Eksekutif dan Penyelia Pejabat. 

Kelayakan untuk mengambil program ni ialah :

  • Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran ATAU
  • Lulus Unified Examination Certified (UEC) dengan gred B dalam 3 subjek ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Kos pengajian ialah RM22,600 dan selepas rebate ialah RM15,055. Pinjaman PTPTN disediakan bai pemohon yang berjaya. 


3. DIPLOMA IN AVIATION MANAGEMENT - Program ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri penerbangan. Mereka akan terdedah dengan pengurusan yang melibatkan lapangan terbang, syarikat penerbangan dan kargo. Sukatan pelajaran ini adalah terkini dan mencerminkan industri penerbangan moden yang merupakan anugerah bagi mereka yang ingin membina kerjaya dalam industri. 

Mereka yang mengambil program ini akan diberikan latihan teknikal dan praktikal dalam perancangan dan pengurusan lapangan terbang, penyelenggaraan penerbangan, pengurusan trafik udara, pesawat & sistem pengangkutan udara, jaminan dan keselamatan penerbangan serta lain-lain bidang berkaitan penerbangan. Selain dari itu mereka turut diberikan persediaan mengenai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi perancangan dan pengurusan penerbangan serta pembangunan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Kerjaya yang boleh mereka ceburi ialah ialah Eksekutif Lapangan Terbang , Eksekutif di Syarikat Penerbangan dan Pegawai Kawalan Udara. Jika aku baru lepas SPM , KLIA COLLEGE adalah pilihan aku ! Sememangnya aku berminat nak sambung belajar dalam Aviation Management. Mungkin anak anak aku , satu hari nanti ? Sapa tau kan ? Heee... 

Syarat kelayakan untuk mengambil program ini ialah : 
  • Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran DAN LULUS
  • Bahasa Malaysia; Matematik; dan Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Fizik/Kimia) ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Yuran pengajian untuk program ini ialah RM25,430 dan selepas rebat , RM18.490.


Disini , mereka bukan saja belajar untuk berjaya tapi turut mempunyai pelbagai aktiviti aktiviti yang membina kekuatan fizikal dan mental supaya mereka akan mampu berdaya saing bila dah tamat belajar nanti..

Menarik kan ? Haaa.... kata dah !


Sekarang ada pengambil untuk pelajar baru. Boleh buat pertanyaan atau terus memohon di laman web rasmi mereka. Atau kalau rajin , boleh terus ke KLIA College.

Kompleks KLIA Holdings
Jalan KLIA 1/70,
64000 KLIA, Selangor
Email : intake@kliacollege.edu.my
Telefon pejabat : +603 8783 1002
Fax No : +603 8783 1040
Waktu pejabat  : Isnin - Jumaat : 08:00 - 18:00 / Sabtu - Ahad  : 09:00 - 14:30

Untuk maklumat lanjut atau berminat nak mendaftar , sila ke http://www.kliacollege.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/KLIACollegeOfficial/
Instagram : https://www.instagram.com/kliacollege/

6 ulasan:

  1. Boleh menyemai minat anak pada bidang Aviation.

    Thanks info ben.

    BalasPadam
  2. Minat bidang aviation dulu.. harap anak dapat teruskan cita2 mami. heeee

    BalasPadam
  3. Tak pernah tahu corse yang menarik macam ni ada di KLIA College.

    BalasPadam
  4. Pergggg kalo muda dh apply... jdi org org muda ....kene ambik pluang ni

    BalasPadam
  5. best tu ada kos aviation.Dulu nak masuk dlm kos tu agak payah... nak pointer tinggi. Yg ni mudahlah.. bagus betul.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.