Buka Puasa 2019 : Bazar Ramadan Di PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK , KL

by - Ahad, April 07, 2019

Seorang kenalan bertanya pada aku.. Jika dia nak bawa keluarganya berbuka puasa di hotel , mana yang akan aku syorkan ? Pengalaman aku membuat review di beberapa buah hotel terkemuka di ibu negara kembali segar di ingatan. Sejujurnya semua hotel best ! Tapi jika ingin berbuka tanpa was was yang mana hotel tersebut mematuhi syariah dari JAKIM maka aku akan syorkan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park , Kuala Lumpur. Sememangnya , akan ada yang bertanya mengenai status tersebut kerana nak makan tanpa rasa ragu ragu lebih lagi nak berbuka puasa. 

Kali kedua aku membuat review di hotel ni. Tahun ni memang aku memilih sedikit kerana faktor masa dan juga lokasi. Jika aku rasa berbaloi , maka aku akan pergi. Dan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park , Kuala Lumpur antara yang berbaloi bagi aku.

Tiada masalah mengenai tempat meletak kereta , surau atau untuk ke hotel ini. Nak mudah , naik je pengangkuta awam. Boleh berjalan jalan selepas berbuka puasa dan tak perlu pening pasal kesesakkan lalu lintas. Naik je Putra LRT dan turun di Ampang Park. Jalan kaki 5 minit jer. 

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan. Memperkenalkan tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar. 

Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Encik Taha Zainal tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia. 


Eksekutif Chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa khas bagi Ramadan tahun ini. 

























Pakej promosi early bird untuk Bufet Ramadan Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai berharga RM80.00 seorang dan harga sebenar ialah RM98.00 seorang sebelum 30 April 2019 manakala Restoran 39 berharga RM135.00 seorang dan harga early bird iaitu RM100.00 seorang sebelum 30 April 2019.

Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang menempatkan 338 bilik ini merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang. 



Untuk tempahan dan maklumat lanjut :

Restoran 39
Harga Promosi: RM100.00seorang
Harga Biasa: RM135.00seorang
Tel: 03-7490 3939

Restoran 10Binjai
Harga Promosi: RM80.00seorang
Harga Biasa: RM98.00seorang
Tel: 03-7490 3838


You May Also Like

0 comments