Cabaran Qhaliff di Tahun 1 !

4 bulan sudah. Alhamdulillah , Qhaliff tiada masalah nak ke sekolah. Dia tampak gembira jer. Cuma kena pastikan dia cukup tidur memandangkan di usia dia , memang cukup aktif ketika di sekolah. Jika tak cukup rehat , maka akan buat hal la dia di pagi hari ! 


Awal awal persekolahan , ada beberapa isu yang perlu ditangani. Antaranya tertukar buku. Botol air hilang. Baju kotor. Muka comot. Dan masuk bulan ke 2 dan ke 3 , kes kes seperti kawan pinjam duit , membeli belah di kedai buku dan barangan wajib beli ialah pemadam , pembaris , pensil yang menarik perhatian dan playdoh. Hurm... 

Awalnya memang tak kasi dia duit. Dibawanya air putih dan bekal ke sekolah. Tapi memikirkan dia juga perlu belajar menggunakan duit dan juga erti amanah maka dibagi la juga duit. Seringgit dan kekadang 2 ringgit tapi pastikan bawa pulang semula seringgit ! Nak tengok camana dia membelanjakan duit tu. Ke arah mana.. Namun masih gagal ! 

Hari tu belikan dia jam tangan G Shock palsu. Nak tengok camana dia jaga jam tu. Hari pertama , ok. Hari ke dua , jam hilang dah ! Rupanya tertinggal di sekolah. Hari ke tiga , kawan dia pinjam lak. Adeh... Simpan je la di rumah. Pastu bagi duit untuk beli buku. Buku tak dibeli tapi duit abis ! Arghhhh... 

Dan hari ni... dia beli buku ! Aku lega la skit. Tanya harga... RM2 ! Mak dia kasi RM1 je tadi. Lagi RM1 mana datang ???? Ah , sudah... pening kepala aku.  Serah pada mak dia la untuk nasihat. Kalau aku nasihat , dia tutup telinga. Mau cair taik telinga tu nanti ! 

Esok.. suruh dia pulangkan duit kawan dia. Katanya kawan dia bagi duit sebab dia tak cukup duit untuk beli buku ! Hurmmm... Sementara nak bijak.. aku kena sabar la skit. Ada lagi 2 menanti ! Fuh , cabaran cabaran ..


2 ulasan:

  1. sama lah..bulan ke 2 & 3 kawan2 duk pau duit anak tiap2 hari.pensel pemadam mmg tiap2 hari hilang..

    BalasPadam
  2. Hahaha, anak saya dulu hari-hari bawak balik kawan-kawan punya barang. Barang dia bertukar dengan kawan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.