Mcdonald's bocorkan rahsia menu untuk Ramadhan 2019 ! Dapatkan segera di.. - BEN ASHAARI

Mcdonald's bocorkan rahsia menu untuk Ramadhan 2019 ! Dapatkan segera di..






Tadaaa ! Dah bocor dah !!! Walaupun Ramadan bakal tiba beberapa belas hari lagi , McDonald's telah bocorkan rahsia menu menu hot yang bakal jadi sebutan nanti di bulan Ramadhan  ! Mereka yang teringinkan kelainan sewaktu berbuka atau bersahur yang hanya akan ada sebulan dalam setahun , nah.. inilah masanya ! 

Sepanjang bulan Ramadan nanti  korang dibenarkan memilih dua tawaran menu eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover  di semua  restoran McDonald’s. Yang cintakan nasi atau yang memang kena makan nasi sewaktu berbuka , korang boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.

Berbuka Puasa 

Tawaran menu baru ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaran ramai yang mana akan dihidangkan bersama dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu, yang dibalut dengan roti nipis. Dihidangkan bersama  ialah McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea. Pastinya korang akan berpuasahati punya dengan menu baru ni !

Selain dari Nasi McD dan Chicken Foldover, korang  juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan. Pastinya  D24 Durian McFlurry yang jadi tarikan utama namun  McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa, dengan inti pisang yang ummph ! Disyorkan juga  Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena  iaitu terbaharu daripada McCafe.

Sahur

Untuk sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan mereka yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s. 

" Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium.

Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.  ".

Selain tu McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Tunggu apa lagi ?? Silalah download segera ! 

Heee... Menarik kan ? Menu menu ni pastinya akan membuatkan kereta dan manusia beratur di awal pagi dan juga di senja hari ! Hee.. bersahur dan juga berbuka. Kena gi cuba gak ni ! Rugi tak cuba terutama yang ada durian tu ! Hahahaha.. 

14 ulasan:

  1. lisa pon sllu guna apps untuk beli makanan kat MCD ada promosi best best hehehe

    BalasPadam
  2. peghh terbaik...memamng suka dengan chicken foldover dia...kenyang dan sedap... awesome lah

    BalasPadam
  3. Menarik ni.... Kadang tak sempat masak, kami pi McD gak. Hehee

    BalasPadam
  4. Wow...Tak sabar nak makan sundae D24 tu....

    BalasPadam
  5. Nakkkk chicken foldover tuuu. Memang nantikan kemunculan dia

    BalasPadam
  6. Guna apps McD senang siap ada disc banyak2..

    BalasPadam
  7. Lamanya dah tak makan McD,nampak menarik pulak menu² baru ni.

    BalasPadam
  8. foldover tu memang favourite.kekenyangan tu kalo dapat mkn ..

    BalasPadam
  9. Dah rasa.. Sedap sangattt.. Haaha. .Guna apps jimat juga ye

    BalasPadam
  10. Kalau malas masak mmg pi tapau McD je lah, ayam goreng tu sedappp

    BalasPadam
  11. part durian tu yg tak sabar ni hehehe

    BalasPadam
  12. Wow menarik betul.. tp bln posa ni nk stat diet... dpt kurg 5-6 inci pun jd le

    BalasPadam
  13. tadi baru gi mcd sebab nak try foldover , memang sedap , bebudak pun suka rasanya sos dia tu sedap , patty ayam dia pun lembut jer...ayam goreng jangan ceritalah memang win , makan panas2 pulak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.