Wajarkah daku boikot 7 Eleven ?

Aku suka masuk 7 Eleven. Kenapa ? Sebab kemas dan bersih. Tapi bila yang membuatkan aku rasa cam malas nak jadi pelanggan setia ialah kakitangannya ! Kelmarin , aku masuk 7 Eleven di The Curve ..ke E-Curve ? Yang di lorong nak ke MRT tu ! Haaa.. pekerja di situ , warga asing. Aku beli barang... ada sen sen... Dia tanya ada tak 'sen' ! Sah sah takda sebab aku tak suka bawak syiling. Sejujunya aku tak suka bawak syiling sekarang sebab rupanya tak menarik serta bunyinya cam bawak plastik dalam poket ! Dia cakap tak pe. Dia bagi duit baki dan ucap Terima Kasih. 

Dan tadi.. selepas abis workout di gym... Terasa lemau tubuh badan ni. Teringat 100 Plus Anggur. Terus masuk 7 Eleven. Nak beli kekacang juga untuk alas perut. Aku tau harganya agak 'brutal' bila beli banag di 7 Eleven ni tapi  tak pe la.. Saja nak support sebab pekerjanya ramai Melayu. Sekurangnya ada juga peluang pekerjaan untuk anak bangsa aku ni ! 

Tapi tiba tiba rasa menyesal lak ! Ceritanya begini.. Aku malas nak update di media sosial tapi bila customer dipandang cam mengemis mendapatkan barang , maka sewajarnya pihak pengurusan kena lebih prihatin. Rasanya kena contohi pekerja pekerja Family Mart di Jepun tu ! 



Ok... aku check di Facebook rasmi 7 Eleven ! Rupanya sekarang ni ada tawaran menarik ! Setiap pembelian yang bernilai RM5 , akan dapat satu sticker. Kena kumpul pastu tukar ! Dan aku beli RM10. Wat dekkkkk jer dia ! Tak cakapa langsung pasal sticker tu. Aku bukan la nak sangat tapi sepatutnya kena bagi juga la walapun aku tak nak. Kalau abis sticker tu , kena bagitau la ! Ni kau buat tak tau.. Nak bagi barang pun tidak ! Suruh kutip sendiri atas meja tu ! Perghh.. mcm pengemis jer rasa !


Di ruangan komen tu , ramai juga yang luahkan rasa tak puashati rupanya ! Hurmm..  


Rasanya pasni memang aku takkan masuk dah 7 Eleven melainkan selepas jam 12 malam. Takda pilihan dan terdesak sangat ! Mungkin akan berubah pendirian jika kakitangan mereka berubah sikap. Dan aku rasa mereka jadi begitu sebab gaji kecik kot ? Kalau nak gaji besar , bukalah pasaraya sendiri. Bila kerja dengan orang ni , walaupun kita ada pendidikan setinggi gunung.. kena ikut la tangga gaji jawatan tu. Cari pengalaman berharga. Jika sesuai , teruskan. Jika tidak , tukar kerja ! Jangan rosakkan nama majikan anda. 

2 ulasan:

  1. Betul, ada staff yg takbagi stiker melainkan kita minta; itupun kalau kita tau yg pembelian kita layak utk stiker. Klo tak, sampai ke sudah, kita tak dapat hak seperti yg sepatutnya.

    BalasPadam
  2. Mmg de staf 7 eleven xbg stiker..tp sy kene air buah dlm kotak expired. Nsb baik sy tergerak nk periksa sblm kuar kedai... terus pekerja lupus semua air tue dlm peti ais.. sejak dr tue beli brg mesti periksa tarikh exp.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.