Tapi lebih seronok tengok harga nak masuk dalam ni ha.. Perghhh... Berdarah gak la gegendang telinga.. Sorang je dah dekat Rm40.. Tu la harga kehidupan masa kini. Sihat mahal. Sakit pun mahal..
Alarm di telefon pintar berbunyi. 400 pagi. Nak kemas beg. Sebelum tu nak workout skit. Lepas subuh , nak gerak ke KL Sentral. Ada Fam Trip bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara ke Teluk Intan & Pangkor. Plannya la.
Tapi entah kenapa.. hati aku berat dari semalam.
Aku hidupkan mesin stepper. Pasang video kat handphone... pastu mula bergerak. 5 minit berlalu. Tiba-tiba whatsapp aku , berdering !
" Kak Laila call ? Pagi hari ? Apa giler dia call aku pagi pagi ni ? ". Bicara hati..
Kak Laila bersuara. Langkah aku terhenti. Betul ke apa yang aku dengar ni ? Longlai. Terkedu. Tak tau nak respon camana. Insan yang aku kenali , dah tiada lagi di dunia ini. Baru baca status mengenai kesihatannya.
Hurm....
Aku kena batalkan sekali lagi trip aku. Hari tu dah batal sebab anak anak tak sihat. Ni sekali lagi. Takda rezeki aku nak join tapi tak pe la.. aku anggap ada hikmah buat aku juga. Lagi pun , wife je kat rumah dengan anak anak. Kalau jadi apa apa dengan dia ??? Masalah gak kan ?
Kena gi ziarah jap lagi..
Alhamdulillah.. dapat jugak buat sedikit kebaikan..
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Wahai Allah, ampunilah dia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Rumah terasa hilang seri.. Kalau dah, riuh rendah dengan tangis ketawa mereka. Bising !! Tapi itulah penyeri. Bila dah memasing tak sihat, terasa rindu nak mereka ketawa dan bermain.
Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu demam mereka dah kebah hari ni. Cuma tinggal sisa batuk dan selsema. Dah kembali ceria dan bergaduh. Terutama si Aariz. Rindu nak tengok dia senyum dan ketawa. Zahra kali ni tak teruk sangat. Qhaliff lembik gak.
Dan aku yang terakhir. Dah lega ari ni. Alhamdulillah. Esok kena gi trip dengan Tourism Malaysia . Sementara cuti sekolah ni, nak pusing Malaysia dulu... Hee.. Kerja. Hee.
Ramai kata skg musim.. Cuma pelik kali ni punya demam memang kasi lembik terus..
Rindu dengan kawan kawan lama ketika di Tadika Arina , membuatkan founder Tadika Arina , Puan Arina menunaikan hasrat bekas anak anak muridnya bersua kembali di dalam satu trip belajar sambil bermain ke Kidzania , Kuala Lumpur.
Tak sabar Qhaliff nak jumpa teman baiknya , Mika. Sayangnya , bila hari yang dinantikan itu tiba.. dia tak sihat tapi dia tetap pergi juga. Cuma di sana , dia tak begitu ceria. Tampak lesu dan tak bermaya.
Alhamdulillah.. trip ke sana berjalan dengan lancar. Qhaliff gembira tapi banyak main. Dia bawak balik banyak 'wang'. Terus tidur sesampainya di rumah. Sian... Tak pela... rindu pada kawan kawan dah terubat. InshaAllah , dia akan 'move on' selepas ni...
Pengajaran pengalaman lalu.. Jgn biarkan mereka batuk berkahak terlalu lama. Balik dari trip Taiping, wife demam. Kemudian anak anak lak demam. Hinggakan aku terpaksa batalkan trip ke Pulau Tuba.
Takpe la . Famili.
Dua tiga hari ni, diorang berselsema lak. Disusuli dengan batuk. Mulalah tak tidur lena memasing. Sian.. Dan aku mula demam. Cepat cepat amik ubat demam. Nak elak melarat. Bukan apa.. Aku demam pun, tetap kena jaga anak anak. Wife banyak kerja di pejabat. Dah lama sangat cuti ari tu.
Ubat klinik dah kasi tapi batuk makin kuat. Selsema pun. Dan untuk elak kejadian yang pernah menimpa Zahra, aku ajak wife bawak diorang ke Sonotron Bangi. Kat situ alternatif terakhir. Kalau tak menjadi, memang gi hospital la..
Dah bertahun dengan Sonotron ni. Alhamdulillah serasi..
Lepas Jumaat tadi . Di rumah . Masing masing mula mengantuk.. Masih lagi kasi ubat demam dan batuk. Sonotron tu untuk pecahkan kahak di dalam dada tu jer..
Kesan selepas Sonotron akan kelihatan.. Bukan terus hilang tau..
Oh ya.. Kenapa dengan Zahra ? Dia pernah kena jangkitan paru paru.. Lama sangat batuk selsema.. Masuk wad gitu.
Pertama kali ke sini. Aku tak begitu teruja sebab aku tak tau apa apa tarikan di sini. Aku nak 'dikejutkan' ! Haaa.. Dan sesungguhnya , memang aku terkejut sungguh la. Selama ni aku cuma dengar je yang kat Malaysia ni ada ikan lumba-lumba atau dolphin tapi tak sangka la dapat melihat di depan mata kepala sendiri , sungguh menyeronokkan. Lebih lagi tengok ikan tu berenang bebas !
Segalanya bermula dari Kuala Sepetang Eco Tourism. Korang kena parking di situ . Kemudian boleh menyurusi laluan hutan paya bakau. Nak menginap pon boleh. Ada chalet yang disewakan. Jika nak tengok ikan lumba lumba , kena booking dulu yer. Ada beberapa pakej disediakan. Selain tengok dolphin , leh tengok kumpulan helang terbang bebas , penternakkan ikan dan kerang. Best !
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini yer... Memang menyeronokkan dan boleh hilangkan segala tekanan di pejabat tu ! Huhuh..
Untuk pengetahuan korang , sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia lebih 100 tahun ! Kawasan hutan pokok bakau tertua dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan.Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.
Alhamdulillah... Sejujurnya , aku malas membeli pakaian di shopping mall ketika hari persekolahan nak bermula , musim raya dan jualan jualan murah ! Oh tidakkk ! Penat nak berlanggar kat sana pastu beratur panjang pun satu hal ! Huhuh..
Dalam entri aku yang lepas mengenai Miracle Caliph tu , memang aku plan nak gi beli uniform Qhaliff kat sana. Kenapa ? Satu sebab tau kualitinya. Kedua , nama sama lak ! Hehe.. Ejaan je lain. Dan pastinya sebab inner kolar hitam tu. Bukan malas nak menyental tapi nak elakkan nampak kalau berdaki.. Gitu la.. Walaupun dia tak berdaki !
Dan.. tak sampai setengah jam kat situ , 3 pasang baju dan seluar sekolah dah selesai. Stokin sekolah pun ada situ. Senang ! Dalam demam demam , urusan begini kena gak settlekan . Tak nak hujung waktu. Sian dia nanti. Asal membeli lak jer. Dan yang penting , dia dapat pakaian yang berkualiti. Teringat ari tu, seluar dia koyak kat lutut. Katanya terjatuh. Sekali jatuh dah koyak. Hurm...
Kali ni seluar dia kain lebih baik dari yang lepas. Sama je harga beli dengan yang lepas. Ok la... Janji gi sekolah dengan hati yang gembira. Tamo la dok buat drama dalam kereta. Pakaian pun boleh menaikkan mood , kan kan ?
Sale skg ! Sampai hujung tahun tauu .
Oh lupa lak.. Walaupun ada shopping mall berdekatan rumah aku , aku tetap nak ke Shah Alam gak. Sebab apa ? Sokong produk BMF gitu... Sapa lagi nak sokong kalau bukan kita sendiri, kan ? Dah ada pilihan .. Kalau takda tu , lain la citernya !