Bila dah letih nak mempercayai manusia ...

by - Khamis, Julai 08, 2010

Kegilaan Piala Dunia sampai kemuncak bila dua pasukan ternama SPAIN dan HOLLAND berjaya melayakkan diri ke akhir setelah membenam lawan masing masing ..

Pagi tadi SPAIN menewaskan GERMANY dengan 1 gol tanpa balas ( 1-0 la tu ) membuatkan ramai tepuk dahi.. hahaha... Aku ? Sebenarnya tk kisah pon sapa sapa sbb bukan pasukan pilihan aku dan tahun ni aku tak de pasukan pilihan .. Kalau ikut sejarah aku , hehe.. aku giler kat BRAZIL ..tapi tu pon zaman 3R dulu ... dah berlalu pon zaman tu ..

Jaringan Carlos Puyol memastikan Spain layak ke final

Berbalik pada tajuk utama , si sotong 'Paul' sekarang menjadi sebutan peminat peminat bolasepak dunia disebabkan 'ramalannya benar belaka ' .. Adeh...

Tu la manusia.. bila dah tiada kepercayaan antara manusia , akhirnya dok tengok ramalan si sotong tu lak .. Haih... Kalau ramalan kaji cuaca berdasarkan pengiraan tu lain la.. nak pakat dok tengok sotong nak duduk atas peti mana lak ... iskhh... si sotong tu lak dok tunggu masa nak jadi sotong bakar jer..

Bagi aku , kalau ramalan berdasarkan corak permainan semasa tu ok la... membuat kajian .. bukan takat main lempar dadu jer ... Ni gara gara bisikan syaitan la ni.. suh percaya lak pada ramalan si sotong .. lantak ler.. masing masing punya kubur..

Yang pasti bagi aku , bola tu bulat... sapa tak buat silap , bernasib baik dan 'sebenarnya bermain bola ' pasti akan menang .. Sapa yg menang bagi aku tak penting asalkan berbaloi bila menonton .. kan kan ...

BA : Tidur lagi best..bangun tidur , fresh ...

You May Also Like

1 comments