Takkan semua isu nak kena panggil Aduan Rakyat ?

by - Khamis, Julai 29, 2010

Korang tengok aduan rakyat semalam ? Tak ? Aisey..rugi... Tengok ? Bagus kan ?? Terharu aku yang kes Felda tu .. kat Bera , kalau tak silap aku kan ? Kalau silap sori ek sebab aku ni mudah terlupa.. maklumlah , uban dah mula naik ..

Tapi yang aku tak puashati ni , kenapa laaaa bila datang media , baru nak buat kerja ? Bila TV3 usung kamera ke satu satu tempat , pastu diorg siap g tempat ke pejabat pihak terbabit , baru automatik jalan kerja ? Haih ... bila tengok air yang diorg guna tu , sedih jer... 30 tahun tuuu.. wa cakap lu...

Bila dah dapat bekalan air tu , betapa bersyukurnya diorng ... awat jadi lagu ni ? bila tengok kampung tu , cantik jer.. bekalan elektrik ok jer .. tapi awat air ??? Iskhh.. tak patut ..negara kita yang kaya raya dengan $$ , dan juga segala sumber tapi masih ada tempat yang tak dapat bekalan air bersih ? Camana tu ?

Pastu ada satu kes lagi ... PERKESO .. erm... masa ada 'kamera' la baru turun mai.. pastu bagitau kalau borang tak lengkap , nak proses pon susah ... nak tanya satu leh ?? Kalau tak lengkap , ada tak bagitau diorng ? Ada tak hantar mana mana pegawai untuk pergi periksa ? Aku ada satu cadangan ... wujudkan satu unit untuk g check mana mana permohonan tak lengkap tu .. ala ,takkan la satu negeri tak leh wujudkan satu unit ? Peluang pekerjaan gak untuk rakyat kan di samping meringankan beban mereka yang dalam kesusahan tu .. ni tak , dah la sakit , lumpuh , pastu nak usung sana sini untuk lengkapkan borang tu ? Haih .. perkara kecil je tu kan ... takkan tunggu semua lengkap baru nak on ??? Hurmmmm .... Sekadar pandangan aku ...

BA : Senang tapi saja disusahkan ..

You May Also Like

10 comments

  1. tu arrr..baru terhegeh² nak datang..
    elok plak air mencurah² pastuh..ayoyoyo

    BalasPadam
  2. oo..pasal air tu ye..kesian tengok..tapi tengok iklan je lah. ada gak yang dalam aduan rakyat tu, tak bape nak betul. hehe...

    BalasPadam
  3. buat kerja tak bersungguh..
    harap dapt gaji je bulan2.
    tak de pun niat nak membantu..

    dulu dalam bersama mu pun sama gak.
    ade tv3 datang baru la,
    beduyun2 dtg hantar beras segala..

    BalasPadam
  4. mmg kesian bila tgk kes kat Bera tu. selama lebih 30 tahun masalah tu berlaku. sampai dah nak masuk generasi ke-4. sampai ada anak-anak taknak blk kampung sebab takde air. kesian tgk pakcik2 tu menangis. bkn org muda, semuanya dah separuh abad.

    mmg nampak la, bila tv3 dah dtg. bila dah keluar tv, tiba2 air pun sampai ke paip sana. eiii, teruk betul JBAP. takut org marah la tu, tu yg air terus je sampai tanpa sebarang masalah.

    BalasPadam
  5. betol!
    punyelah 34tahun xde air..
    sampai pak imam mintak pun tak layan..sampai dah meninggal imam tuh..
    tiba tv3 usung kamere jek,
    eh~keluar terus air!pelik sungguh..

    BalasPadam
  6. hai abg ben...
    ye, sy tgk psl kes air kat felda purun, bera malam td...
    sian pakcik tu smpai nangis2 sedih...
    pas tv3 dtg elok plak kuar air...
    mmg bagus pakcik2 tu komplen depan2 muka pengarah jba tuh...
    dh tentu2 bera tu ade tasik bsr...
    takkan ssh nk dpt air kot...
    haihh dunia dunia...

    BalasPadam
  7. kalau takde aduan rakyat
    mereka tak ambil kesah..

    BalasPadam
  8. Koje tak ikhlas...koje hanya nak nama..rope itulah jadinya..sadis sungguh...

    BalasPadam
  9. Rasanya dah jd mcm tabiat lar dorang nie, benda mcm nie dilengah - lengah kan...

    Bila camera datang baru nk tunjuk buat kerja... konon2 mcm busy sgt lar, sampai tak terpandang masalah yg penting2 mcm nie...

    Cara kerja dorang nie yang seharus nya di pantau.. buat kerja or tak.. ke dok dalam ofis main FB jer.. hmmmm

    BalasPadam
  10. Pengajarannya, kalau mana-mana masyarakat ada masalah, pakat dengan beberapa org kampung menyamar jadi krew tv atau paper pegi terjah adun, wakil rakyat, atau sesapa yang punya angkara. Mesti cepat je diaorg setelkan. Ben bila nak buat kerja amal macam tu? Sasapa ada masalah jumpa Ben. Ben terjah diaorg dan post dalam blog mengenai kesengalan diaorang buat kerja. Padan muka. Makan gaji buta je

    BalasPadam